Nakharam lama gila aku tunggu Grabfood ni. Tak faham betul aku dengan Subang Jaya tu. Tiap-tiap masa sesak memanjang.
Sambil tu aku tengah sedap melayan playlist lagu Pulp Fiction arahan Quentin Tarantino. Kalau pengarah filem, OST sedap mesti Tarantino.
Siapa tak kenal Quentin Tarantino zaman sekarang ni baik tak payah tengok wayang la. Buat semak je. Aku nak tengok filem sedap pun kena beratur kat e-tiket tu.
Bunyi ketukan pintu. Brader Grabfood sampai.
"Semua sekali RM27.20 bang."
Aku hulur RM30 siap tip RM2.80 tu lepas la air teh botol Seasons. Bersyukurlah.
Lepas tu aku terus tuang ke mangkuk milik Norma tu, dan kucing aku pulak menyibuk bila aku sedang tuang makanan.
Mangkuk tu tertumpah kuah butter chicken dan nasib baik aku dapat selamatkan mangkuk si Norma ni. Mangkuk hayun punya kucing.
Aku basuh kembali mangkuk tu dan bersihkan sisa butter chicken kat lantai.
Terus aku mesej Mohd Fardhu.
"Kat mana?"
"Baru nak siap. Nak follow ke?"Terpaksalah aku follow mamat ni. Sambil tu aku menggoogle apa makanan sedap kat sekitar Kampung Pandan.
--
11:20PM, TREC KL
Lirik lagu Butterfingers terlintas di kepala otak aku.
Comel lote menari berdansa lupa diri. Pening kepala aku bunyi lagu bass kuat nak mampus ni. Lalu aku terus keluar dari bangunan ni.
Celaka, aku nampak seorang perempuan duduk tepi muntah dia tanpa dipedulikan orang ramai yang lalu lalang. Mungkin ni perkara biasa di TREC.
Aku light rokok. Aku teringat ayat Aldous Huxley dalam buku Brave New World pasal dadah, seks bebas dan hiburan lupa diri ni.
The dictatorships of tomorrow will deprive men of their freedom, but will give them in exchange a happiness none the less real, as a subjective experience, for being chemically induced. The pursuit of happiness is one of the traditional rights of man; unfortunately, the achievement of happiness may turn out to be incompatible with another of man’s rights — namely, liberty.
Karl Marx says religion is opium for the masses. But instead it's on reverse way. In post modern society, drugs is the religion for the society.
Ye la, orang kena mental illness, kau suruh jumpa psikiatris makan ubat. Ubat tu dadah. Lagi kuat kau bergantung pada ubat tu, lagi sangap kau dengan dadah tu.
Masyarakat kita sakit sekarang. Dan sakit tu ditambah dengan sang ignoramus yang bercakap tentang kebebasan dan hak asasi sampai lupa kepada lumrah alam.
Dan bila kita tegur, dia panggil kita bigot, apa lancau phobia lagi, racist, sexist.
Masyarakat hari ni dah dijangka Aldous Huxley masa dia tulis buku Brave New World tahun 1931 lagi.
Sebab apa? Sebab masa 1930an dulu krisis ekonomi macam sekarang juga. Great Depression. Benda yang sama dah berlaku sebelum ni.
Aku percaya sejarah ni bermusim. Ada musim kegemilangan, ada musim kejatuhan. Ada musim bersatu, ada musim berpecah.
"Excuse me?" tanya perempuan mabuk duduk atas muntah tu tanya aku.
"Yes?"
"Can you help me?"
"Oh okay, sure."
"Can you send me home. I feel tired."
"Where's your home?"
"Sunway Kayangan."Tu dia nakharam bapaklah jauhnya.
"Give me your address?"
"Find it in my bag."Nakharam macam nak mampos je perempuan ni. Tu lah, main dadah lagi. Pastu mabuk. Ni kalau adik aku memang aku bagi dia minum air zam-zam.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...