"Masih marahkan saya lagi?" Soal Rowoon. Dilabuhkan punggungnya di kerusi kosong berhadapan Nayeon.
Terkejut Nayeon dibuatnya.
"Macam mana awak tahu saya dekat sini? Awak ikut saya eh?" Tajam matanya membalas renungan mata Rowoon. Terlalu lama pandang boleh terpukau.
Rowoon tersengih. Kerap juga dia mengikut Nayeon secara sembunyi sewaktu gadis itu sedang berehat atau mahu pergi makan tengahari.
"Awak tak jawab soalan saya lagi. Awak marahkan saya lagi?"
Nayeon diam membisu. Disuapkan makanan kedalam mulutnya lagi tanpa menjawab.
"Marahlah tu kan." Duga Rowoon melihat reaksi Nayeon.
"Dah tahu sibuk tanya kenapa." Sinis Nayeon berkata tanpa memandang Rowoon.
Lucu Rowoon melihat wajah cemberut Nayeon. Silapnya juga. Jika dia tidak mendesak Nayeon tentang soalan Young Hee berhenti kerja tentu semua ini tidak akan terjadi.
"Silap saya. Saya minta maaf."
"Hmm.."
"Awak maafkan tak ni?" Tanya Rowoon dengan senyuman penuh berharap.
"Hmm ya."
Tersengih Rowoon. Thank you baby ehekkk!
Matanya melirik kearah jus tembikai milik Nayeon.
"Saya nak sikit boleh?"
Nayeon mendongak memandangnya.
"Apa dia?" Berkerut dahi Nayeon.
"Nak air tu. Tekak ni haus sangat. Mengejar cinta yang tak kesampaian." Ujar Rowoon penuh makna.
Tersedak Nayeon.
Segera Rowoon menghulurkan gelas kepada Nayeon. Laju Nayeon menyedut minumannya.
"Gila eh!"
"Apa yang gila?"
"Awak lah. Mengejar cinta yang tak kesampaian tu."
"Betullah saya cakap. Saya mengejar cinta Young Hee yang tak kesampaian. Ke awak fikir saya kejar awak? Hmm perasan."
Kelu terus lidah Nayeon. Sedikit sebanyak merobek hatinya.
"Ehmm saya dah habis. Saya nak balik." Kerusi ditolak kebelakang dengan rasa sebal. Perutnya yang masih lagi lapar diabaikan.
"Eh ni tak habis lagi makanan awak." Ujar Rowoon.
"Saya tak ada selera." Terus Nayeon berlalu ke kaunter untuk membayar. Diabaikannya panggilan Rowoon.
Laju kaki Nayeon melangkah keluar dari kedai. Walaupun hakikatnya dia tahu Rowoon mengikutnya juga.
"Jangan pernah berangan Nayeon!" Dimarah dirinya sendiri. Dibuang perasaannya jauh- jauh.
✨
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)
FanfictionSequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada ci...