Naqil tersenyum senyum seorang diri. Tapi kadang kala senyuman pudar diwajahnya. Dia teringatkan Naura Mikhaila. Hampir sebulan Naura pergi tanpa apa apa pesanan. Kenapa?
"Naura.. Apa yang awak dah buat kat saya..? " Gumam Naqil seorang diri.
" Macam mana awak buat saya rindukan awak? " Kata Naqil lagi. Kemudian dia menggeleng geleng kepalanya.
"Saya rindu awak punya suara.. Awak punya mengada.. Gediks.. " Sekali lagi senyuman terbit di wajah Naqil.
" Kenapa awak tinggal kan saya?" Wajah Naqil kembali keruh. Matanya berair.
" Macam mana nak buat awak kembali? Astaghfirullahalazim.. " Naqil beristikhfar. Mustahil. Naura sudah pergi. Dia takkan kembali.
" Maafkan saya.. " Gumam Naqil perlahan. Dia tidak mahu siapa pon mendengar apa yang dia katakan.
" Selama ni saya buta. " Naqil mengeluh.
" Saya dah lama sukakan awak. " Naqil tersenyum kembali. Kalau Naura dengar. Apa reaksi dia?
" Maaf sebab tipu awak. " Kata Naqil seraya mengelap matanya.
****
" Naqil! " Panggil Hannah. Wajah nya runsing. Dia baru sahaja mendapat panggilan dari Bella.
" Yer? Kau nak apa?? Risau semacam je? " Tanya Naqil pelik. Macam ada masalah negara yang tak wujud je runsing nya.
" Pasal Naura. " Hannah mengeluh. Patut ke apa yang dia perlu buat?
"Kenapa ngan Naura? " Tiba tiba dada nya berasa berombak. Tak sedap hati. Kenapa?
" Naura.. Erm.. " Hannah menjeda percakapannya. Membuat Naqil tertunggu tunggu.
" Kenapa dengan Naura!? " Soal Naqil lagi.
" Kau dah bagitau...? " Naqil bengang. Kenapa perlu slow slow. Direct je lah!
"Bagitau apa? " Naqil mengeluh kasar.
" Bagitau yang plan tu batal? " Naqil memusingkan biji matanya.
"Oh.. Cakap lah terus. Aku ingatkan apa lah. Belum. Aku tak tau nak kata macam mana. " Kata Naqil.
" Aku harap kau bagitau Naura secepatnya. " Kata Hannah lalu pergi. Naqil mengeluh perlahan.
Petang itu Naqil ingin berjumpa dengan Naura di Cafe. Namun dia tiba tiba berjumpa dengan kawan lamanya.
" Eh? Naqil?!! " Panggil seseorang dari jauh. Naqil yang perasan dipanggil berhenti dan menunggu orang yang memanggil nya menghampiri
" Yes...? Cik ni sape? " Tanya Naqil. Dia cuba mengenali gadis bertudung dihadapan nya.
" Ha? Naqil tak ingat? Sedihnyaa" Suara gadis itu meleret leret.
" Eem. Maaf ye. Tapi Cik ni sape eh? " Tanya Naqil lagi. Dia cuba mengingati siapa gadis ni.
" Panda. " Naqil mengerutkan dahinya. Panda? Seingatnya nama kawan kawan nya tiada bernama panda.
" Haih. Tak ingat lah tu. " Gadis itu mengembungkan pipinya.
" Eh!!! Dah ingat!! " Kata Naqil. Dia tersenyum.
" Lain lah! Sampai tak cam. Sorry. Hehe" Kata Naqil lagi.
" Haa.. Ingat pon. Ni Haizura Iffa. Memang lah lain. Dulu kan macam panda.. Mana ada orang suka. Naqil je rapat dengan Iffa." Naqil mengangguk. Tiba tiba dia teringat sesuatu.
" Erm. Iffa. Nak mintak tolong sikit boleh tak? " Tanya Naqil. Dia sedikit ragu ragu. Tak melampau ke? Tak sakitkan hati Naura yang berharap? Tak kejam?
" Mintak tolong.? Mintak tolong apa? Insyaallah. Aku tolong. " Balas Iffa. Naqil menghembus nafas lega.
" Ermm.. Mintak tolong jadi bakal tunang boleh? " Kata Naqil laju. Dia memandang Iffa dengan berharap.
" Ehhh!! " Iffa terjerit perlahan. Terkejut.
" Nanti Naqil cerita. Sekarang ikut Naqil jumpa Naura. " Iffa hanya mengikut tanpa banyak soal. Mereka masuk menuju ke Cafe. Naqil mencari cari kelibat Naura. Namun tidak kelihatan. Segera dia memanggil Wani. Pekerja di Cafe tersebut.
" Wani! " Panggil Naqil. Wani yang sedang duduk menoleh. Segera dia menghampiri Naqil.
" Eh. Abang Naqil. Abang Naqil cari Boss ke? " Tanya Wani. Seolah mengerti kenapa Naqil datang ke sini.
" Hmm.. Haah. Dia ada? " Tanya Naqil. Wani menggeleng.
" Boss baru je balik dengan Kak Bella. 10 minit lepas. Masa datang sini tak de terserempak kat parking? " Tanya Wani. Naqil pula menggeleng.
" Oh.. Tak pe lah. Masih Wani. " Wani tersenyum lalu segera melakukan tugasnya.
" Ermm. Iffa. Kita jumpa esok eh? " Kata Naqil setelah berada di keretanya.
" Esok? Kat tempat kerja Naqil ke? " Tanya Iffa.Naqil mengangguk. Dia mengeluarkan phone nya.
" Boleh bagi nombor tak? Bagi alamat tempat kerja. " Kata Iffa. Naqil turut mengeluarkan phone nya lalu mereka bertukar nombor
" Okey. Done! " Kata Iffa. Dia mula merapati keretanya.
" Terima kasih. " Naqil tersenyum. Senyuman Naqil dibalas oleh Iffa.
" Sama sama. " Lantas Iffa masuk kedalam keretanya. Lalu pergi meninggalkan Naqil.
Keesokkannya. Iffa telah mengerti mengapa Naqil mengupahnya menjadi bakal tunangnya.
" Faiq. Naura dah sampai? " Tanya Naqil melalui phone.
" Dah. Dia baru je sampai. Lagi 1 minit sampai lah kat bilik kau. " Kata Faiq. Naqil memutuskan talian.
" Okey. Naura dah nak sampai. Kita berlakon Sweet Sweet. " Arah Naqil. Iffa hanya mengangguk.
"Awaks! " Naura memasuki bilik kerja Naqil. Dengan wajah yang ceria.
" Eh. Naura. " Naqil tersenyum. Tetapi Naura tidak membalas. Naqil memegang tangan Iffa erat. Melihatkan betapa mesranya mereka. Iffa seolah terkejut. Tapi dia sedar. Ini sebuah lakonan.
" Awak.. Sape ni.. " Naura cuba mengawal riak wajahnya.
" Oh.. Meh saya kenal kan.. " Naqil memandang kearah Iffa dengan tersenyum. Tanpa menyedari riak wajah Naura yang keruh.
"Ni.. Haizura Iffa" Kata Naqil.
" Dia bakal tunang saya" Kata Naqil lagi tanpa lekang dengan senyuman bahagia. Tanpa menyedari. Ada hati yang menderita.
Naqil terkejut apabila melihat Naura berlari keluar dari bilik nya. Namun dia keraskan kakinya untuk tidak mengejarnya. Penat penat dia plan untuk jauhkan Naura. Naqil memandang kearah Iffa.
" Terima kasih. " Tiba tiba Faiq masuk dengan wajah yang penuh dengan soalan.
" Naqil! Apa yang kau dah buat.?" Tanya Faiq. Dia memandang perempuan dihadapan Naqil.
" Apa yang aku dah buat? " Tanya Naqil naif. Faiq mengetap giginya.
" Aku nampak Naura nangis! " Naqil terkedu. Melampau ke?? Nampak macam.. Naura betul mengharap dengannya!
" Naura.. Nangis..? " Seolah tidak mengerti apa perkataan nangis yang dikatakan oleh Faiq. Faiq mengangguk.
" Hmm.. Iffa. Kau boleh balik dulu. " Iffa hanya mengangguk lalu pergi bersama sebuah senyuman.
" Apa yang kau buat? " Faiq minta penjelasan dari Naqil.
" Aku Just.. Mintak Iffa jadi bakal tunang je. Tapi tu semua lakonan! Aku tak berani bagitau terus kat Naura yang aku tak nak jadikan dia isteri aku " Kata Naqil. Naqil melihat Faiq menggeleng geleng.
" Tak gentleman lah kau ni. " Faiq keluar meninggalkan Naqil sendirian.
****
" I Love You.. "
Tbc...
Sape dah ingat Naura dah mati? Hehehehe
YOU ARE READING
Intro :Abang Polis, Tangkap SAYA! ✔
AcciónNaura Mikhaila, siapa tak kenal dia? Evil Queen. Tak kenal jugak? Kau menyedihkan. So. Gadis tinggi lampai. Gadis yang penuh dengan pesona. Juga nakal. Tapi tersimpan satu rahsia. Naqil Solihin. Abang Polis yang handsomeee.. Jangan berani dekat k...