💗lamaran💗

5.3K 213 3
                                    

Aku terbaring diatas katil. Aku terbangun pukul 7 pagi tadi. Lepas tu aku termenung je atas katil ni. Aku menoleh kesisi aku. Ada Naqil. Aku tersenyum. Kejap. Ada Naqil?!!!!

" Arghhhhhhh!!! " Aku menjerit. Tak sedar aku dah terjatuh.

Buk!!

Rasa macam nak patah pinggang aku. Aku bangun. Aku mengintai orang diatas katil.

" Tak de? " Gumam aku. Aku ni dah kenapa? Aku meraba raba katil aku. Mana ada orang atas katil tu. Aku rasa aku dah mental lah. Tu lah hampir seminggu aku memerap dalam rumah ni. Tak reti reti nak keluar rumah.

" Haih.. Aku pergi mandi lah. Aku punya gantung kerja pon dipendekkan. Kiranya esok aku dah kembali bekerja! Yeayyy! " Aku bersorak girang. Aku mencapai tuala lalu masuk kedalam bilik air. Aku mandi lalu bersiap.

" Hmm.. Nak masak apa Ye? " Aku berjalan jalan di dapur. Membuka peti sejuk untuk melihat apa yang boleh dimasak.

" Eh?! Tak de pape?! Telur je?? Sebijik lak tu! Erghh" Aku menatap peti sejuk dengan tidak percaya. Selama ni aku makan apa ha?

" Aku nak makan apa ni.. " Aku mencari cari sesuatu didalam kabinet. Harap harap lah ada Magie ke apa ke.

" Jumpa! " Aku menarik plastik Magie. Jadi. Menu kita pada pagi ini adalah Magie!

" Magie pon Magie lerrr " Aku mula memasak. Telur didalam peti sejuk aku keluarkan. Dan. Hanya dua minit. Magie aku sudah siap!

" Memandangkan hari ni hari terakhir aku bercuti. Aku nak Enjoy! Hmm.. Ada citer apa yer hari ni? " Aku mencapai remote TV lalu menekan butang sehingga aku menjumpai saluran cerita yang aku ingin nikmati bersama Magie aku ni.

" Fuhh.. " Aku meniup niup Magie aku. Mata aku metancap skrin TV yang menayangkan cerita Frozen. Pon boleh~

" Eh. Apa ni? " Meja dihadapan aku ada satu bungkusan. Mata aku segera mencapai. Tiada nama. Jadi bukan untuk Hannah. Dan bukan untuk aku. Tapi aku tak peduli! Aku nak tahu jugak!

" Eh.. Ni macam.. Erk! " Fikiran aku melayang apa yang terjadi 2 hari lepas. Di taman.

                                    ****

"Will you Marry me? " Aku tak mampu berkata kata. Kedua tangan aku menutup separuh wajah aku. Spontan.

" Na.. Naqil!! Awak ni lelaki tak guna! " Sembur aku tanpa aba aba. Naqil terdiam kepelikan.

" Awak ni kenapa?! Apa salah saya! " Naqil bertanya dengan nada tinggi. Dia bangun. Mungkin terasa bila aku cakap dia lelaki tak guna.

" Awak dah tunang dengan Iffa! Lepas tu awak lamar saya?!! Apa bende semua ni? Fikir perempuan suka dimadukan ke?! " Marah aku lagi. Naqil menahan sesuatu. Mukanya merah. Nasib aku dan Naqil berada di kawasan yang sedikit cerah dengan bantuan lampu jalan.

" Awak ni. Memang suka serkap jarang eh? " Tanya Naqil. Aku membisu. Betulkan?

" Apa bukti yang saya ni tunang Iffa ha? " Tanya Naqil lagi. Aku tergagap gagap. Bukti.. Aku mana ada bukti!

" A.. An.. Erm.. Iffa ada jumpa saya hari tu. Dia kata yang dia ngan awak dah tunang. " Aku bercerita. Naqil mengepal tangan. Kesal. Mana lah perempuan tu sekarang. Biar aku ajar dia sikit!

" Mana ada! " Aku membuat muka tidak percaya.

" Bukan awak kata Iffa tu bakal tunang awak ke? " Aku mahu lebih keterangan.

" Tu semua lakonan. Saya tipu awak. " Kata Naqil dengan wajah selamba. Aku cuba menahan marah. Air mata aku masa tu tak de guna!

" Apa?!! Erghhhhh!! " Aku menjerit frusttasi. Aku menumbuk numbuk dada Naqil berkali kali. Geram. Aku tumbuk manja manja gitu je. Tenang. Hahaha

" Sorry lah. " Naqil menahan tangan aku dari memukulnya lagi. Pukulan aku terhenti.

" Ni. Saya dah lamar awak. Terima ke tak ni?? " Tanya Naqil. Aku tersenyum.

" Mana cincin nya? " Naqil menggeleng.

" Tak payah cincin lagi. Ambil ni je dulu. " Dia menghulur satu plastik bungkusan. Berbalut kemas.

" Apa ni? " Tanya aku. Aku membelek belek bungkusan tu.

"Bukak lah" Arah Naqil. Aku akur. Aku Bukak dengan cermat.

" Kalau awak terima. Awak pakai. Kalau awak tak terima. Pulangkan. Atau pon simpan. Jangan pernah pakai. " Kata Naqil. Aku membelek tudung berwarna putih. Cantik sangat! Selalu orang lamar guna cincin. Tapi Naqil. Guna tudung! Save bajet lah kot.

" Hmm.. Nak bagi citer ni menarik lah kan.. " Aku pusing mengelilingi Naqil. Naqil berdiri kaku tanpa kata

" Saya nak lari" Kata aku. Aku perlu fikir bende ni.

" No. Tak boleh! " Larang Naqil. Dia mula mencekak pinggang. Aku mengeluh.

" Ok..ok..Hmm..Awak kan.. Polis.. Abang polis kesayangan saya pulak tu..Apa kata.. Abang polis, tangkap saya? " Soal aku. Naqil membuat senyuman sinis.

" Awak memang nak kene tangkap eh?" Aku membalas senyuman sinis nya juga

" Haah. Lagi lagi kalau awak yang tangkap saya.  " Aku mula melangkah.

" Kalau macam tu. Kasi seminggu. " Kata Naqil. Aku memusing kebelakang.

" Seminggu! " Heh.. Ni baru aku suka. Main kejar kejar! Hehehe. Rasa macam nak terbang sambil flip rambut je. So diva!

" We will see  " Kata  Aku. Aku tersenyum tipis.

" Kalau saya dapat tangkap awak. Pada masa yang sama. Kawin dengan saya! " Kata Naqil. Aku membulatkan mata. Tapi sekejap. Aku membuat muka tak berperasaan.

" Ok. Deal! Saya nak tengok macam mana awak nak jatuh kan seseorang macam saya. " Aku tersenyum sinis. Naqil juga tersenyum sinis.

   

                                          ****

"Kalau aku terima je kan senang? Nak jugak ikut perangai gila aku ni. " Aku mengeluh sendiri. Mengenang kobodohan dan perangai aku yang tak berapa betul. Aku membelek belek tudung tu lagi. Aku tersenyum.

Tok

Tok

Sape yang datang? Aku muluru kearah pintu. Lalu membuka dengan cepat.

" Yer.. Cari sap.. "

" Saya Inspektor Naqil Solihin. Ingin menangkap penjenayah bernama Hani Nazreen. " Naqil menayangkan gari didepan mata aku. Aku melongo. Ni tangkap betul betul ni!

" Dengan kesalahan. Mencuri hati saya. " Sambungnya lagi. Aku tersenyum.

" Saya penjenayah yang licik tau~"

                                ****

"Heh"

Tbc..

Last!! Last Chapter are coming!!!!! Tunggu!!!

Intro :Abang Polis, Tangkap SAYA! ✔Where stories live. Discover now