Part 3💗

1.3K 89 3
                                    

Rowoon mencari barang- barang keperluannya yang masih belum ada.

Matanya terarah pada tisu yang masih belum dibelinya. Terus dicapai kotak tisu lalu dimasukkan kedalam troli. Belum sempat dia ingin pergi, tubuhnya ditolak dari belakang.

"Opps sorry." Hampir sahaja dia jatuh tetapi nasib dia dapat mengimbangkan dirinya.

Rowoon menoleh kebelakang. Geram dia melihat seorang lelaki yang nampak takut- takut berlalu pergi dari situ. Tubuh seorang gadis disebelahnya dipandang.

"Cik okay? Lelaki tadi ada cederakan cik ke?" Tanya Rowoon risau. Dia tahu gadis itu tidak bersalah kerana gadis itu turut ditolak lelaki tidak guna yang melanggar mereka tadi.

"Err saya okay." Lambat- lambat gadis itu mengangguk. Bajunya dibetulkan. Barangnya yang jatuh terus diambil.

Rowoon terus menunduk menolong gadis itu.

"Hish memang tak makan saman lelaki tadi tu. Kalau saya dapat dia memang saya tumbuk je muka dia
tu." Ujar Rowoon tidak puas hati.

Gadis itu tersenyum nipis. Barang yang sudah habis dikutip diserahkan kepadanya.

"Terima kasih." Ujar gadis itu malu. Dia berura- ura ingin beredar dari tempat itu.

Rowoon tersenyum.

"Sama- sama."

Belum sempat gadis itu melangkah pergi, Rowoon memanggil. Sekeping kad dikeluarkan dari kocek seluarnya.

"Nah." Hulurannya disambut. Gadis itu memandang kad itu lama sebelum tersenyum mengucapkan terima kasih.

Setelah jauh dari lelaki itu, gadis itu berhenti. Kad yang berada ditangannya ditatap lama.

"Kenapa aku rasa aku cukup kenal dengan dia ya." Gadis itu memikir lama.

"Young Hee.."


[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now