Jasmine tolong aku hantar Rudi ni ke stesen bas, dan aku masuk ke pejabat lambat sedikit.
Datuk Fairuz gembira dengan event semalam, kerana dapat duit lebih daripada cukup untuk fundraising kempen untuk Datuk Redzuan. Tapi aku masih kepenatan sejak semalam.
Jasmine pandu kereta sambil dengar BFM Radio membebel. Aku pula masih melepek, kerana tak cukup tidur. Rudi berdengkur macam gempa bumi semalam.
"You nampak macam tak sihat je? Why not you lepak rumah I je hari ni. I tell daddy about this."
"Hari ni hari ketiga I kerja company your dad tapi baru sekali I masuk office? Apa ni?"
"It's okay sebab I yang akan jaga you, not my dad. Kalau you pergi kerja dalam keadaan macam ni pun, bukannya you produktif pun. Otak you penat sebab you tak cukup rehat. Laptop pun microchip dia fried out kalau lama tak shutdown, faham?"
Aku hanya mengangguk dan terus sambung tidur.
Sampai depan rumah, Jasmine kejut aku dan aku jalan terhuyung hayang. Aku nampak Laila dan pembantu rumahnya takut nampak aku macam nak pengsan.
"Mommy Laila, help me!"
Fuh, cuba bayangkan bekas crush kau kat sekolah pegang badan kau, kau rasa apa?
"Tolong, tante," Jasmine merayu.
Aku terus terbaring di katil Jasmine. Ada pulak bau perfume dia kat bantal peluk dia ni.
"Is he okay?"
"He's been working hard. Over work kot. Mommy Laila, I got to go to the office, please take care of Romi for me okay?"
--
3:19PM, atas katil.
Aku dengar suara Eric, Stan dengan Kyle berborak-borak. Siapa pulak tengah tengok South Park ni?
Aku nampak kat tepi meja ada beberapa roti dan semangkuk mushroom soup.
Aku hirup beberapa sudu, dan cicah roti, sebelum aku keluar dari bilik. Aku nampak di ruang tamu ada orang sedang menonton kartun South Park serta nampak dari belakang sofa, nampak peha gebu yang sedang memangku semangkuk potato chips.
Aku nampak Laila sedang ketawa scene Uncle Fucka. Siap nyanyi lagi.
Dia terpandang aku, kemudian dia facepalm sebelum dia tekan butang pause pada remote.
"Eh, carry on lah."
"Bila you bangun?"
"Terbangun sebab dengar suara South Park?"Muka Laila seperti menahan malu.
"Kartun favorite ni," kata aku sambil melabuhkan punggung aku pada kerusi yang lagi satu.
"Tau, you beritahu I."
"Ingat lagi ke?"
"22 Februari 2000. Depan tangga kelas 4 Mawar. Sebab I pakai keychain Kenny kat beg."
Apabila crush sekolah kau ingat moment kau dengan dia kat sekolah, itu satu keajaiban. Tapi kalau sampai ingat tarikh, ini nak kata apa ni?
"Sampai ingat tarikh?"
Dia angguk kepala.
"I ingat semua perkara pasal you."
"Hah?"
Laila membalas senyuman perfectnya. Macam meragut je jantung aku. Tapi entahlah. Kalau dulu ni mungkin aku dah melompat. Tapi sekarang aku macam tenang dan tak mudah goyang.
"Chips?" dia hulurkan mangkuk yang ada kerepek kentang tu pada aku. Aku capai kerepek tu dan kunyah.
Dia kemudiannya ambik tisu, kemudiannya duduk sebelah aku, dengan peha gebu dia macam disengajakan langgar peha aku. Perlahan-lahan dia lap bibir aku.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...