7:38AM, Dalam Kereta

3.1K 50 4
                                    

Mohd Fardhu memandu di jalan yang sedang basah akibat hujan pagi tadi. Aku sebenarnya tak ada mood nak kerja hari ni, jadi aku rasa "semangat budak sekolah nak ponteng" macam dulu nak kembali semula.

Aku teks Jasmine.

"Kat mana?"

Beberapa minit kemudian dia reply.

"OTW nak kerja. Why?"
"Jom ponteng kerja."

Dia bagi emoticon terkejut.

"Boringlah kerja. Lagipun hari ni Jumaat."

15 minit dia senyap. Bila aku dah sampai pintu gerbang Kota Darul Ehsan, barulah dia reply.

"I tunggu kat lif. Lepas ni kita nak gerak mana?"
"Jom tengok movie?"
"Nak tengok cerita apa? Spiderman?"
"Yesterday. I kan fan Beatles."
"Okay."

Lagu I Saw Her Standing Her berkumandang dalam fikiran aku.

--

8:11, depan lif.

Aku nampak Mohd Fardhu naik lif je, aku terus pergi menuju ke arah Jasmine yang tunggu aku dari tadi tepi lif.

"Jom, jom!"
"Kita nak tengok movie kat mana ni? Eh apa tarik tangan ni?" tanya Jasmine.

"Oh, sorry."

Jasmine kemudian senyum.

"Tariklah lagi."

"Awak park kereta kat mana? Saya tak nak terserempak dengan budak office."

Tengah aku nak menuju ke carpark, aku terserempak dengan Mr Darren. Ah fuck! Mampos!
--
9:02am, dalam kereta Jasmine.

"Eh diam pulak. Tadi dia yang ajak ponteng."
"Supervisor nampak saya tadi."
"Aku ambik keputusan untuk off handphone. Confirm team leader aku Miss Dorrie call aku. Mr Darren tu dah la tak suka aku. Entah tak tau kenapa. Dia dengan Melayu memang tak suka sikit. Fucking racist.

"Anggaplah esok you pergi interview kerja baru esok," kata Jasmine sambil bagi signal.

"Kerja apa?"
"You assist I untuk evaluate hartanah."
"But I mana belajar course penilaian hartanah? And I thought you peguam?"
"Peguam untuk jual beli rumah dan hartanah la."
"Ooh, bukan yang bela orang hisap dadah, bunuh orang tu ke?"

Jasmine ketawa.

"Awak ingat study law ni belajar jenayah je ke? Ada sivil, ada hartanah, ada macam-macam. But that's okay. I sebenarnya boleh ajar you macam mana nak evaluate hartanah. You just need to follow me. Sekarang I nak tanya you, sorry if I'm been rude, tapi gaji you berapa?" tanya Jasmine.

"RM2k. Tolak EPF, Socso, dalam RM1,700 la."

"I can offer you twice than that."

"Tapi business kuih..."
"Boleh je buat sambil-sambil."

Aku mula merasa lapar.

"Kenapa?" Jasmine pandang aku yang muka dah senget benget.
"Lapar."
"Nak makan mana? Pelita? Awak cakap awak teringin makan nasi kandar?"
"Kita kan besok nak pergi Penang?"
"Nasib baik you ingatkan I. I dah book ticket tapi I lupa, kena pack barang la malam ni. You dah pack barang you?" tanya Jasmine.
"Beli kat bundle je."

Jasmine geleng kepala.

"Lepas movie, ikut I beli baju!"

--

11:50AM, keluar panggung wayang.

Scene Jack Malik bertemu John Lennon dalam filem Yesterday membuatkan aku rasa sebak. Entah kenapa perasaan sayu tu tersentuh.

Tak Apa, Saya Dah BiasaWhere stories live. Discover now