Datuk Fairuz dan Laila ajak aku dan Jasmine untuk makan tengah hari di sebuah restoran Itali 5 bintang terkemuka di Bukit Bintang. Aku tak tahu kenapa dia terkemuka, tapi aku bukan aficiando sangat dengan makanan Itali.
Aku tak reti bezakan lasagna dengan fettucine, begitulah losernya aku dalam arena makanan Itali.
Aku rasa awkward sebab apa yang berlaku malam tadi antara aku dengan Laila, dan aku rasa awkward dengan Datuk Fairuz dan Jasmine.
Yang celakanya, Jasmine dengan Datuk Fairuz sedang jumpa seorang client dari Thailand untuk projek chalet bertemakan kesenian Thai, jadi aku duduk tepi dengan Laila.
Laila dengan tenang kacau air tembikai yang membasahi dahaga.
"I dahaga," kata Laila sambil naik kening pada aku.
Yang celakanya kedai tu ada lunch performer yang menghiburkan pengunjung yang bermain piano lagu KC and Jojo, All My Life.
Apa kaitan makanan Itali dengan lagu R&B popular 90an Amerika?
Tapi pengunjung tak kisah, peduli apa kan?
"You know, this is my favorite song. Everytime I rindu crush I masa tu, I will hug my pillows and listening to R&B songs. Like KC and Jojo," kata Laila, senyum.
"Siapa penyanyi favorite you?" tanya aku.
"Me? KC and Jojo, Boyz II Men, Toni Braxton..."
"Memang minat R&B lah ni?"
Dia mengangguk.
"I rasa you suka muzik alternative rock."
"Yes but yang lain layan juga."
"Really? Who's your favorite R&B singer?" Laila menongkat dagu sambil senyum memandang aku.
"Brandy, KC and Jojo, Glenn."
Laila mengangguk.
"Mana dorang ni? Nak ajak makan ke meeting?" Laila mengeluh kebosanan.
Tiba-tiba Laila tarik tangan aku.
"Jom ikut I kejap?"
"Eh takkan tinggal je meja makan? Nanti orang kemas nanti. Kita makan pun belum?"
"The table is booked lah. Jangan risau. Ikut I kejap."
Dia tarik aku ke tandas, kemudian tolak aku ke dinding.
"I sengaja pakai lip balm je hari ni. I promise I takkan kotorkan u."
Dia terus cemolot bibir aku dan merangkul leher aku.
"Gila ke?" aku dah cuak.
"Yes!"
"Laila, please."
Tangan dia terus pegang bahagian seluar aku.
Ish, ni aku nak cakap sexual harassment ke tak ni? Kalau nak mendakwa, dia cakap aku kat sekolah dulu crush dengan dia, mampus aku?
"Not now? Nanti kantoi dengan Datuk, macam mana?"
"Okay. I'm sorry, I can't control myself."
--
Akhirnya dapat makan juga. Aku makan fettucine Milano, yang harga sepinggan RM74.90 tapi letak dengan saiz putu mayam.
Jasmine memandang pada laporan Bursa Malaysia. Harga hartanah semakin jatuh kerana golongan millennial tak mampu beli rumah.
"Put down your phone please?" kata Datuk Fairuz sambil memakan daging panggang ala Florence.
--
YOU ARE READING
Tak Apa, Saya Dah Biasa
RomanceRomi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, N...