💗Spy💗

4.9K 253 5
                                        

"Awaks! Ni saya masak. Saya tak beli kat kedai mak cik Enon dah. " Naura menghulurkan bekal makanan yang disediakan olehnya.

"Boleh percaya ke.. " Naqil buat muka. Hannah mengintai dari tepi. Sedap bau ni. Tak nak pelawa aku sekali?

"Hannah. Kau nak tak? " Tanya Naqil. Mintak Hannah Try dulu. Kot kot tak sedap.

"Hmm.. Meh sikit" Naura menghulur dengan terpaksa. Orang masak untuk Naqil. Bukan untuk kau nenek! Tak pe lah..

"Hmm.. " Satu suap sudah masuk kedalam mulut Hannah. Tiba tiba riak wajahnya berubah.

"Sedap? " Naqil bertanya. Dada dia pula yang berdebar.

"Sedap! " Hannah meneruskan suapannya. Wajah Naura kembang apabila dipuji.

"Awaks nak tak? " Naura menghulurkan bekal makanan lagi satu. Dengan pantas Naqil menyambut. Perut dah lapar ni. Rembat aja lah.

"Not bad.. " Naura mencebik. Cakap jelah sedap. Susah ke?

"So.. Dah lepas ke nak jadi bakal isteri ni? " Hannah dan Naqil tersedak bersamaan. Woi! Apahal  ni? Fikir Sweet?!

"Uhuk! Uhuk! A. A.air." Air diberikan. Naqil segera meneguk sehingga habis.

"Aaa.. " Naqil memandang Hannah. Meminta bantuan.

'Kau belum cakap yang plan tu batal? ' Hannah menyoal dengan gerakan mata. Hebat ni

'Belum' Naqil membalas dengan gerakan mata. Selepas memahami isyarat mata dari Hannah

Hannah mendengus kuat. Baru semalam yang mereka berbincang tentang plan tersebut.

                      ****

"Naqil. Aku nak kau batalkan plan tu" Hannah datang dari belakang. Lalu duduk dimejanya.

"Ha?? Kita dah bincang kan pasal plan tu? Kan aku sanggup. Tak pe?!" Naqil pening. Dia memandang Hannah dengan serius.

" Aku rasa. Ada cara lain. Kau tu cakap je sanggup. Tapi padahal tak kan? Lagipon. Aku tak nak ambik risiko. Kalau betul Naura Evil Queen. " Hannah memainkan pen ditangannya. Kalau?

"Kalau? Kau dah tak yakin Naura tu Evil Queen? " Naqil tertanya tanya. Ada yang dia tak tahu?

"Aa. Faiq. "

"Faiq? " Apa kaitannya ngan Faiq? Takkan Faiq pulak Evil Queen? Eh. Lain maciam ni.

" Faiq. Aku jadikan dia Spy. Untuk perhatikan Naura tu. And. Dia ada nampak Naura pegang pistol" Naqil terkejut. Pegang pistol? Bukan Naura tak pandai guna?

" Kau biar betul.. Bila tu.. " Naqil meleret leret kan suara nya. Kedengaran seperti percaya. Separuh tak.

"Petang tadi. "

"Petang tadi dia ada ngan aku lah." Hannah mengerutkan dahinya. Takkan orang lain kot?

" Dalam kol 4 macam tu. Dia ada ngan kau? " Hannah meletakkan pen di atas meja.

" Ada. " Eh?

" Sampai..? "

"Aaa.. Aku agak dalam 4 30 tu dia balik. Dia kata ada hal. Setengah jam lepas tu. Kitorang terjumpa balik. " Naqil menceritakan hal petang tadi.

" 4.30. Betul lah. Faiq Call aku time 4.45." Hannah membelek phonenya.

"Jadi? " Apa point yang Hannah ingin bagitau?

" Dia tengah ugut salah seorang konco kings. Kau tak pelik ke? Kan konco kings tu ahli dia jugak. Kenapa dia nak ugut? Dia ugut tanya pasal Haunted killer. " Naqil mendiamkan diri. Haunted killer.. Dia kenal siapa dibalik nama Haunted killer tu.. Dia..

Intro :Abang Polis, Tangkap SAYA! ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang