Ah shit shit aku dah tertinggal dah cerita Aqish Qaimira episod 12 ni. Aku nak tau juga apa jadi pada Qaimira tu. Tengah aku naik tangga tu tiba-tiba ada dua orang makwe tengah angkat meja makan kat tangga.
Serius la. Aku dah naik tiga tingkat ni lepas tu kau nak aku turun setingkat, jalan macam berapa blok lepas tu tukar tangga? Ha tak payah, tinggal setingkat je rumah aku.
Terkial-kial pulak dia angkat meja. Tapi aku rasa macam aku patut la tolong. Disamping melajukan perjalanan aku untuk sampai ke rumah, dan aku dapat tengok drama Aqish Qaimira, aku juga membantu perjalanan dua orang perempuan ni.
"Boleh saya tolong?" kata aku di tepi tangga.
"Oh maaflah, meja ni berat sangat untuk kami angkat. Terima kasih ya," kata perempuan yang angkat belah atas.
"Bunga, meh tolong akak angkat sebelah sini," kata perempuan angkat belah atas.
Nama dia Bunga? Spesis tumbuh-tumbuhan ni dah jadi trend ke jadi nama orang sekarang?
Perempuan bernama Bunga tu pun naik ke atas dan bersama kakak dia kot mengangkat meja. Aku angkat belah bawah sampailah tingkat empat.
"Terima kasih," kakak Bunga tu cakap pada aku.
"Sama-sama. Eh, jiran rupanya kita ni," kata aku.
"Oh ya ka? Hihihi. Nama saya Norma. Ni sepupu saya, Bunga Ramona," mereka perkenalkan diri.
"Saya Romi."
"Amboi klasiknya nama. Macam nama bintang filem 50an," kata Norma.
"Nama awak pun Norma. Nama klasik tu. Budak zaman sekarang kalau boleh nak letak nama sampai enam tujuh patah perkataan. Pening karang isi borang Pos Laju nanti," kata aku.
"Hehehe, kelakarnya awak," kata Bunga Ramona tersengih-sengih menunjukkan gigi.
"Mak saya lah suka filem zaman hitam putih tu sampai letak nama Norma."
"Barang banyak lagi ke?" aduh yang aku gatal tanya dah buat apa?
"Oh tak, tinggal barang macam hanger dengan periuk kuali je lah. Lain kami dah angkat sejak petang tadi. Kami baru ja pindah sini. Saya asal Penang, sepupu saya Bunga ni orang Ipoh. Nak ikut saya kerja kat KL ni," kata Norma.
"Oh, saya kampung kat Kluang."
"JDT, hihihi," kata Bunga Ramona, tersengih-sengih pandang aku. Asal Johor je JDT. Kau ingat semua orang Johor minat JDT ke?
Tersengih-sengih. Pahal pulak.
"Okaylah kalau macam tu, saya masuk rumah dulu lah," aku terus seluk kunci kat poket.
"Kejap, kat sini mana kedai runcit ya? Saya nak beli barang masak sat," kata Norma.
"Turun bawah, belok kanan. Kedai Acheh. Situ bukak lagi rasanya," aku terus buka kunci grill dan masuk rumah.
--
9:37 PM, tengok TV.
"Qaimira tak sangka Aqish sanggup lakukan macam tu! Qaimira sangka baik, dia dengan Julia anak Datuk Tajuddin tu cuma rakan niaga. Tapi, dia curang...." lakonan air mata Sweet Qismina kali ni nampak real berbanding episod lepas. Payah jugak kalau makwe macam ni menangis kalau sebelah aku.
Tapi sorry la, jatuh cinta memang tak lah. Love sucks bro. Tambahan pulak isu hantaran yang hangat tak pernah surut ni. Nak at least RM20k, paling kurang 5 kali pasang baju kahwin.
Lepas tu dok tengok rancangan Nona je mana la tak jadi macam tu.
Telefon berbunyi.
"Nak apa Mohd Fardhu? Babi nak lepak apa malam ni? Besok kerja la sial. Ala besok la lepak. Aku dah penat ni."
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...