"Ada apa kat sini?" tanya Jasmine, terpinga-pinga.
"Ada permandangan malam," aku hisap Dethstix.Lagu Drive dari The Cars berkumandang masa dalam perjalanan ke tempat tu.
"You nak buat apa ni?"
"Kata nak kenal saya?"
Kereta tiba di tepi bukit. Aku suruh dia berhenti di spot paling sweet.
"Ni tempat apa ni?" tanya Jasmine.
"Tempat ponteng sekolah. Hisap rokok, hisap ganja, hihi!"
"Awak dulu rempit ek?"
"When you're in school like my place, you don't have any much choice. Peer pressure."
"I like bad boys. Budak nakal selalu seksi. Macam Dilan," kata Jasmine senyum.
"Tak macam Dilan kot. Lebih macam Jay and Silent Bob je."
"Cerita apa tu?" tanya Jasmine.
"Better tengok."
"Sekolah I kat situ, dulu sebelum wujud jalan dengan kedai depan ni, ni dulu tempat buruh kontrak Indonesia, Bangla duduk setinggan. Kat situ jual rokok, jual nasi ayam penyet sedap. Member-member ajak skodeng bini Indon..."
"Teruknya!" Jasmine ketawa lepas tu tepuk bahu aku. Aku pun ketawa.
"How old are you masa tu?"
"Darjah enam, form 1. Yes, masa you dilahirkan. Fuck, I'm old!"
"Mana ada la, you're not old. You're classic! Macam kita dengar channel radio Classic 90s!"
"Ni la puncanya political correctness. Tak nak mengaku tua, kena panggil klasik! Tell me, what's your favourite decade?" aku tanya Jasmine.
"Me eh? I suka tengah-tengah. In between 2005 sampai 2015. Dari zaman emo sampai zaman Uptown Funk."
"Camtu mesti minat Vampire Weekend."
"Exactly!"
"Tame Impala, Cage The Elephant. Lagu We Are Young. Move Like Jagger."
"Zaman Blackberry! Oh my God I miss la zaman tu! Masa tu Twitter pakai app UberTwitter, app Hootsuit. Lepas zaman aiskrim pasu everything is gone. How about you?"
"I suka 60s. Tapi 80s and 90s pun suka juga."
"Mesti minat Nirvana ni. That's all the rock band in the 90s I tau. I banyak tau 2000s je."
"Jasmine?"
"Yeah?"
"Ayah awak marah tak awak kawan dengan orang tua?"
"Are you concerned about that after all these while?"
"Awak, saya dah tua la awak. Awak tak risau ke? Beza umur kita 13 tahun? Saya tak nak jadi macam Mohd Fardhu, dia baru bercouple dengan budak umur 14 tahun. Orang tak kata ke tu pedo?"
"Selena Gomez kahwin dengan Bill Murray, Romi!" Jasmine cuba yakinkan aku.
"I'm no Bill Murray."
"Hujung bulan ni, tender resignation. Kerja dengan daddy I. Don't worry, I do the talking. And perlahan-lahan I tukar imej you, getting better."
Aku teringat pulak Norma punya projek.
"I'm thinking about that first, okay?" aku senyum pada Jasmine. Muka Jasmine seperti gembira yang tak tertahan.
"Lewat sangat dah ni, balik jom. Hari Sabtu ni jangan lupa, jumpa my dad. You ada baju yang sesuai tak?"
"Sesuai?"
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...