"Nah." Rowoon menghulurkan beg kertas yang sudah lama disimpannya.
"Apa ni?" Berkerut dahi Nayeon. Dicapai juga huluran suaminya. Rowoon mengambil tempat disebelah isterinya.
"Buka lah." Dengan rasa yang teruja, Nayeon membuka beg kertas itu. Terkejut Nayeon melihat 'barang' yang berada didalam beg kertas itu.
"Woon seriuslah?" Terus Nayeon mengeluarkan baju yang telah menjadi idamannya semasa awal usia mengandung dahulu.
Rowoon tersenyum mengangguk. Sudah lama dia beli cuma belum ada kesempatan untuk memberi kepada isterinya.
"Tapi bukan awak tak suka ke baju ni.." Nayeon melirik memandang suaminya. Bibirnya mencemik.
"Untuk awak semua saya suka."
"Eee dulu tak pun."
Tersengih Rowoon. Rowoon betulkan kedudukannya betul- betul berhadapan isterinya. Tangan Nayeon dicapai dan digenggam.
"Tak kisahlah saya suka ke tak, tapi awak suka kan?" Rowoon menyoal.
Lama Nayeon berdiam sebelum dia menganggukkan kepalanya.
"Suka. Suka sangat." Dipandang lagi baju yang dipegangnya.
Rowoon tersenyum.
"Kalau macam tu sayang dah dapat baju, saya tak dapat apa- apa ke?" Rowoon sudah tersenyum nakal. Hujung lengan baju isterinya dimain- main.
"Ish mengada. Ambil kesempatan betul." Terus Nayeon bangun melarikan diri daripada Rowoon. Semakin dibiarkan semakin menjadi gatal dia.
"Sayang..."
"No and no!" Terus Nayeon berlari kecil meninggalkan Rowoon keseorangan di dalam bilik.
✨
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)
FanficSequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada ci...