"Bangkit la! Hang ni buat teghuk pulok kat rumah mok hang ni!"
Aku terpinga-pinga.
"Cepatlah mandi. Pi market. Sat lagi nak pi ambik kuih kat rumah Ayu. Hang pi balik sini bukan nak bercuti. Ada kerja!"
"Awal betul bangun?" aku masih tergaru kepala. Penat semalam tak hilang.
"Semalam bukan hang pun drive lori. Cepatlah. Kita pi market, masak ketiau untuk mak hang sat, lepas tu kita gerok pi rumah Ayu. Ambik kuih lepas tu gerok la balik Kolumpoq!"
Otak aku lagging jap. Baru nak refresh.
"Lambatnya loading otak hang ni? Memory full ka hapa ni? Kalau handphone aku tau la kena upgrade SD Card!"
--
9:40AM, Pasar Kluang
"Kata nak masak kuey teow je? Ni yang beli macam-macam ni dah kenapa?" aku dah garu kepala.
"Hang ni, takkan dengan mok sendiri pun hang nak kedekut! Belilah lauk lebih sikit untuk depa. Mok dengan tok nek hang yang makan pun."
Aku tak tau sayur apa dia ambik, rempah apa dia ambik.
"Serbuk kari cap O ada dok?"
Penjual rempah tu tak tau dan dia tunjuk cap lain.
"Mana nak jadik pakai cap ni? Hangpa ni gheti masak kari ke idok ni?" bebel Norma sambil belek daun kari.
"Hang cuba bau daun karapole ni, aku suka bau ni."
Daun kara...what?
"Ni kalau tumih ni, pastu kena pulak bawang kecik tu hang tumih, dia punya terbit bauuu...tapi slack la takda serbuk kari cap O. Oghang sini memang tak pakai ka serbuk kari legend ni?"
--
11:34AM, dapur mak.
"Bau dia fuhhh!" mak aku terus pergi ke dapur bila Norma menumis daun karapole dan bawang kecik.
"Wah sedap ya baunya," nenek aku berdiri belakang Norma.
"Tumih sampai kunin merenga, bau camni. Pastu tuang bawang blender ni dalam belanga..."
"Oooo..." mak dan nenek aku mengangguk.
"Lepaih tu, masuk serbuk kari. Ha yang ni kasi banyak sikit makcik. Baru terbit bau."
"Ooo..."
"Lepaih tu, boh ayaq ni. Ikut dan mokcik lah nak pekat lagu mana. Boh ayaq asam jawa nak kasi rasa balance sikit dengan rempah tadi. Boh garam."
"Oooo, kalau tak campur air asam jawa tu tak jadi ke?" tanya nenek aku.
"Rasanya tak balance nek. Ha, lepaih tu boh kacang lendiaq ni."
"Bendi?" tanya mak aku.
"Haa, ya mokcik. Dah mendidik gini, barulah masukkan ayam. Haaa..."
"Oooo..."
"Kalau nak letak daging ke, kambing ke, sama ke?"
"Rempah nak daging banyak sikit makcik. Kalau kari ikan lain pulok. Ha, sekarang masukkan santan. Kacau kasi rata. Bagi hangat lagi sikit, kita boh cabai merah ni sama tomato. Ni kacau-kacau sat lagi siap la makcik."
"Wah lepas ni tak payah la kita pergi Pulau Pinang nak makan kari sedap," nenek aku senyum.
--
1:21PM, depan lori.
"Balik dulu mokcik, balik dulu nek," Norma salam cium tangan sebelum aku pula yang salam cium tangan.
Norma bawa kereta menuju ke Sri Lalang sebelum singgah ke sebuah rumah kedai di mana Ayu menyapa Norma sambil berpeluk-peluk.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...