Ya Allah, aku baru bangun!
Aku tengok jam dan aku tepuk dahi. Aku nampak ada 3 missed call dari Mohd Fardhu, 2 missed call dari Miss Dorrie Chen, lepas tu group Whatsapp office yang dok tanya kenapa aku tak reply message.
"Sorry Miss, I don't feeling well. I have fever."
"Okay. Take care. GWS."Nampaknya aku kena pergi klinik buat-buat demam.
Aku kunci grill, dan aku nampak Norma sedang beroperasi. Kedengaran suara Norma tengah marah Bunga Ramona.
"Hang, bangkit lah! Hang ni napa jadi anak dara balok liat ni? Kita ada kerja kena siapkan ni. Hang habaq aku masa hang kat Ipoh dulu, hang nak mai KL sebab nak tolong aku niaga?"
"Ye la ye la kak Normaaaaaa...."
Aku ketuk pintu dari luar.
Norma buka pintu. Dia pakai serkup nenek dengan baju kurung cotton warna pink pudar bintik-bintik.
"Oh Romi. Awat tak pi keja hari ni?"
"Bangun lambat."
"Ya Allah, maaflah sebab kami, hang tidoq pukui 3 pagi."
"Eh takpe la. Benda ni pun projek Romi jugak."
"Tapi tu la, Bunga Ramona ni. Bangkit pukui patblas! Kalau bangkit lagu ni, bila nak siapnya 1,400 balang ni. Ni belum cerita permantauan satu lagi kilang kita kat Penanti nu. Amboih, cheq sembang macam drama Aqish Qaimira!"
"Tengok jugak?" teruja aku ada orang share minat drama tu.
"Eh mestilah. Hang tu tengok mesti minat kat si Sweet Qismina tu kan? Macam cheq tak tau!"Aku tergelak-gelak, pastu aku pandang mata dia. Dia senyum. Aku pun senyum.
"Dah makan?"
"Sarapan tadi la. Beli nasi lemak kat depan nu. Sambal dia manaih! Tu berapa camca dia boh gula dalam nu."
"Nak beli makanan tak? Saya nak pergi klinik jap, pastu singgahlah beli makanan."
"Ingat nak makan nasi gulai parpu. Rindu la kat kampung."
"Nanti kita kena pergi situ jugak kan gi ambik barang niaga kita kat kilang kita di Utara, Datin Norma?"
"Amboih kemain Datuk Romi ni sembang serupa drama. Hang pi la dulu klinik tu. Hang chong la doktor tu, habaq cirit-birit, tu alasan paling senang."
"Okay, haha! Nak makan apa?"
"Nasi lauk ayam bawang, kuah campoq, kasi acar timun. Sat, cheq pi ambik duit sat!"
"Eh, takpelah. Beli dulu, karang claim. Kang terlebih ke terkurang ke."
"Okay. Sat, cheq habaq Bunga hang nak pi beli makan. Tanya dia nak makan apa."I feel today is such a perfect day. Macam lagu Lou Reed.
--
12:21PM, klinik.
Aku risau betul dengan cara doktor ni pandang bontot aku masa dia suruh aku baring menyiarap. Macam Dr Johnny Sins. Karang tau-tau je ada je benda menjalar.
Zaman sekarang ni video ahli politik main belakang pun dah ada.
"Ni senarai ubat, nanti ambik kat depan ya?"
Aku beratur dan ambik ubat, kemudian aku blah.
--
1:10PM, kedai mamak.
Aku bungkus nasi untuk Norma dengan Bunga, sebab alang-alang aku dah MC ni, baik aku tolong je dorang. Lagi siap cepat lagi bagus. Tinggal 9 hari je lagi deadline.
Aku makan ubat sebab walaupun aku chong doktor tu, tapi aku ada cakap satu perkara yang betul. Aku ada sakit migrain kronik. Mungkin sebab faktor penghisapan rokok aku yang gila babi.
Aku singgah ke 7-Eleven dan brader tu angkat kening kat aku.
"Winston Light?"
Brader tu senyum. Gelak.
"Sehari abang hisap, berapa kotak?"
"Sehari sekotak."
"Winston Light RM15.50. Akan datang akan naik dengar cerita. RM15, kasi genap la, kali 30 dah berapa?"
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...