Part 52💗

722 38 1
                                    

Rowoon melangkah keluar dari kereta. Dia terus masuk kedalam restoren yang pernah menjadi tempat dia dan seorang lelaki melepak bersama- sama.

Jam ditangan dilihat. 10 minit menunggu, muncul kelibat Mingyu tidak jauh darinya. Lelaki itu melangkah menghampirinya.

Hari ini, Rowoon mahu menyelesaikan semuanya. Menyelesaikan salah faham yang melanda semua orang.

"Sampai juga kau Gyu." Tegur Rowoon dengan senyuman nipisnya. Mingyu mengambil tempat duduk dihadapannya.

"Okay straight to the point. Kau nak apa dari aku dan Young Hee?" Tajam anak mata Mingyu menikam anak mata Rowoon.

"Kalau aku nak Young Hee." Usik Rowoon. Melihat kegelisahan Mingyu, dia tahu lelaki itu sedang menahan hati yang membara didalam.

"Lek lah Gyu. Kau tahu kan yang bukan..." Mati kata- kata Rowoon apabila Mingyu bersuara tidak puas hati.

"Bukan apa? Perampas?" Lancar sahaja mulut Mingyu berkata.

"Apa kau nak sebenarnya jumpa aku. Banyak lagi benda yang aku boleh buat selain dari jumpa kau." Ujarnya sinis.

"Tak boleh ke kau maafkan Young Hee. Dia tak salah pun dalam hal ni. Aku yang salah." Rowoon mengalah demi memulihkan hubungan kawannya itu.

"Aku bukan semudah tu. Dulu kau boleh buat aku sekarang aku tak dapat terima lagi. Kalau kau nak dia sekalipun aku dah tak kisah." Tanpa sedar Mingyu berkata sebegitu. Langsung tidak menjaga hati dan perasaan isterinya yang berada dirumah.

"Gyu apa kau cakap ni?!" Hampir sahaja Rowoon menengking apabila mendengar kata- kata yang keluar dari mulut Mingyu.

"Aku minta maaf dari awal. Kalau kehadiran aku buat kau dan Young Hee macam ni, aku minta maaf sangat- sangat. Aku datang sini cuma nak bagi ni." Sampul berwarna putih yang sudah lama disimpannya dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Mingyu.

Jemput datang. Aku harap hubungan kita boleh jadi macam dulu. Tiada salah faham lagi dan dendam. Kau dengan kehidupan kau dan aku dengan kehidupan aku." Ujar Rowoon penuh makna.

"Aku pergi dulu." Rowoon bangun setelah itu. Bahu Mingyu ditepuk halus sebelum dia melangkah pergi.

Mingyu memandang sepi sampul berwarna putih itu. Dibukanya setelah Rowoon jauh daripadanya. Terbuntang matanya saat melihat isi yang berada didalam sampul itu.

Tidak semena- mena, dia berasa kesian terhadap isterinya. Terlalu banyak benda yang dia lakukan sehingga membuatkan hati isterinya sedih.

Kalau ada typo ke apa sis minta maaf okay. Malas nak check balik😂

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now