" Auch!! " Jerit seorang gadis yang sudah terduduk di lantai Mall itu.
"Sorry miss. Are you okey? " Segera lelaki itu membantu gadis yang sudah dilanggarnya tanpa sengaja. Sungguh dia tidak sengaja kerana kelam kabut berlari.
"Kau..!! "
" I very vorry miss. Sakit sangat ke?"
" Ha..? Tak sakit pon.. " Nada dilembutkan. Tu lah Naura Mikhaila. Gatal. Pantang ada lelaki handsome sikit. Mula lah nak cover ayu. Puih.
"Serius? Kalau sakit saya nak bawak awak pergi klinik. "
"Eh.. Tak pe lah.. Saya okey je.. " Naura tersenyum. Nasib lah kau handsome. Kalau tak aku nak langgar kau lagi kuat dari kau langgar aku tadi sampai terpelanting ha.. Hehehe..
"Ermm.. Ni no saya. Kalau ada rasa sakit just call me. Saya akan tanggung bill. I need to go now.. Sorry again. " Habis saja kata katanya. Lelaki itu meninggalkan Naura tanpa rasa menyesal. Kad kecil itu dipegang sebelum dikucup. Bibirnya digigit dengan sensual. Menatap tubuh belakang lelaki yang telah melanggarnya tadi.
One Day.. Awak akan menyesal sayang..
"Naqil Solihin. My dessert. " Naura tersenyum riang. Dia kembali bershopping dimall itu. Biasalah.. Perempuan.
*****
"Kau ni lambat lah! " Bentak Hannah. Sudah 2 jam dia menunggu di Cafe Valena tersebut.
"Sorry Hannah. " Orang yang dibentaknya hanya mampu meminta maaf.
"Kau ni Naqil. Ajak aku date. Tapi aku pulak yang kene tunggu. " Hannah mencebik. Sudu dikacau pada gelas air Mochanya berkali-kali.
"Eh? Bila masa pulak aku kata aku nak ajak kau pergi date? Kan aku dah kata kita undercover? Sorry lah. Tadi aku terlanggar sorang minah tadi. Tu yang lambat sikit. Kang ada patah riuk aku langgar tadi masalah pulak. " Terang Naqil lalu duduk dihadapan Hannah yang sudah tersedia sebuah kerusi.
"Patah riuk amendenya. Badan kau pun macam lidi. Silap haribulan yang patah riuk. Eh? Kita tengah undercover??!! Kenapa kau tak cakap!! Aku pakai high heels ni! " Hannah memarahi Naqil bagi menghilangkan rasa malunya. Ingat nak ajak titew pi date. Uhukk!!
"Shuuu!! Target depan kita. " Mereka berdua mula fokus. Memerhati seorang lelaki berbadan sasa sedang berjalan dihadapannya.
"So. Dia target kita? " Soal Hannah. Dibalas anggukan dari Naqil.
"Sekarang? " Tanya Hannah. Memastikan.
"Sekarang!! "
*******
" Wuhuu.. Best nya shopping. Banyak aku beli. Kalau shopping ramai ramai kan best? " Monolog Naura sendirian. Dia menjinjit beg kertas yang penuh dengan barang barang dibelinya. Riang betul hatinya hari ini.
"Cik!! Ketepi!! " Jerit seseorang dari jauh.
"Ha? "
Buk!!!
"Aduh!! Memang hari ni hari langgar orang sedunia ke apa!! Benci lah!! " Jerit Naura dalam hati. Dia dengan cepat mengutip barang barang yang terjatuh.
" Cik!! Hati hati!! " Jerit lagi seseorang itu. Baginya suara itu seolah dia pernah dengar. Tapi dimana?
Kepalanya cuba mengingat sambil mengutip barang barangnya. Tak sedar ada seorang bertubuh besar menerpanya dari belakang.
"Argh!! " Rambut Naura ditarik daripada belakang.
"Jangan dekat!! Kalau tak aku bunuh pompuan ni!! " Jerit seorang lelaki bertubuh sasa. Yang menjadi target Hannah dan Naqil tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Intro :Abang Polis, Tangkap SAYA! ✔
ActionNaura Mikhaila, siapa tak kenal dia? Evil Queen. Tak kenal jugak? Kau menyedihkan. So. Gadis tinggi lampai. Gadis yang penuh dengan pesona. Juga nakal. Tapi tersimpan satu rahsia. Naqil Solihin. Abang Polis yang handsomeee.. Jangan berani dekat k...