" Awaks.. "
"No"
Apa ni?! Baru hari first. Terus no. Apa yang patut aku buat??
"Awak boleh tak cuba buat saya sukakan awak dengan cara yang tak berapa mengada and gediks? Boleh tak? " Naqil memandang Naura. Hannah yang kat sebelah tu dah terkekek kekek gelakkan Naura. Apa yang kelakar! ha! nenek?!
"Fu.. Fu.. " Hannah menahan gelak.
"So." Naqil memandang Naura yang mendiamkan diri.
"I Love u"
Deg!
Deg!
Apa ni???
"Ha... "
"Muka awaks merah. Dah jatuh cinta? " Naura bertanya dengan naif.
"Ni.. Ni. Bukan jatuh cinta. Ni terkejut lah! Tak Leh beza ke? " Naqil menutup wajahnya.
"Tu malu nama nya .ongok! " Sama ke dua ekor ni. Tak Leh beza ke? Hannah menggeleng. Haih..
"Diam lah kau" Naqil mengurut ngurut hidungnya. Cuba menghilangkan getaran di hatinya.
" Awaks? " Naura memanggil.
"No"
Erghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
"Ha. Awaks! " Tiba tiba Naura teruja sendiri.
"Ye? "
"Awak tolong kutip jap bende yang kat bawah awaks tu! " Arah Naura. Naqil kebingungan. Mana ada apa apa kat bawah nya?
"Mana ada apa apa bawah saya? " Naqil memandang ke bawah lagi.
"Awak buat buat je ambil apa apa." Naqil mengeluh. Ambil apa?! Naqil konon konon mengutip sesuatu dibawahnya . Hannah malas melayan dua ekor tu. Naqil dah terkene sekali penyakit mental yang asalnya dari Naura!
"Nah" Konon konon memberi kepada Naura. Tetapi Naura tidak mengambil.
"Terima kasih. " Naura tersenyum.
"Untuk? "
" Sebab kutip hati saya. " Naqil mengerling tangannya. Hati?
"Hati? " Naqil membaling 'hati' tersebut.
Eh?
"HAHAHAHAHAHAHHAHA" Tawa Hannah meletus dengan kuat. You so sad. Naura..
" Shut up nenek! " Naura menahan geram. Baru nak buat pickup line. Jadi macam ni. Hateu.
"Saya balik dulu lah. Awak ni langsung tak hargai saya punya effort. " Hannah dengan segera melambai. Mendapat jelingan maut dari Naura.
"Sorry" Hanya itu yang dikatakan oleh Naqil sebelum Naura meninggalkan bilik kerja Naqil. Apa lagi yang patut dia buat?
.....
Aku berjalan dengan perlahan lahan. Supaya target dihadapan aku ini tidak menyedari aku.
Aku cuba mendekati target aku. Tapi malangnya dia sudah menyedari kehadiran aku.
"Kau! " Aku cuba berlari. Tapi lelaki itu lebih pantas menarik baju aku.
Buk!
Aku hadiahkan tendangan di perutnya. Membuat dia mengaduh kesakitan.
"Bagi tahu aku. Betul Haunted killer ada jumpa Kings? " Aku menekan kepala lelaki itu. Tangan aku lagi satu. Memegang pistol. Aku menghala kearah lelaki itu. Yup! Mengugut. Itu cara aku. Lebih cepat. Lebih mudah.
"Kau siapa? " Soalan itu membuat aku menyampah.
"Tak perlu tahu. Aku cuma nak tahu. Haunted killer ada jumpa Kings?! " Aku cuba mengawal suara aku. Takut ada yang menyedari
" Kenapa aku perlu jawap? "
"Kalau kau nak selamat. " Senyuman sinis mula terlukis diwajah aku
"Ada." Dengan takut takut lelaki itu memberitahu. Aku dengan cepat meninggalkan lelaki itu. Kerana. Aku sedang diperhati.
****
"Hannah."
"Hm? "
"Aku nampak Evil Queen pegang pistol. "
"Heh. Memang kau Naura.. "
"Tapi."
"Tapi?? "
"Dia tengah ugut salah seorang konco Kings. "
"Dia ugut tentang? "
"Haunted killer. "
"Hmm.. " Kenapa? Ada yang pelik..
****
"Bodoh! Aku hampir tertangkap! Aku patut sedar dari tadi ada orang ikut aku! " Aku mengutuk diri aku. Macam mana kalau rahsia aku terbongkar?? Orang lain takkan kisah. Tapi aku akan kisah! Tu nyawa aku!
"Organisasi S sangat ketat. Anggota nya tidak dibenarkan memberitahu sesiapa sahaja termasuklah keluarga. Tentang siapa sebenarnya diri yang sebenar. Kalau tak. Hukuman yang berat akan dijalankan. " Aku bermonolog sendiri. Parah!
****
"Naqil! " Panggil seseorang dari jauh.
Suara ni. Tak.. Tak mungkin.
"Naqil! Lama kita tak bertemu" Naqil cuba mengawal riak wajahnya. Wanita di hadapannya kini kembali wujud didalam hidupnya.
"Bella... "
****
"Sape.. Perempuan tu? " Naura melihat Naqil bersama wanita yang tidak dikenali sedang berbual bual tidak jauh dari tempat dia berdiri
" Awaks! " Naura menghampiri. Membuat wajah wanita yang dioles makeup setebal dinding rumah Cik Lang tu mencebik.
" Eh! Sayang! " Naura terkedu. Sinetron apa yang dia masuk ni?
" Sayang? " Wanita itu terkebil kebil memandang Naura. Naura seakan mula memahami keadaan Naqil sekarang.
" Sape ni Baby? Kawan you ke? Hello.. Nice too meet you.. I Naura Mikhaila. Isteri Naqil. " Kata Naura. Ye Ye je isteri. Tak lama lagi. Ehek!
"I.. Isteri?!! " Pompuan ni buat muka terkejut macam aku ni sejenis kawin ngan Naqil apa hal?
"Yup! I balik dulu lah. Sian isteri i yang tengah mengandung ni. Bye.. Bella" Naqil menarik Naura mengikutinya. Meninggalkan Bella yang terkebil kebil kerana terkejut.
Naura terkekek kekek. Tu baru tipu. Kalau aku betul betul kawin ngan Naqil? Muka cam itik pompuan ni buat nanti. HAHAHAHAHHA
"Dah kenapa? " Bayangan Naura terhadap wajah terkejut yang dibuat oleh Bella hilang.
"Tak de apa. Saya ada kerja lagi. Bye. " Belum sempat Naura mengorak langkah. Tangannya ditahan oleh Naqil. Nasib aku pakai sarung tangan. Sarung tangan?!! Shit!
"Eh. Kenapa pakai sarung tangan ni? " Naura membeku. Alasan apa mau bagi?
"Sejuk." Logik kah? Malaysia kot!! Sejuk apa?
"Oh. Ok. " Naqil mendiam kan diri. Dia memandang wajah Naura. Naura tiba tiba berasa seram sejuk.
"Awak... " Panggilan Naura tidak dibalas. Erk. Kenapa ni?
"Naqil.. " Panggil lagi Naura.
Buk!
"Eh? " Naqil seakan tersedar. Mukanya berasa berpijar. Muka dia kene hempuk ke tadi?
"Jangan pandang saya macam tu?! Seram lah! Saya balik dulu. Ada hal" Segera Naura meninggalkan Naqil. Takut ada soalan terbit dari mulut abang polisnya.
****
"Naqil.. I will Make Sure.. You will be Mine! "
Tbc
ANDA SEDANG MEMBACA
Intro :Abang Polis, Tangkap SAYA! ✔
AksiNaura Mikhaila, siapa tak kenal dia? Evil Queen. Tak kenal jugak? Kau menyedihkan. So. Gadis tinggi lampai. Gadis yang penuh dengan pesona. Juga nakal. Tapi tersimpan satu rahsia. Naqil Solihin. Abang Polis yang handsomeee.. Jangan berani dekat k...
