Part 45💗

686 33 3
                                    

Nayeon menguis- nguis nasi yang masih tidak lagi terluak. Dia terlalu melayan perasaannya sendiri.

Puan Kang dan Encik Kang memandang antara satu sama lain.

"Yeon." Tegur Puan Kang setelah lama membiarkan anaknya mengelamun.

"Er ya omma." Terus terhenti lamunan Nayeon. Terlalu banyak benda yang difikirkannya. Tentang Rowoon, tentang Young Hee dan juga tentang Mingyu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu buat semua ini. Mungkin kerana terlalu cemburu gamaknya.

"Okay tak ni?" Soal puan Kang melihat wajah anaknya.

"Yeon okay." Jawab Nayeon tersenyum nipis. Nasi yang berada dipinggangnya dijamah dengan penuh malas.

Tergeleng kepala Encik Kang melihat perangai anaknya.

"Berapa lama lagi nak mengelak? Dah seminggu dah ni Yeon." Kali ini Encik Kang pula bersuara. Selama ini dia diamkan sahaja dan ikutkan sahaja kemahuan anak tunggalnya itu.

"Bagi Yeon masa." Anak mata Nayeon redup memandang wajah ibu bapanya.

"Berapa lama lagi. Kesian omma tengok omma Woon tu risaukan kamu. Selalu dia call kamu nak tahu keadaan kamu tau." Ujar Puan Kang tidak senang hati.

"Tak baik buat orang macam tu
Yeon." Encik Kang mengingatkan anaknya.

Nayeon mengeluh. Air minumannya dihirup perlahan.

"Esok Yeon balik sana lah." Ujar Nayeon.

Tersenyum lega Puan Kang.

"Baguslah macam tu. Balik terus jumpa keluarga Woon. Minta maaf dengan mereka." Pesan Puan Kang.

"Hmm okay. Yeon ingat."


Bangun! Bangun! Bangun! 🙈

Sis nak duit raya okay. Kalau tak ada tak nak update. Nak majuk sebulan😚

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now