Bukan main gembira lagi Nayeon saat Rowoon membawanya keluar setelah habis sahaja masa berpantangnya. Hari ini Rowoon memanjakannya dengan belanja makan dan keperluannya.
"Happynya daddy tengok mummy awak tu Jae." Jari Rowoon bermain di sekitar wajah anaknya. Jaewon tersenyum kecil apabila daddynya melayan.
Nayeon tersengih. Dijamahnya makan yang berada dihadapannya. Sebulan lebih dia tidak dapat merasa makanan ini. Sanggup dia menahan perutnya demi kesihatannya dan penjagaan badan.
"Woon makanlah. Sedap ni." Ujar Nayeon dengan mulut yang penuh.
"Tak apalah, sayang makan habis dulu. Saya jagakan Jaewon."
"Nah. Nganga mulut tu." Nayeon terus menyuakan makanan kepada suaminya. Lambat- lambat Rowoon membuka mulutnya dan menerima suapan isterinya.
"Sedap?" Nayeon bertanya.
"Sedap." Laju Rowoon mengangguk.
"Thanks Won." Kali ini Nayeon sudah siap menghabiskan makanannya.
"Untuk?"
"Untuk semua ini. Walaupun banyak yang berlaku sebelum ni but awak tetap ada dengan saya. Thank you." Luah Nayeon.
Rowoon tersenyum kecil.
"Apa lah sangat semua tu nak dibandingkan dengan awak terima untuk menjadi milik saya."
Nayeon tersengih.
"Bersungguh- sungguh betul eh awak nak kahwin dengan saya."
"Ee mestilah. Suami awak ni serius tau. Awak tu je yang jual mahal."
Nayeon mencebik.
"Awak tahu kan dulu macam mana. Saya ingat awak masih ada perasaan dekat..."
"Jangan cakap pasal tu lagi. Tak bestlah. Kita kan nak happy. Betul tak baby?" Mata Rowoon terus memandang mata bulat Jaewon. Terus tersengih anaknya.
"Tengok tu dia setuju apa yang daddy dia cakap."
"Pandailah awak." Nayeon tersengih. Ada sahaja bahan Rowoon.
"Jae nanti jadi budak yang baik ya. Jadi anak yang menyenangkan hati daddy and mummy. Nanti kalau Jae baik Jae dapat adik."
"Woon!" Mencerlung mata Nayeon mendengarnya. Menyempat pula.
"Apa? Betullah kan saya cakap."
"Janganlah cakap macam tu depan Jae. Tak elok."
"Habistu nak cakap dekat siapa? Dekat mummy Jae?" Rowoon sudah tersenyum nakal. Bibirnya sudah merapat ditepi telinga Nayeon.
"Daddy nak adik baru untuk Jae boleh tak... Auchhh sayang!" Terus lengannya digosok hasil cubitan isterinya.
"Mengada lagi."
Rowoon tersengih. Suka dia mengusik Nayeon. Menjadikan Nayeon sebagai isterinya adalah anugerah terindah baginya. Semoga dengan adanya Kim Jaewon dapat menyerikan lagi keluarga kecilnya.
"Thank you sayang for be my wife, i love you."
End
Alhamdulillah habis sudah😌 Lepasni boleh smbung study dgn tenang hihi. Ada yg nk special chapter ke tu? Kalau nk bagi ayat paling sweet utk bang rowoon. Kalau diterima sis update tak lama lagi🙈 HAHAHAHA.
Next book inshaa Allah bulan 8 ni okay. Stay tuned! 💗
YOU ARE READING
[COMPLETED] BE MY WIFE (ROWOON SF9)
FanfictionSequel Be Mine Rowoon tekad. Dia pulang ke Korea dengan azam yang baru. Dengan impian yang satu. Bukan untuk buru cinta lamanya tetapi untuk mencari cinta barunya. Tanpa sedar, dia terjatuh hati dengan seorang gadis. Gadis itu pula sahabat kepada ci...