"Mana datang la jerawat aku ni tiba-tiba je datang? Tau-tau je ada seketul," aku bermonolog sambil tengok ada seketul jerawat terjongket kat muka aku.
Telefon berbunyi. Aku charge handphone kat ruang tamu.
Siapa pulak ni? Ni mesti Mohd Fardhu ni.
Aku nampak nama Jasmine. Alamak dia ni nak apa lagi?
"Hi Romi. I nak FaceTime dengan you boleh?"
"Alamak, time macam ni la jerawat batu nak timbul."
"Olololo comelnya. Takpe you ada jerawat batu pun I nak tengok jugak muka you."
"Hmm, ok."
Dia letak telefon lepas tu dia videocall aku.
"Tengah buat apa tu?" tanya Jasmine.
"Takde apa, tengok jerawat kat muka ni tiba-tiba je naik."
"Daddy I cakap, jerawat timbul tu tandanya ada orang rindu you," lepas tu dia ketawa kecil.
"Habis tu Alin Jerawat muka dia jerawat menggerutu sampai dahi, pipi, hidung, dagu semua penuh jerawat tu, ramai la rindu dia."
"Alin Jerawat tu siapa?"
"Kawan satu tuisyen masa zaman sekolah dulu."
"Oohh, Romi...."Dia pandang muka aku lepas tu tak berkelip. Internet slow ke ni? U-mobile ni biasa la kat area Shah Alam ni.
"Hello? Hello?" aku lambai tangan.
"No no, line okay je. I nampak you. I cuma..."
"Ooh ingatkan line slow."
"Tak, I nampak je you. I cuma..."
"Cuma apa?"
"I masih terbayangkan dengan apa yang you cakap malam semalam. I mean, I dah naked and get ready..."Okay kali ni internet memang tersangkut.
Menyampah dengan kesangkutan internet U-mobile, aku terus tutup phone.
Telefon berbunyi.
"Sorry internet slow kat sini."
"You, I dah terhabiskan kuih simpul kasih you. You tertinggal dalam kereta I semalam."
"Ohh takpelah."
"Sedap sangat. Macam ni, lagi 2 minggu, ada perjumpaan alumni ex school daddy I kat Saujana Golf Club. My dad minta I in charge dalam hal doorgift. So I nak order kuih simpul kasih you tu."
"Dalam berapa?"
--Aku terus berlari ke rumah Norma dan ketuk pintu sekuat hati.
"Awat ketok pintu ghumah oghang macam nak roboh hang ni! Oh, Romi, ada apa ya?" dari marah ke sopan tukar tak sampai satu saat ni power betul si Norma ni.
"Oh, sorry. Nak tanya, kuih simpul kasih tu berapa ringgit sebalang?"
"RM15 ja. Awat?"
"Ada kawan nak order."
"Ooh, order la lebih sikit. Dua ka, tiga ka."
"Nak 1,400."
"Hah!"Norma cuba nak menerima berita order aku ni dengan begitu sukar dia nak proses. Dia cakap order paling banyak dia dapat pun sepuluh balang.
"Hang jangan nak sembang kencang dengan aku, Romi! Aku katok kau dengan merton ni karang!" kata Norma sambil menghayun tukul. Tengah ketuk paku kat dinding la tu agaknya.
"Betul. Ni dia bagi invois," nasib baik aku minta invois kat Jasmine tadi.
"Kussss semangat! Sat na, Norma pi ambik sempoa sat. Kita kira," Norma berlari menuju ke biliknya.
Serius la pakai sempoa?
Dia ambik sempoa dan kira.
"Seghibu empat ratuih....haaa...kali lima belas..."
Tap tup tap bunyi biji sempoa tu.
"Dua puluh satu ghibu! Sat sat bagi diskaun, kasi senang kighaaaaa....satu balang sepuluh ghinggit...empat belas ribu. Tolak modal...hmmm...lori...hmmm.."
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...