Part 17💗

735 44 2
                                    

"Thank you Young Hee sanggup hantarkan aku sampai depan rumah ni." Ucap Nayeon ikhlas. Sudahlah dia menganggu pasangan itu mahu berdating.

"Tak ada masalah. Lagipun Gyu dengan hati terbuka nak tolong kau. Mana tahu lepasni kita orang ada masalah kau pula tolong kan." Ujar Young Hee sambil meramas tangan Nayeon.

Nayeon tersenyum kecil mendengarnya.

"Jaga diri kau. Aku seronok dengar kau dah berbadan dua ni."

Young Hee tergelak kecil.

"Ya aku tahu. Maaflah aku share berita ni lambat dekat kau. Gyu lah tu suruh aku rahsiakan dulu. Tunggu baby dah besar sikit baru boleh." Ditoleh sekilas kepada suaminya yang berada didalam kereta.

"Dah lah. Lama pula nanti Gyu tunggu. Sambung lah dating balik." Nayeon menolak sedikit tubuh kawannya.

"By the way, happy birthday. Aku doakan kau jumpa cinta sejati kau." Hampir terlupa Young Hee mahu mengucapnya.

"Hehe ada- ada je kau ni. Thank you Young Hee. Ingatkan kau lupa."

"Hehe mana ada aku lupa. Okaylah aku balik dulu. Kau jangan lupa jaga diri." Pesan Young Hee.

Terangguk- angguk Nayeon mendengarnya.

Young Hee terus masuk kedalam kereta. Terus dilambaikan tangannya saat kereta mula bergerak pergi.

Nayeon tersenyum melihatnya. Terus dia masuk kedalam rumah. Belum sempat pun pintu dibuka, namanya dipanggil.

"Yeon!" Tersentak Nayeon dengan jeritan yang agak kuat itu.

Nayeon berpaling.

"Awak buat apa dekat sini? Nak sakitkan hati saya lagi?"

"Yeon tolong dengar penjelasan saya." Ujarnya menggenggam kuat pagar rumah yang sudah berkunci itu.

Nayeon tergelak sinis.

"Kalau awak ada niat lain berkawan dengan saya, tolonglah pergi. Saya tak berminat nak berkawan dengan orang macam awak!" Terus Nayeon masuk kedalam rumahnya. Pintu dihempas kuat.

"Yeon!!" Semakin galak Rowoon menjerit memanggilnya. Tidak kesah langsung pandangan jiran melihatnya.

"Awak tunggu Yeon. Awak tunggu nanti."

Nayeon mengeluh dibelakang pintu.

Sepi. Agaknya Rowoon sudahpun pergi.

Nayeon melihat dari tingkap. Langsir diselaknya. Kereta milik Rowoon sudah meluncur laju meninggalkan kawasan rumahnya.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now