Dalam kereta Mohd Fardhu bukak celoteh radio ERA. Aku masih berfikir banyak benda. Pertama, sempat ke tidak nak settle semua penghantaran kuih simpul kasih ni ke Jasmine. Tinggal lima hari je ni.
Nombor dua, apa hubungkait cerita buku Nami Cob Nobbler pasal kucing tu dengan kucing yang aku nampak tu? Something wrong ke dengan otak aku?
Nombor tiga, si Mohd Fardhu ni gaduh ke tak dengan aku ni? Aku sebenarnya tak faham.
"Mi, aku tanya kau sikit, boleh tak?" tanya Mohd Fardhu sebaik sahaja masuk simpang masuk Federal.
"Ada apa?"
"Apa dah jadi dengan kau sejak dua menjak ni? Aku rasa kau macam pelik."
"Pelik apa pulak ni Mohd Fardhu?"
"Kau dah tak function macam lelaki sebenar. Dulu, kita usha awek sama-sama, kau pun pernah la juga minat awek cun. Tu siapa pelakon Aqish Qaimira tu....""Sweet Qismina?"
"Ha, kau minat dia sampai semua cerita dia kau tak miss. Sekarang aku rasa pelik sebab kau macam dah tak minat perempuan lagi. Kau dah jadi gay ke?""Tak. Aku straight lagi. Ala tapi macam minat Sweet Qismina tu pun sebab cara dia berlakon je. Kau ni apa benda la."
"Kau dah ada makwe ke?"
"Tak minat la benda macam ni."
"See, ni la yang aku rasa pelik. Weh, orang cakap, kalau kau tiba-tiba berubah, lagi dua Jumaat, padam!"Kimak betul Mohd Fardhu ni. Aku dah la risau dengan kepala aku ni.
Aku terus buka tingkap dan hisap Dethstix.
--
9:25AM, office.
Team leader Miss Dorrie Chen cakap supervisor aku, Mr Darren Wong panggil. Struktur organisasi tempat aku kerja camni. CEO, lepas tu manager department, lepas tu supervisor, team leader, lepas tu baru salesperson macam aku.
Mr Darren ni rasanya tak berpuas hati dengan pencapaian sales aku. Kena pulak dua tiga hari ni aku asyik tak datang kerja.
Dia bagi tempoh pada aku sampai hujung bulan untuk aku perform. Entahlah, aku rasa aku macam dah tak berminat lagi dengan kerja jual insurans ni.
Tiba-tiba, ketukan pintu berbunyi.
"Miss Adreana."
CEO masuk ke dalam bilik, dan terus menoleh ke muka aku.
"Romi, you work here?"
"Yes, mam."Berubah muka Mr Darren ni bila CEO kenal aku secara personal. Hari tu dah la dia nak suruh aku fuck dia kat rumah.
Aku kalau jahat memang aku suruh CEO aku buang Mr Darren ni. You want me, you throw this piece of shit out from here.
Tapi aku pun dah tak ada hati nak kerja kat sini lagi sebenarnya. Aku asyik dok fikir pasal mesin kuih simpul kasih yang si Norma nak. Tu je.
Lagipun aku rasa setiap hari aku makin malas nak kerja ni. Cuma, benda ni masih belum nampak kestabilan, dan aku tak rasa Norma nak hire aku pun. Apa je function aku setakat ni?
--
1:00PM, lunch hour.
Aku baru keluar dari pintu office dan scan kad aku kat pintu, aku nampak Jasmine sedang tunggu aku.
Mohd Fardhu berdiri belakang aku.
"Romi, we need to talk."
"Boleh bawak Mohd Fardhu ni tak?"
"Boleh, dengan syarat dia tak memekak. Atau tak cakap benda lucah," kata Jasmine sambil pandang slack kat Mohd Fardhu.--
1:10PM, dalam kereta Jasmine.
"Dr Ash cakap you can see him on Friday. Proses MRI ni sejam je. Look, Romi, jangan degil cakap I, please? You pun tau I risau kat you," tangan Jasmine menyapa lembut ke peha aku.
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...