💗end💗

6.2K 232 12
                                        

" So. That 's how papa purpose you mama?" Aku tersenyum.

" Iyer sayang.. " Aku mengelus kepala anak perempuan aku sayang. Hanis Nazreena bt Naqil Solihin

" So.. Unbelievable "  Komen anak aku. Aku menceritakan kisah 5 tahun yang lalu.

" Adik jangan lamar perempuan macam tu tau"  Hanis mengusap ngusap perut aku yang sudah hampir 9 bulan. Yang berjantina lelaki.

" Haha. Adik kecil lagi. " Kata aku. Aku tergelak kecil. Hanis hanya tersenyum.

" Tapi Mama.. Papa tahu ke yang mama ni secret ejen? " Tanya Hanis. Aku memegang tangannya.

" Papa tak tahu.. Yang papa tahu. Mama seorang polis. " Aku berkata jujur. Selama aku berkahwin dengan Naqil. Aku tak pernah menceritakan tentang aku seorang ejen. Lepas aku berkahwin. Aku ditukarkan jadi polis. Sama tempat Naqil bekerja. Naqil terkejut jugak. Macam mana lah aku boleh jadi polis.

" Oh... "Hanis mengusap perut aku lagi. Aku pula memandang wajah Hanis penuh sayang. Alhamdulillah. Anak aku dah berumur 5 tahun yang macam macam perangainya menceriakan kehidupan aku dan Naqil.

                                     *****

" Sayang.. Sayang kat mana tu? " Tanya Naqil melalui phone. Aku yang ketika itu sarat mengandung sedang berjalan jalan di taman. Lepas aku berkahwin dengan Naqil. Aku tinggal dirumahnya.

" Sayang kat taman. Bosan lah. Abang pon kat Pahang lagi. " Aku duduk di salah satu bangku di taman itu. Naqil sekarang ni berada di rumah sepupunya kerana sepupunya mengadakan satu majlis untuk anaknya. Aku pulak tak dapat ikut sebab tak boleh duduk lama lama. Esok baru Naqil balik.

" Sorry. Bosan yeer.. Baby okey ke? " Tanya Naqil. Aku mengusap ngusap perut aku.

" Sihat. Dia tak rindukan papa dia. " Tiba tiba perut aku rasa ditendang. Rindu papa lah tu. Baru nak kelentong. Eh. Tak elok. Aku teringat kata-kata ummi Naqil.

" Sedihnya. Baby tak rindukan papa. Mama pon tak rindukan papa jugak ke? " Tanya Naqil. Aku hanya tergelak kecil. Mula lah tu nak mengada.

" Hmm.. Entah lah" Aku tersengih sengih. Macam orang gila. Tak pe. Naqil tak nampak. Hahaha

" Abang.. Abang balik hari ni boleh tak? Saya rasa tak sedap hati lah" Aku berterus terang. Sejak pemergian Naqil ke Pahang dua hari lalu. Aku rasa diperhatikan.

" Hmm.. Kenapa? Baby dah nak keluar ke? " Tanya Naqil lagi. Aku mengeluh.

" Tak.. Cuma.. Haih.. Please.. Balik.. " Pujuk aku. Terdengar bunyi ketawa di seberang sana. Naqil gelak lah tu.

" Cakap. I miss you dulu. " Aku menjauhkan sedikit phone aku.

" Papa Hanis ni mengada lah. Jangan ikut perangai papa tau" Sempat aku berkata sambil mengusap perut aku yang memboyot. Aku terdengar Naqil memanggil aku.

" Ha. Yeye. I.. " Aku perasan ada sebuah van berhenti dihadapan aku. Aku bangun. Aduh.. Waktu macam ni lah kaki aku cram. Keluar beberapa lelaki menerpa ke arah aku. Aku tak mampu berjalan. Kaki aku sakit..

" Hello? Sayang? " Naqil panggil aku. Aku memasukkan phone aku ke dalam poket tanpa lelaki lelaki itu sedar.

" Le. Lepas! " Lelaki itu menarik paksa aku masuk kedalam van. Aku dah lah tengah kejang. Dia Tarik aku macam aku ni tak de kaki.

Aku cuba menjerit. Tapi lelaki lelaki itu lebih cepat menutup mulut aku. Kenapa lah aku pergi taman time tak de orang? Sekarang aku menyesal. Aku risaukan kandungan aku.

" Umm!! Umm! " Aku meronta ronta. Aku takut!

" DIAM LAH! " Lelaki yang menutup mulut aku menjerkah aku kuat. Aku terasa ingin menangis.

Intro :Abang Polis, Tangkap SAYA! ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang