Part 6💗

1.1K 64 5
                                    

Nayeon terus mendapatkan Young Hee yang baru sahaja sampai. Terus dibawa gadis itu kedapur.

"Kau tahu tak anak boss dah balik Korea?" Tanya Nayeon. Anak mata Young Hee dipandang. Dia perasankan sesuatu melihat pandangan Young Hee.

"Tak." Bohong Young Hee. Padahal dia sudahpun terserempak dengan lelaki itu beberapa hari lepas semasa dia pergi ke mall membeli makanan.

"Tadi Rowoon tu datang sini tau hantar ayah dia. Handsome sangat." Puji salah seorang pekerja. Matanya bersinar. Masih lagi terbayang- bayangkan wajah kacak milik Rowoon.

"Kan kan. Aku tak boleh berkelip langsung tengok dia. Nak kemas dapur pun tertangguh sebab dia balas senyuman aku." Ujar Jihyo teruja.

Young Hee tersenyum kecil.

Nayeon perasankan akan perubahan tidak selesa Young Hee. Sedang gadis itu ingin berura- ura pergi, tangan Young Hee dipegang.

"Nak pergi mana Young Hee? Dengar lah sini dulu cerita budak- budak ni." Ujar Nayeon tidak mahu orang lain perasan akan perubahan Young Hee.

Young Hee pantas menggeleng tidak berminat.

Nayeon tersenyum nipis.

"Korang sambung lah dulu. Aku nak pergi bilik staff. Nak letak beg sekejap." Pinta Young Hee meminta diri.

Nayeon terus memandang kepergian Young Hee. Lama dia disitu, dia ingin pergi ke Young Hee yang masih belum keluar dari dalam bilik.

"Aku pergi bilik staff sekejap." Nayeon meminta diri. Semua pekerja mengangguk- anggukkan kepalanya.

Belum sempat dia masuk, dia terdengar suara Young Hee sedang bercakap didalam talian. Tersengih- sengih dia mendengar intonasi kawannya itu. Habis sahaja panggilan terus dia membuka pintu sedikit.

"Uwah uwah bukan main lagi i love you, i love you too." Tegur Nayeon. Dia melangkah masuk kedalam.

"Yeon." Cemberut terus wajah Young Hee. Tergelak Nayeon.

"Cik hubby call sebelum masuk kerja ke tu?" Sindir Nayeon.

"Emm." Jawab Young Hee malu.

"Untunglah kau kan." Dia mengambil tempat duduk disebelah Young Hee. Young Hee tersenyum kecil mendengarnya.

"Kau okay?" Tanya Nayeon melihat perubahan Young Hee.

"Aku? Okay. Kenapa?" Tanya Young Hee penik.

"Tak ada apa- apa. Aku tengok kau langsung tak bermiant bila dia orang cerita tentang Rowoon tadi."

Mendengarkan itu mengeluh Young Hee dibuatnya.

"Hmm kau pun tahu kan apa yang jadi sebelum ni. Aku tak nak lah ingat balik benda ni semua."

Nayeon mengangguk faham tentang itu. Sebab itu dia cukup kenal dengan Rowoon walaupun tidak pernah berjumpa dahulu. Young Hee yang banyak menceritakan tentang lelaki itu kepadanya.

"Dah lah. Tak payah fikir lagi. Jom, kerja dah nak start."

"Okay jom."

Nayeon terus keluar dari bilik bersama Young Hee.

Kalau korang ingt blik, ni adlh sbhgian part dari Be Mine. Yg blum baca boleh baca Be Mine dulu supaya tak keliru okay😚 Sebab dekat Be Mine sis bnyk bgi hint tntng Rowoon dan Nayeon💃
Anything just tanya je mana tahu ada yg tk fhm. Sis cuba jawab hokayy😉

Esok lambat sikit ya update sebab ada hal nak uruskan. Inshaa Allah lewat petang atau malam baru sis update next part😊

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now