💗Korea💗

4.3K 267 4
                                    

Adib mengeleng geleng. Tidak percaya. Adib menatap tajam orang dihadapannya.

" Kenapa kau.. " Jeda Adib. Dia cuba mengawal rasa marahnya.

" Lindung musuh kau.? " Tanya Adib. Dia memicit micit pangkal hidungnya. Namun orang dihadapannya hanya diam membisu.

" Jawab. Atau kau ni... " Adib ragu ragu ingin mengatakan hal itu. Mungkin kah? Atau tak?

"Kau ni pengkhianat?! " Wajah dihadapannya masih belum beriak apa apa. Membuat Adib bengang. Dia ni memang keras kepala!

" Talk to me. Hani Nazreen! " Aku tersentak. Aku memandang wajah Adib yang sudah kemerahan. Mungkin marah dengan aku.

" Aku.. Aku tak tahu. " Aku kembali diam. Aku mendengar Adib mengeluh. Panjang.

" Huh.. Aku tak paham dengan kau. Tapi nasib baik kau tak cedera teruk. Even hampir sebulan kau koma. " Adib memandang aku. Aku hanya tersengih.

" Err.. Hihihi. " Adib menghulurkan sekeping kertas. Aku pelik. Seperti pernah lihat surat tersebut. Tangan aku dengan pantas mencapai. Membuat aku terkedu.

" Surat pertukaran??! " Aku hampir terjerit.

" Korea?!! " Adib hanya mengangguk.

" Pertubuhan dekat Korea kekurangan agen. Jadi orang atasan dah buat pilihan. Dia nak kau. " Terang Adib. Ntah kenapa aku rasa tak sanggup. Dekat sebulan aku tak berjumpa dengan Naqil. Apa khabar dia?

Arhh! Kenapa kau nak ingat dia? Dia kan dah tunang sekarang ni. Ceh.

" Baiklah." Aku bersetuju. Aku keluar dari pejabat Adib melangkah menuju ke bilik aku.

" Haih... " Keluhan aku terdengar oleh Bella. Bella yang duduk di bilik aku memandang kearah aku.

" Kenapa kau ni? Kau sakit lagi ke kat dada kau? " Bella bertanya. Prihatin betul Bella ni.

" Aku. Aku kene tukar pergi HQ kat Korea.. " Bella memandang aku. Muka tu terkejut ke.. Excited?

" Kau kenapa? " Tanya aku pula.

" Aku pon!! Aku ingat aku sorang je. Yeyyyyy.. Ada geng!! " Jerit Bella lalu memeluk aku. Bergegar jap osikel aku.

" Eh.. Dah dah. Aku nak mandi" Aku menolak badan Bella untuk bangun. Namun soalan Bella membuat niat aku terbantut.

" Kau tak nak jumpa Naqil sebelum kita pergi? " Aku memandang Bella.

" Kau teman aku boleh? " Tanya aku. Bella mengangguk.

                          *****

" Hai.. Awaks.. " Naqil menoleh.

" N.. Naura??! " Naqil seolah terkedu melihat wanita yang dicarinya. Hampir sebulan.

" Saya Hani Nazreen. Naqil. " Aku tersenyum. Aku pandang wajah Naqil yang berkerut kerut. Kenapa nampak serabai ke abang polis ni? Sejak bila Naqil simpan Jambang ni?

"Ha....? " Aku yakin Naqil pelik. Tapi. Macam mana nak terang eh?

'Saya jadi Naura sebab saya agen. Nak selamat kan dunia. ' takkan nak kata cam tu pulak?

" Hani. Dia hilang ingatan. Dia ingat dia Naura. Tapi sebenarnya dia Hani. " Aku pandang Bella. Bila masa aku hilang ingatan ha?

" Oh.. " Hanya itu yang keluar dari bibir Naqil. Kami berdiam diri. Saling tatap menatap. Aku benci situasi ni. Sebab aku tak dapat berhenti pandang mata Naqil.

" Erm.. Naqil. Kami datang ni nak ucap selamat tinggal. " Tatapan Naqil kearah aku mula terarah kearah Bella.

" Selamat tinggal? Korang nak pergi mana? " Aku jegilkan mata aku kearah Bella. Jawab lah kau.

" Aa. Kitorang nak.. Nak" Bella mula tergagap gagap.

" Bercuti. "

" Sambung belajar. "

Aku pandang wajah Bella tajam tajam. Eyyy.

" Ha?  Mana satu ni?? " Naqil bingung. Sorang cakap bercuti. Sorang lagi cakap sambung belajar. Naqil menatap silih berganti kearah Aku dan Bella.

" Kitorang sambung belajar sambil bercuti. Ha. Macam tu. Kat Korea. " Kata Bella. Aku hanya melepaskan nafas lega dengan perlahan. Keadaan kembali sunyi.

" Erm.. Bella. Boleh saya cakap dengan Nau.. Hani? " Soal Naqil kepada Bella. Bella mengangguk.

" Cakap je lah. Tuan badan depan mata" Bella seolah tidak mengerti maksud Naqil.

" Berdua. " Bella tersenyum. Cakap lah. Lalu dia mula keluar dari bilik kerja Naqil.

" Erm. Hani? " Aku pandang Naqil.

" Ermm? " Naqil berdiri menghampiri kearah aku.

" Awak nak lari daripada saya kan? " Aku cuba tersenyum.

" Apa.. Apa maksud awak ni? " Aku cuba mengawal rasa hati aku yang bergelojak

" Cakap dengan saya.. Betul kan?" Aku menggeleng pantas.

" Tak. Kenapa saya nak lari? Saya bukan penjenayah. " Kata aku. Namun reaksi wajah Naqil tetap tidak berubah.

" Then. Kenapa nak pergi Korea?" Aku tersenyum senget.

" Awak ni tak paham ke apa? Kan Bella dah bagitau tadi? Kami nak sambung belajar? " Naqil pula menggeleng geleng.

" Nah.. Saya tahu awak nangis. Last kita jumpa dulu. " Aku terkedu. Macam mana dia boleh tahu ni?? Aduh..

" Salah tengok kot.. Sape yang bagitau? Mana tau dia salah tengok. " Nafi aku. Aku bunuh jugak sape orang tu.

" Faiq. " Aku mengetap bibir aku. Eishh!

" Faiq salah tengok lah tu. " Kata aku lagi. Sejujurnya. Aku tak nak mengaku!

" Hmm.. Hani. Bila awak nak pergi? " Tanya Naqil. Aku mendiamkan diri. Nak bagitau ke?

" A.. Ermm.. Esok" Kata aku.

Adakah aku mengharapkan kehadiran nya ketika aku ingin melangkah masuk kedalam kapal terbang dengan harapan dia tersenyum sambil melambai kearah aku dengan perasaan yang berbaur? Gembira.. Sedih.. Kecewa.. Bahagia.. Cinta?

" Awak.. Kalau saya kata.. " Aku menunggu Naqil menyambung katanya.

" Tak pe lah. " Naqil tersenyum.

" Selamat maju jaya. Selamat sampai. Dan. Nanti selamat pulang ketanah air. " Aku membalas senyuman Naqil.

" Terima kasih.. Saya balik dulu." Aku mula melangkah keluar dari bilik kerja Naqil dengan pelbagai perasaan.

Dum!

Aku dengar ada dentuman kuat. Datang dalam bilik kerja Naqil. Aku ingin menoleh. Namun. Aku hanya biarkan. Aku tak sanggup menoleh ke belakang. Takut. Aku tak mampu nak halang perasaan ni. Tembok ego aku akan runtuh.

" Selamat tinggal Naqil.. My dessert" Aku dan Bella pulang ke rumah untuk mengemas barang barang sebelum bertolak esok.

                        ****

" I Sorry.. But.. I Hope. You will..
Forget me. "

Tbc..

Uhuk.
Ego betul. Reader's kesayangan jangan lah ego sangat. Tak nak Kasi vote. 🤧

Intro :Abang Polis, Tangkap SAYA! ✔Where stories live. Discover now