" Sayang.. " Aku membeku.
" Dah lah tu merajuk. " Aku masih diam.
" Abang bukan tak nak kasi sayang ambik kes tu. Tapi kes tu tak de kaitan langsung dengan jawatan sayang. Tak ke pelik? " Aku memandang Naqil. Lebih tepat merenungnya.
" Dah lah. " Aku bangun. Aku mula melangkah sebelum tangan aku dengan cepat dipegang oleh Naqil. Langkah aku terhenti.
" Sayang .. Please. Jangan jangan merajuk sangat. Sabar Ku tunggu. Sampai kau rindukan Ku. Eh. Sempat nyanyi pulak. Sayang.. Pleaseeee" Tangan kiri aku yang dipegang Naqil digoyang goyang kan.
"Awak kasi saya ambik kes tu. Saya dah tak merajuk. " Naqil diam. Naqil menghela nafas kasar.
" Fine. Dengan satu syarat. " Mata aku mula membulat. Syarat tu tak boleh diterima!
" Tak cukup lagi ke 2 orang?! " Aku hampir terjerit.
" Well.. Kalau sayang nak kes tu.. Ikut lah dengan syarat abang. " Aku duduk diatas lantai. Sedang mengadakan protes.
" Protes lah tu. " Naqil faham benar dengan perangai aku. Selalu Naqil pujuk. Sekarang dia sedang sedap baring atas katil. Tak jadi lah nak protes. Huh!
"Hmm.. Ok.. " Naqil tersenyum kemenangan. Aku sebagai isteri solehah yang taat dengan suami. Pasrah. Dalam kerelaan. (Bukan sama ke dua tu?)
****
" Please. Aku mintak sangat kau masuk mission ni. " Aku mengeluh kecil. Suara Adib yang kedengaran di dalam corong telefon sedang meminta pertolongan aku.
" Aku tak dapat pasti kan lagi. Aku kene mintak izin Naqil dulu. Takut nanti dia syak. " Aku mula berfikir.
" Pasal mission tu. Kau datang hari Khamis. Aku bagitau. " Talian diputuskan.
" Aku memandang dua cahaya mata aku yang lena dibuai mimpi.
" Kalau.. Mama tak dapat balik dah.. Papa akan jaga. Anak anak Mama ni. Macam nyawa dia. " Entah kenapa aku berkata sebegitu. Hati aku juga berdebar tanpa sebab.
" Sayang.. " Naqil sudah pulang. Dia memeluk aku dari belakang.
" Abang.. " Panggil aku bila aku diam menyepi. Badan aku pula sudah menghadap ke arahnya.
" Kenapa ni..? " Tanya Naqil. Pelik. Aku memeluk badan Naqil dengan erat. Air mata aku juga perlahan jatuh dari tubir mata.
" Abang.. Sayang rasa macam 7 tahun je sayang jadi peneman hidup abang." Aku memandang anak mata Naqil. Yang mana membuat aku terpenjara. Penjara yang paling aku suka.
" Hey.. " Naqil seolah blur dengan ayat aku. Biarlah dia belum mengerti. Kerana aku juga tidak mengerti. Kenapa. Dan mengapa. Ayat itu meluncur laju dari mulut aku.
" Sayang sihat tak ni? " Dahi aku disentuhnya. Aku menolak lembut.
" Sihat lah. " Aku tergelak kecil.
" Ye ke. Meh abang bagi ubat " Kata Naqil. Tangannya memegang kepala aku.
Cup
" Better? " Aku merasa bahagia.
" Better. More better if you hug and kiss me. More. " Aku tersenyum gedik. Naqil mengangkat keningnya sebelah.
" More? " Naqil memasang senyuman tipis. Aku pula mula merona merah. Mula lah tu fikir bukan bukan!
" Abang pergi lah mandi. " Arah aku dengan cepat.
" Tak nak. " Aku menepuk pehanya lalu segera melarikan diri masuk kedalam tandas.
![](https://img.wattpad.com/cover/186733914-288-k795769.jpg)
YOU ARE READING
Intro :Abang Polis, Tangkap SAYA! ✔
AcciónNaura Mikhaila, siapa tak kenal dia? Evil Queen. Tak kenal jugak? Kau menyedihkan. So. Gadis tinggi lampai. Gadis yang penuh dengan pesona. Juga nakal. Tapi tersimpan satu rahsia. Naqil Solihin. Abang Polis yang handsomeee.. Jangan berani dekat k...