Sumpah, aku tak tipu korang. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Kucing besar tu tumpang berak rumah aku. Kalau kau jadi aku, apa kau akan cakap?
Dah kalau kau cakap dengan penulis dia sendiri pun dia cakap aku hisap dadah, macam mana aku nak cerita dengan orang lain?
Aku mandi dalam keadaan gelisah. Aku tak tahu macam mana nak explain benda ni. Nak cerita benda ni kat siapa pun aku tak tau dah.
Mohd Fardhu dah missed call aku, maknanya dia dah sampai. Aku cuma reply "jap", aku pakai seluar, baju, dan tali leher. Aku pakai tali leher pun aku rasa senget. Tapi aku malas nak peduli sebab aku masih tak boleh move on dengan peristiwa malam tadi.
Aku menaiki kereta Mohd Fardhu. Dia tengah ketawa menonton video Fazz Ahmad.
"Weh, Romi. Aku ada satu benda nak beritahu kau," kata Mohd Fardhu sebelum masuk gear.
"Apa benda?"
"Aku dah tak single lagi," kata Mohd Fardhu dengan penuh bangga.
"Hmm, good for you."
"Nama awek aku, Ain Kifayah."
"Ha baguslah. Senang sikit nak ingat fardhu ain dengan fardhu kifayah," kata aku sambil hembus asap Dethstix. Dah berapa hari aku tak hisap rokok dah ni.
"I know rightttttt! Aku rasa jodoh aku memang dengan dia, sebab tu bapak aku letak nama Aku Mohd Fardhu."
"Ada gambar?" aku tanya.
Dia terus tunjuk gambar awek baru dia. Aku berkerut.
"Macam budak bawah umur je. Berapa umur budak ni?"
"14 tahun."
Pundek! Tersedak asap Dethstix.
"Kepala otak kau. Umur kau sekarang.30 tahun. Budak ni Form 2. PMR pun belum ambik lagi."
"Bukan PMR sekarang. Sekarang PT3."
"Wei bodoh, kau jangan jadi pedo boleh tak?"
"Aku dah agak dah orang akan memandang keji dengan cinta aku ni. Umur ni bukan halangan. Kalau gay dengan lesbian boleh bercinta, asal kena umur jadi ukuran?" kata Mohd Fardhu dengan selamba.
"Mampos kau la Mohd Fardhu! Masuk jail nanti kau jangan menyesal. Aku dah cakap dengan kau, kau yang tak nak dengar," aku terus hembus asap vape keluar.
"Pantek, bateri vape habis pulak."
--
1:12PM, lunch hour
Jasmine dah tunggu aku kat tepi lif dengan senyuman.
"Kenapa pakai tie senget ni? Meh I betulkan," Jasmine terus betulkan kedudukan tie aku. Dia terus pegang tangan aku dan turun lif.
Mulut aku berat nak cerita hal apa aku nampak pagi tadi. Tapi aku tak tahu nak cerita pada siapa. Aku takut nak kena gelak.
"Romi, cantik tak colour rambut I?" tanya Jasmine menayangkan rambut warna Ash Gray.
Aku tak tahu nak komen selain senyum.
"Ala, you tak suka ek?" dia tiba-tiba merajuk.
"Suka, sampai tak tahu nak luah dengan kata-kata."
"Ah bencilah. Lelaki ayat manis you ni selalu macam buaya. Tau-tau je I kena ngap."
Kalau aku nak ngap hari tu aku dah ngap. Mungkin aku ni buaya jenis vegetarian.
Jasmine ajak aku makan sushi kat Sushi Sakae.
"How's your head? Getting better?" kata Jasmine.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...