Rimas Nayeon dibuatnya. Kemana- mana sahaja dia pergi lelaki itu sibuk mengikutnya. Mahu buat kerja pun tidak senang.
"Apa masalah awak ni?" Soal Nayeon tidak puas hati. Suaranya dikawal tidak mahu pekerja yang lain mendengar.
"Tak ada masalah." Jawab Rowoon bersahaja.
Berdecit kasar Nayeon mendengarnya. Geram dia melihat perangai Rowoon. Bukan harini sahaja malah hari sebelum- sebelum ini juga.
Mungkin disebabkan Young Hee dapat cuti sakit lelaki itu bosan agaknya. Lepastu pergi kepada dia.
Tanpa sedar, gula pasir dituangkan banyak kedalam minuman.
"Nayeon!" Terkejut Nayeon.
"Apa?!"
"Gula tu. Awak nak customer dekat sini kena kencing manis ke?" Terus Nayeon berhenti. Langsung dia tidak sedar. Ini semua gara- gara Rowoon lah.
Terus di ke sinki membuang semuanya. Cawan yang baru diambil lalu diletakkan dihadapan Rowoon.
"Ambil ni. Tengok order tu. Lepastu buat sendiri." Arah Nayeon. Terus dia meninggalkan Rowoon yang masih terpinga- pinga.
Rowoon melihat order yang tertulis diatas kertas. Lama dia melihat sehingga ada yang menegur.
"Encik Rowoon."
Terus Rowoon menoleh kebelakang.
"Encik termenung kenapa? Cawan ni untuk apa?" Tanya pekerja itu pelik.
"Err awak ambil ni lepastu buatkan boleh." Rowoon menyerahkan kertas order kepada pekerja cafe lelaki itu.
Pekerja lelaki itu memandang kertas sebelum mengangguk.
"Thank you. Lepastu hantar dekat customer tu ya." Ujar Rowoon sebelum keluar dari dapur.
Rowoon terus ke ruangan hadapan kafe. Nayeon sibuk melayan pelanggan yang tidak putus- putus datang. Tersenyum dia melihat telatah Nayeon membuatkan hatinya sedikit terusik.
Rowoon memegang dadanya.
"Takkanlah aku...." Tanpa sedar dia tersenyum kecil. Dia perlu lakukan sesuatu untuk dapatkan itu.
✨
Dari mata turun ke hati💗🙈
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)
FanfictionSequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada ci...