Part 25💗

701 38 10
                                    

Kaku tubuh Nayeon saat tubuhnya dipeluk Puan Kim. Lambat- lambat dia membalas pelukan wanita itu.

"Lawa girlfriend Woon." Puji Puan Kim sebaik pelukannya dilepaskan. Rowoon tersengih.

Nayeon mengemam bibirnya. Tidak pasal- pasal dilabel girlfriend tidak diktiraf.

"Sayang, masuklah. Tunggu apa lagi tu." Suara garau dari dalam rumah menegur. Sudah tentu Nayeon cukup kenal suara itu.

"Hah ya." Puan Kim menjawab panggilan suaminya.

"Jom lah masuk Nayeon, Woon." Tangan Nayeok terus dipautnya masuk kedalam.

Rowoon mencebik. Dah nampak Nayeon, terus dirinya dilupakan.

Nayeon mengikut langkah Puan Kim masuk kedalam rumah. Dilabuhkan punggungnya disofa yang berada di ruang tamu.

Nayeon tersenyum malu saat matanya terpandang wajah majikannya.

"Hai Nayeon."

"Hii Boss." Malu- malu Nayeon menjawab. Segan dia dibuatnya.

"Jangan malu- malu Nayeon. Eh kamu Woon sini." Terus Nayeon menoleh kearah Rowoon.

"Apa pa?"

"Duduk sini. Jangan menggatal duduk sebelah Yeon." Patutlah. Belum sempat lelaki itu duduk dia sudah dipanggil appanya.

Mengeluh Rowoon mendengarnya.

Puan Kim menghidangkan air dan juadah ringkas. Terus dibantu Nayeon menuangkan air kedalam gelas kaca tinggi.

"Dah lama kenal Woon, Nayeon?" Tanya Puan Kim sebaik menghulurkan gelas kepada suaminya.

Rowoon terus memandang pujaan hatinya. Tersengih- sengih dia melihat Nayeon ingin menjawab soalan ommanya.

"Baru juga aunty. Lepas dia balik dari luar negara."

"Ouh baru juga. Woon, kenapa pilih Yeon?" Matanya melirik kearah anaknya.

"Jodoh omma." Ringkas Rowoon menjawab. Encik Kim tersengih. Jawapan cliché yang selalu setiap orang jawab.

"Nayeon tak kisah ke?"

"Ermm..." Kelu lidah Nayeon.

"Yeon bukan tak kisah aunty. Cuma... Yeon tak pasti lagi dengan perasaan Yeon." Terus terang Nayeon menjawab.

Terus Encik Kim dan Puan Kim memandang anak lelakinya.

"Tak apa, cinta boleh dipupuk." Jawab Rowoon tenang. Dia pasti dengan perasaannya. Cuma gadis itu sahaja masih meragui perasaannya.

Nayeon menunduk.

"Kami tak paksa Yeon. Tapi kami suka dengan Yeon jadi isteri kepada Woon. Nayeon ambil masa ya. Fikir dulu. Tujuan kami sebenarnya nak melamar Yeon jadi menantu kami." Ujar Encik Kim. Tercengang juga Nayeon mendengarnya.

Dia dilamar.

"Tapi aunty uncle..."

"Tak apa, aunty faham. Perasaan tak boleh dipaksa. Yeon fikir dulu okay. Kalau Yeon rasa terbeban dengan semua ni pulangkan balik cincin ni kepada Woon." Saat itu cincin diletakkan dihadapan Nayeon. Makin serba salah dia mahu menolaknya.

"Simpan dulu. Kalau Yeon terima pakai ya."

Lambat- lambat Nayeon mengangguk. Lantas kepalanya memandang Rowoon yang dari tadi masih merenungnya. Penuh mengharap wajah itu. Tetapi Nayeon tetap perlu buat keputusannya sendiri.


Huhu dah boleh agak ke tu? 🙈

Tapi sebelum yay or nay tu, muncul konflik sikit ya. Siapa ingat konfliknya. Hint dekat Be Mine😚
-
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA READERS SAYA. SEMOGA SEMUA IBADAH KITA DITERIMA OLEHNYA, AAMIN.

[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9) Where stories live. Discover now