Rokok nan sebatang.
Ah, kena beli lagi. Aku pun turun ke bawah menuju ke 7-Eleven terdekat. Sambil tu aku pun membebel seorang diri apabila baju aku basah kerana atap flat rumah aku bocor.
"Bina KLCC, mampu. Bina rumah flat tak boleh elok-elok pulak?"
Aku kemudian berjalan menuju ke kedai 7-Eleven.
"Rokok Winston Light ada?"
"Tak ada. Rokok Rothmans je ada."
"Belasah. Bang, kasi Fisherman Friends ni sepeket. Sakit pulak tekak."Brader 7-Eleven tu senyum pada aku.
"Tu lah, saya ajak beli Dethstix tak mau! Abang kalau nak beli, beli dengan saya."
"Nanti-nantilah aku berhenti rokok! Kau ni tiap kali aku datang je cakap Dethstix. Kau ni nak tolong ke tak kedai 7-Eleven kau ni? Baik kau fokus jual Dethstix je," aku kata kat dia.
"Belum boleh berhenti kerja lagi. Belum stabil lagi," kata brader 7E ni.
Steady la brader habis SPM ni. Baru habis SPM dah berpandangan jauh. Memang Generasi Tik Tok ni sebenarnya bagus. Mereka tak merengek macam generasi millennial.
Nak keadilan lah, nak ubah dunia lah. Sembang lebat.
Aku, walaupun age bracket aku millennials, tapi aku perangai Gen X. Aku tak suka ada autoriti memantau aku. Walaupun aku terpaksa akur bila kat pejabat.
Millennials ni banyak budak-budak petak, jenis nak jadi pengawas sekolah ramai sangat.
Jenis Syed Saddiq, kau tau? Aku tak suka UMNO, tapi aku lebih rela lepak hisap rokok dengan Papagomo daripada lepak dengan budak sikat rambut tepi macam dia.
Aku berjalan menuju ke kedai mamak dan order nasi goreng kampung yang digoreng oleh imigran India dari negeri Tamil Nadu.
Tiba-tiba datang seorang lelaki ajak berborak dengan aku. Aku tak kenal siapa tapi mukanya ada ciri lelaki yang menggelabah.
Nama dia Wan, tapi aku tak ambil tahu sangat apa yang dia nak borakkan. Aku habiskan makanan dan terus blah.
--
1:30 PM, makan nasik.Esoknya, mamat tu ada lagi. Dia lambai ke aku, aku lupa nama dia siapa entah, aku cuma berjalan ke kedai nasi campur selang dua kedai mamak tu.
Aku bungkuskan seketul ayam untuk kucing aku, dan aku bungkuskan diri aku nasi lauk telur dan kuah masak kuning.
Ternyata makanan kucing aku lebih mahal daripada makanan aku. Nakharam, patutlah zaman Firaun Mesir dulu kucing jadi Tuhan.
--
9:47 PM, tengok TV.
"Awak jantan sial! Awak penipu! Awak curang dengan saya! Men are trash!" kata Qaimira lakonan Sweet Qismina dalam drama Aqish Qaimira.
Rupanya Aqish ni ada perempuan lain. Aku pun tutup TV, dan masuk bilik. Aku on Spotify, White Album Beatles.
Tak main la lagu zaman sekarang. Aku memang ageist gila. Terutamanya taste budak-budak millennials ni.
Novel ni memang tak political correctness pun, jadi kalau kau trigger, buku ni bukan untuk kau.
Baru aku perasan yang piano lagu Sexy Sadie ni macam piano Karma Police.
Dan siapa tak banging kepala bila dengar lagu Helter Skelter. Tanpa lagu ni, heavy metal tak wujud.
Sebab Helter Skelter la Eric Clapton start menyinar dalam Cream, yang lepas tu Hendrix take over, lepas tu Led Zeppelin, lepas tu Black Sabbath.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...