"Aunty dengar tadi Rowoon anak boss tempat kerja Yeon kan."
"Aha ya aunty." Rowoon mengangguk menjawab pertanyaan Puan Kang.
"Tak ada impian ke nak sambung legasi appa Rowoon?"
"Ada tu aunty. Parents saya memang minta saya sambung kerja appa."
"Baguslah tu. Ada impian." Ujar Encik Kang.
Nayeon sekadar memerhati. Haus tekaknya memandang Rowoon. Terus diteguk rakus minuman yang terhidang diatas meja.
"Eh Yeon, banyak sangat dah tu minum." Tegur Puan Kang. Bukan dia tidak perasan yang anaknya kerapnya meminum air sejak tadi.
Nayeon terhenti. Dia melirik sekilas kearah omma dan appanya sebelum memandang kearah Rowoon yang sudah tersengih.
"Haus omma." Jawab Nayeon. Gelasnya diletakkan diatas meja.
Tergelak seisi ruang melihat telatah Nayeon.
"Yeon ni macam mana Rowoon dekat cafe? Okay ke dia bekerja?" Soal Encik Kang. Serentak itu anaknya memandang tajam kearahnya.
"Appa.."
"Kenapa? Tak salahkan kalau appa tanya."
Rowoon tergelak halus.
"Dia okay je. Cuma sombong sikit."
"Sombong?"
"Ya aunty uncle. Dia sombong sikit dengan saya. Staff lain bukan main ramahnya." Ujar Rowoon mengusik.
Nayeon sudah menjelingnya.
"Mana ada. Rowoon ni menipu je." Nayeon menggelengkan kepalanya.
Rowoon tersengih mengejek.
"Appa tengok kamu ni sesuai je. Ada apa- apa ke?"
"Hah omma pun rasa macam tu juga. Yeon ada hubungan ke dengan Rowoon. Lagipun omma suka tengok Rowoon ni. Kacak je."
"Tak adalah omma." Pantas Nayeom menjawab tanpa sempat Rowoon menjawab.
"Kalau ada pun apa masalahnya. Omma suka. Appa pun suka kan?"
Pantas Encik Kang mengangguk setuju. Terus cemberut wajah Nayeon.
Rowoon tersengih. Keluarga mertua dah bagi green light. Tinggal keluarga dia sahaja.
✨
Mengada- ngada pula Woon ni kan. Next kita tengok Yeon still marah dengan Woon. Sebab apa? Itu kena tunggu sis update next okayyy.. 🙈💗
Tired day😚
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)
FanfictionSequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada ci...