Aku buka lagu Dean Martin - Everybody Love Somebody sambil termenung memandang permandangan KLCC tengah malam. Biasalah, drama Melayu mestilah rumah orang kaya mengadap KLCC.
"Hai cik abang, sorang je ke tu?" tanya Laila, duduk bawak secawan kopi.
"Sorry bawak secawan je. Kita kongsi cawan, okay?" kata Laila.
Aku diam je sambil menikmati lagu jazz 50an.
"Memang suka dengar lagu lama ke?" tanya Laila.
"Sebab kat depan dah tak boleh lekat, kita cari yang belakang pulak."
Laila senyum. Ternyata susunan giginya yang sempurna tu buat hati aku tertawan sejak zaman sekolah dulu.
"Saya suka gigi awak," kata aku, tiba-tiba.
Laila pelik.
"Tak sia-sia sakit pasang braces masa sekolah rendah dulu. Kalau tak masa you mula kenal I masa tadika dulu, gigi I jongang gigi bawah."
Aku diam.
"Kenapa awak tak pernah cakap yang awak suka saya masa sekolah dulu?" aku tanya dia soalan tu terus.
"I tak berani. I takutlah I tak cukup ranggi, tak cukup cool, tak cukup Rangga Saputra macam you. I kan kat sekolah macam budak-budak cheerleader gitu. Mesti you pandang I bimbo, shallow macam tu. You kan jenis mysterious duduk sorang-sorang macam tu."
La, perempuan popular kat sekolah pun ada insecurity macam ni ke?
Tangan aku menggeletar sebenarnya ni. Lama aku tak hisap rokok, dan dah tiga hari Dethstix aku terbakar kat rumah aku.
Laila pandang tangan aku.
"Kenapa menggeletar tu?"
Aku diam.
Laila keluarkan rokok Lucky Strike tanpa filter pada aku.
"Nak rokok kan?"
Aku terus capai rokok, Laila light rokok aku.
"Thanks."
Bisikan Mohd Fardhu mengingatkan aku terhadap idea threesome tu.
"Laila, can I ask you a question?"
Tolonglah aku jangan kena penampar.
"Yes?"
Aku picit-picit jari aku. Aku tak pandang mata Laila sebab aku tak berani tanya direct.
"Apa pandangan awak pasal threesome?"
Laila diam agak lama untuk respon soalan aku tu.
"Sorry lah kalau buat awak marah ke?"
"Eh, tak. You know, everytime I had sex with other guy, boyfriend ke, gundik Datuk ke, or one night stand ke, I always thinking it happened with threesome walaupun dua orang."
"Maksud awak?"
"I selalu masturbate sambil bayangkan muka you, to be honest."
Peh, kau bayangkan crush kau cakap macam ni kat kau, kau rasa apa?
"Awak ok ke kalau saya fantasizes threesome dengan awak dan Jasmine?"
Laila tutup muka, lepas tu ketawa kecil.
"Wow! Boleh ke handle dua orang? I jenis rough tau?"
Aku pulak tutup muka. Memang kena pergi Uptown cari minyak belacak jugak ni.
"Tak tau nak tanya Jasmine macam mana. Sedangkan dengan jiran sebelah pun dia jealous teruk," aku merujuk kepada Norma.
"Nak I tanyakan tak?" kata Laila.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...