Aku sedang menyiapkan kertas kerja yang diminta oleh Datuk Fairuz serta meneliti beberapa fail penting. Tapi sebenarnya assistant aku, Luqman yang buat.
Aku cuma draft apa yang ada dalam kepala aku menafsirkan kehendak Datuk Fairuz.
Telefon aku berbunyi. Norma?
"Hang ada rumah ka?"
"Tengah kerja. Awat?"
"Rumah hang terbakaq."Terkejut gila babi aku. Aku ada masak apa-apa ke malam semalam? Tak ada. Ada aku tak tutup letrik ke? Ish dah kenapa pulak?
Untuk membuktikan Norma tak menipu, dia ambil gambar rumah aku yang berkepul-kepul asapnya.
Aku terus bergegas ke pintu pejabat Jasmine. Aku ketuk dengan cemas.
"Ya, Romi. Kenapa?"
Aku hanya tunjuk gambar rumah aku yang terbakar, dan Jasmine terlopong.
"Jom jom! Daddy, we have to go!"
"Korang nak pergi mana?"
"Somebody burned his house!"
Datuk Fairuz terus terbangun.
"Dah melampau dia ni!"
--
Dalam kereta aku cuba memikirkan adakah aku yang sendiri careless atau ada siapa bakar rumah aku. Aku harap kucing aku tak terbakar.
"Musuh my daddy ni. Dia tau you dah rapat dengan family I," kata Jasmine sambil memandu di Federal.
Macam mana dia kenal aku? Dan siapa pula yang bakar rumah aku? Tu rumah sewa aku. Apa aku nak jawab dengan penyewa aku ni?
Aku datang-datang, Norma sedang membantu pihak bomba mengangkat benda penting dalam rumah aku. Yang terbakar cuma kawasan ruang tamu aku. Habis TV aku. Nasib baiklah siri Aqish Qaimira dah tamat.
"Norma, hang nampak tak sapa bakaq rumah aku?" aku tanya Norma.
"Aku tak perasan. Aku bau hangit ja, lepaih tu nampak asap berkepui-kepui dari ghumah hang. Aku nampak, tu dia, api dah marak!"
Aku nampak pintu aku macam cubaan untuk kopakkan tu ada.
"Celaka, ini memang ada orang bakar rumah aku."
Jasmine terus masuk ke rumah aku, dan aku terus tunjuk pintu aku.
"Next level jahat dia ni."
--
1:31PM, Rumah Norma.
"Masuklah, Jasmine. Maaflah, ghumah kecik ja."
Jasmine masuk ke rumah Norma dan terus memandang keliling.
"Hangpa berdua dah makan ka? Cheq masak kari ikan hari ni."
Jasmine duduk di dapur dan tengok je aku dan Norma sedang berbual dari tepi dapur. Dia macam memberikan pandangan yang kurang selesa.
"Mi, kalau hang nak pakai duit, pakai la duit aku dulu. Hal nak beli mesin tu nanti lah dulu. Kita kumpul duit lagi ya?"
Aku dah garu-garu kepala.
"Takmo la Norma. Hang dahulukan projek hang dulu. Tak apa lah."
"Mana buleh lagu tu. Hang nak dok mana kalau gitu?"
Jasmine bangun, dan mencelah.
"You duduk rumah I, okay?"
"Ish, apa kata ayah awak nanti?"
"Yang bakar ni pun musuh my daddy."Norma betulkan serkupnya. Dia kemudian buka besen beras dan mencedok beberapa cawan beras untuk dimasak.
Jasmine macam memandang Norma dengan penuh rasa cemburu. Dari segi pandangannya, macam tidak menyelesakan.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...