Aku bangun lambat lagi. Tapi aku tak rasa bersalah sebab aku dapat MC lambang kerajaan lepas aku masuk hospital kejap semalam.
Jasmine kata dia nak melawat aku tapi aku cakap aku dah keluar hospital dah pun. Aku pun tak faham, kenapa Jasmine ni baik benar dengan aku? Sebab dia la, Mohd Fardhu tak puas hati dengan aku.
Aku memikirkan kata-kata Norma semalam. Tapi orang yang tak hisap rokok tak faham nak berhenti rokok ni seksa dia macam mana.
Untuk perokok tegar macam aku ni, aku perlu lakukan sesuatu. Risau betul ni.
--
2:15PM, I Am Lejen Shop, SS15
Aku datang SS15 sebab teringin nak makan butter chicken kat sini. Sini boleh dikatakan pusat butter chicken negara, ada Gold Chilli, Kotak, Buttermilk dan Jibril.
So aku masuklah kedai buku depan kedai butter chicken ni kejap.
"Selamat datang," seorang lelaki gemuk pakai spek menegur aku. Aku hanya senyum je dan melihat beberapa buku.
Eh, ini buku yang Bunga Ramona tu cakap tu kan? Aku membelek-belek buku cover putih gambar tiga pasang kasut.
"Sambungan dia ada kat sini, bang," kata lelaki tu.
Gambar kucing. Jadi aku belikan satu la untuk Bunga Ramona sebab dia kan suka buku ni.
Dan aku nampak Dethstix yang brader 7E tu cakap.
"Dari mana bang?" tanya lelaki jaga kedai tu.
"Shah Alam."
"Oh sama lah."Aku rasa orang Shah Alam memang ramai kerja Subang. Aku tak tau sebenarnya siapa bandaraya, Shah Alam ke Subang Jaya. Sebab aku tengok Subang Jaya lagi banyak pusat tumpuan ekonomi.
"Saya nak beli Dethstix ni," aku pun ambik Dethstix perisa anggur.
"Nak autograph?" tanya lelaki tu.
Aku pandang muka lelaki tu.
"Kau ke penulis buku ni?"
"Ye saya," jawab penulis buku ni.Oohh, ni dia Nami Cob Nobbler. Pakai baju Butterfingers Better Late Than Never. Tapi apasal nama kau ni poyo sangat. Aku rasa kau ni perlukan perunding imej lah.
"Okay, signlah."
"Nama dia?"
"Letak Bunga Ramona. Tu nama dia."
"Makwe ke?"
"Tak la. Jiran sebelah. Dia minat buku kau, aku belikan je la. Aku tak berapa baca sangat buku cinta ni."
"Sebenarnya buku indie ni ada banyak genre; seram, thriller, pasal bola pun ada."Aku mengangguk je lah.
"Bayar pakai GrabPay boleh?" aku tanya dia.
Rupanya kedai ni ada GrabPay. Ada Boost. Maybank QR pun ada. Nak bayar pakai debit card pun ada.
Selepas membeli Dethstix dan buku untuk Bunga Ramona, Jasmine telefon aku dari office.
"Kat Subang Jaya. Ni tengah tunggu turn meja kat Gold Chillis. Nak jumpa? Eh, kan tengah kerja. I lain la, MC. Apa?"
Aku rolled eyes bila dia cakap ni company daddy dia. Patutnya company daddy kau la kau patut berusaha lebih keras.
"Jumpa kat Gold Chillis lah."
--
3:26PM, Gold Chillis
Jasmine datang dengan pakai cermin mata hitam Ray-Ban, dan terus buka spek hitam tu bila nampak aku makan seorang diri dalam tu.
"Makan sini tak ajak I," kata Jasmine.
"Ni ajak la ni. Order la cepat."
"Susahlah cari parking kat sini."Aku diam je bila dia cakap pasal susah cari parking kat SS15. Sejak bila senang?
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...