Naura Mikhaila, siapa tak kenal dia? Evil Queen. Tak kenal jugak? Kau menyedihkan.
So. Gadis tinggi lampai. Gadis yang penuh dengan pesona. Juga nakal. Tapi tersimpan satu rahsia.
Naqil Solihin. Abang Polis yang handsomeee.. Jangan berani dekat k...
Faiq hanya memandang wajah lelaki yang nampak serabai.
" Aku patut halang dia.. Iq. " Faiq mengetap giginya. Apa masalah dia ni?
" Aku tak faham lah kau ni.. Dulu.. Masa dia terhegeh hegeh nak kat kau.. Kau tipu dia! " Faiq menahan rasa marah.
" Aku.. Aku masa tu. " Faiq hanya mengeluh.
" Aku apa? Dah lah Naqil. Kau tak faham perempuan ni macam mana. Once kau sakit kan hati dia. Jangan ingat dia nak pandang kau lagi. Kalau dia pandang kau lagi. Tu maknanya dia kasi peluang kedua. Bila kau dapat peluang kedua. Kau beruntung. " Faiq cuba memahamkan Naqil. Naqil menggosok gosok pipinya. Kerjanya yang bertimbun dengan fail ditolak tepi buat sementara.
" Jadi.. Sekarang? " Naqil bertanya kepada Faiq. Faiq membuat gaya seolah berfikir.
"Hmm.. Kau bagi dia masa. Kalau dia masih nak kat kau. Dia akan tunggu. Sekarang ni. Kau fokus dulu dengan kerja. Jangan campur hal peribadi dengan kerja. Nanti menyusahkan kau. " Pesan Faiq. Naqil hanya tersenyum nipis sambil mengangguk.
" Anything. Bro" Faiq melangkah keluar dari bilik kerja Naqil. Namun dia tiba tiba berpatah balik.
" Lagi satu. Kau tau kan kita ada perjumpaan? " Soal Faiq. Hanya untuk mengingatkan Naqil.
" A. Aaa.. Ingat ingat. " Faiq kembali keluar dari bilik kerja Naqil.
" Haih.. Sorry Hani.. " Keluhan terbit di bibir Naqil. Baru sehari Hani pergi. Namun. Dia mula hilang arah. Seperti sebulan yang lalu.
****
" Naura!!! " Naqil memanggil dengan kuat. Pintu pagar digoncang. Loceng dah berkali kali ditekan. Namun. Tiada siapa yang keluar dari rumah besar ni.
" Naura! Keluar. Saya nak cakap dengan awak!! " Naqil masih belum berputus asa.
"Argh!! " Naqil menilik jamnya. Cafe!
Naqil masuk kedalam kereta dengan segera lalu memecut laju untuk ke Cafe. Naqil hendak berjumpa dengan Naura. Ntah kenapa hatinya rasa kurang sedap. Dadanya selalu berdebar selepas hal dia menipu Naura. Rasa bersalah?
" Wani?? Boss mana? " Naqil menerpa kearah Wani seusai sampai di Cafe. Wani memandang pelik kearah Naqil.
" Encik cari Boss Firdaus ye? " Naqil mengerutkan dahi. Siapa Firdaus?
" Eh. Tak. Saya cari Boss Naura. " Wani menggeleng.
" Maaf yer encik. Boss kami nama Firdaus. Kami pon tak kenal siapa Naura. Kalau tak percaya saya panggil pekerja lain. Syah! " Panggil Wani. Pekerja yang bernama Syah menghampiri mereka.
" Apa hal ni? " Tanya Syah. Dia memandang ke arah Naqil. Memberi senyuman tipis.
" Ni. Dia cari Boss Naura. Boss kita kan nama Firdaus. " Syah mengangguk.
" Saya rasa encik salah orang kot. Memang Cafe ni milik Encik Firdaus. Kalau encik masih tak percaya. Encik boleh jumpa dengan Encik Firdaus. " Kata Syah. Naqil mengeleng. Tak percaya.
" Tak.. Tak.. " Naqil berlalu pergi. Wani dan Syah hanya memandang pemergian Naqil. Sebelum menganguk antara satu sama lain.
" Naura.. Mana awak. Saya nak mintak maaf. " Naqil mengetuk ngetuk stereng keretanya. Buntu. Dimana lagi nak mencari Naura Mikhaila?
Kereta yang dipandu oleh Naqil dengan perlahan masuk ke perkarangan rumahnya. Dia membuka kunci rumah lalu masuk. Pintu ditutup perlahan.
" Kenapa.. " Naqil terjelopok jatuh. Tak sedarkan diri.
****
Aku sedang dipandang oleh beberapa ahli yang lain. Tiba tiba aku berasa kecut perut.
" Sa.. My name. Hani Nazreen. 24 years old. Stella. Shooter. " Kata aku. Aku cuba bertenang. Kenapa semua pandang aku macam nak bunuh aku?!!
" Hai!! " Tiba tiba semua tersenyum. Ya Allah!! Senyum lah dari tadi. Tak de lah aku cuak nak mati!
" So.. Hani. This.. Your mission." Aku pandang lelaki dihadapan aku. Dia menghulurkan sesuatu berbentuk bulat. Kecil.
" Just put your hand. " Aku mengerutkan dahi aku. Aku letak tangan aku. Tak. Aku sentuh bende tu dengan jari aku.
'Hologram. ' kata aku dalam hati.
" You know this man? " Aku mengeleng.
" Then. I will tell you. " Sekarang ni. Hanya aku dan lelaki ni je yang bercakap. Yang lain semua senyap je. Aku rasa lelaki ni ketua. Rasa lah.
" Jin. "
"Pfffft! " Aku pandang Bella. Bella menunduk. Hish Bella ni.
" This case. Are high profile. But I Know you can do It. Because you have a good record. " Aku tersenyum nipis. Bangga jap. Hermmm!
" So. Tomorrow. Please have a look. At this man. " Aku mengangguk. Yang lain mula bersurau keluar dari bilik itu. Sebelum itu sempat aku berkenalan dengan beberapa orang. Bagus ada yang pandai cakap Melayu.
" Yang kau nak tergelak tadi kenapa? " Aku tanya Bella. Setelah masuk kedalam bilik yang telah disediakan. Aku berkongsi bilik dengan Bella.
" Takk .. Aku Just tetiba teringat sesuatu. " Bella tersengih. Suka sangat buat perangai.
" Hish. Kau ni. Cuba lah jaga sikit perangai tu. " Aku nasihatkan Bella ni. Bella hanya tersengih macam kerang busuk.
" So.. Hani. " Panggil Bella. Aku memandang Bella.
" Apa? " Aku tanya Bella.
" Hmm.. " Bella seolah bertarik tali dengan aku.
" Apa.. Cakap je lah! Aku nak pi mandi" Aku menatap tajam wajah Bella. Bella buat muka bodoh je.
" Kau.. " Aku diam. Lantak kau lah. Eyyy!
" Tak rindu Naqil ke??? "
Pap!
Ambik kau! Tepat tepat aku baling batal tu.
" Werkk!! " Aku segera berlari masuk kedalam bilik. Sebab ada bom nak meletop! Tak sempat nak panggil Iqmal.
" Hani!!! " Bella menjerit. Suka betul baling bende kat orang. Pikir aku ni apa?
" HAHAHHAA. PADAN MUKA KAU! " Aku tergelak gelak dalam bilik air. Tapi.. Betul ke aku rindu? Eh. Sejak bila aku kata aku rindu Naqil??
Hmm....
****
" Hehehe.. Kau dah tak de. So. Untuk game ni. Aku menang. "