Hari ni tak ada cerita Aqish Qaimira jadi aku sambung membaca novel Brave New World tulisan Aldous Huxley. Buku ni mengisahkan tentang masyarakat distopia yang suka berhibur dan suka hisap dadah bernama Soma (kebetulan macam nama lagu Smashing Pumpkins) dan diperintah dengan hiburan.
Sedang aku khayal membaca buku, pintu rumah aku diketuk.
"Siapa pulak nak jual barang malam-malam ni?"
Aku menggaru punai aku di celah kain pelekat aku sambil menuju ke arah pintu.
Bila aku buka pintu, Norma dan Bunga Ramona di depan sedang memegang mangkuk yang macam ada lauk.
"Assalamualaikum, kami nak ucapkan terima kasih kat Romi pasai bantu kami angkat meja hari tu. Ni ada sikit lauk untuk Romi makan," kata Norma dengan loghat utaranya masih tak hilang.
Baru dua hari, rilek la. Dulu makwe Mohd Fardhu, budak Kelantan. Start lepak TREC je, terus "you know what doh, we should lepak TREC together weiii..."
Minum JD macam minum budu.
Tapi bukan semua la makwe Kelantan macam ni. Janganlah stereotaip sangat. Kebetulan je dia Kelantan. Perempuan Kelantan lain ramai yang baik.
"Waalaikumsalam, eh susah-susah je lah Cik Norma ni."
Susah-susah hotak kau. Kau tadi pun makan megi asam laksa je tau tak?
"Baca buku apa tu?" tanya Bunga Ramona, tersipu-sipu.
"Oohh, novel. Suka ke baca novel?"
"Suka lah. Novel paling suka mestilah Awek Chuck Taylor, Nami Cob Nobbler," kata Bunga Ramona.
Nakharam nama apa jadah la penulis zaman sekarang ni. Zaman dulu kemain sedap letak nama. Tongkat Warrant, Usman Awang. Ni apa kejadahlah nama Cob Nobbler.
Mesti penulis buku poyo ni.
Okay okay Romi don't judgemental.
"Oohh, camtu. Eh pegang lama-lama mangkuk tu penat pulak awak," aku capai mangkuk tu dengan dua belah tangan dan letakkan di atas meja makan IKEA yang aku beli. Buku Brave New World aku letak tepi kejap.
"Gulai kari ikan termenung ja tu, rasalah," kata Norma tersenyum.
"Terima kasih la cik Norma, cik Bunga..."
"Tak payahlah cik cik dengan kami no, panggil ja nama. Kan senang," kata Norma.
"Okay, terima kasih Norma, terima kasih Bunga. Nanti saya balas la balik ya?"
"Kami balik dulu no? Assalamualaikum," kata Norma lambai tangan sambil betulkan kain batik di kepala. Bunga Ramona pula senyum tergedik-gedik, pakai baju Paramore.
Nak makan dengan apa gulai kari ni? Rumah aku mana ada nasik? Aku beli nasi bungkus kat kedai tomyam bawah je lah.
--
10:41PM, kedai tomyam.
Kelihatan beberapa orang sedang khusyuk menonton wrestling. AJ Styles vs Daniel Bryan. Nakharam lama betul aku tak tengok wrestling ni. Sejak John Cena aku dah malas tengok.
Dulu zaman kecik dulu biasa la minum air mineral lepas tu sembur macam Triple H sambil jerit "I Am The Game".
Balik rumah aku try test gulai kari si Norma ni. Lepas suap beberapa kali, tiba-tiba aku rasa macam aku sedang berada di Padang Kota.
Lain macam dia punya gulai kari ni. Tak cukup nasik, aku bantai pulak dengan roti. Roti habis, aku celur megi lepas tu makan kari tu sampai licin nakharam.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...