8:17PM, I Am Lejen Shop

2.5K 48 3
                                    

"Selamat datang," kata lelaki bernama  Yusof yang sedang menyusun buku di rak.

Aku terus datang menunjukkan buku Kapsul Masa di tangan aku.

"Penulis ni ada tak?"
"Nami? Dia tak ada hari ni. Dia cuti."
"Tau dia duduk mana?"
"Shah Alam."
"Seksyen?"
"Saya tak berapa pasti. Boleh contact dia kat Twitter. Comradenami."

Malasnya aku nak buka akaun Twitter.

"Tak apalah, terima kasih ya."

Aku meninggalkan I Am Lejen, dan duduk di meja Carl's Jr.

Aku dalam kebingungan. Macam mana dia boleh cerita makhluk kucing yang sama macam aku nampak? Adakah dia nampak benda sama macam aku nampak?

Mohd Fardhu call aku. Apa hal pulak? Hari tu bukan main tak puas hati dengan aku pasal Jasmine.

"Aku kat SS15 ni. Nak lepak Seksyen 7? Ada apa? Malas la aku. Depan JAKEL tu dah la sesak."

Akhirnya aku mengalah. Sebab mamat tu ada benda nak borak dengan aku. Benda penting katanya.

--

10:11PM, Restoran Bintang Seksyen 7.

Aku sampai je, Mohd Fardhu tengah makan nasi goreng.

"Ada apa kau nak cakap dengan aku? Yang kau tak puas hati dengan aku sebab Jasmine suka aku? Aku tak minat dia la."

"Kau tak minat dia? Kau gay ke? Dia lawa macam Jasmine Suraya kot."

"Siapa Jasmine Suraya?"

"Kau Google, kau google!" kata Mohd Fardhu pada aku. Ah benda tu tak pentinglah sampai nak Google.

"Cakap la kenapa? Tadi ada penting sangat," aku mendesak. Aku ada banyak benda penting kena buat ni.

"Aku dah maafkan kau sebab kau sailang Jasmine daripada aku," kata Mohd Fardhu selepas telan nasi.

"Apa babinya kau nak maafkan aku ni? Bukan salah aku, sial."

"Kau tak rasa salah ke sailang crush member baik kau ni?"

"Berapa kali aku nak ulang yang aku tak minat si Jasmine tu, bengap! Dan yang kedua, kau crush je dengan dia, dia tak ada perasaan pun kat kau. Aku tak salah, dia tak salah, kau yang salah. Kau yang patut minta maaf dengan aku, sebab kau, aku nak kena redah jem, harga Grab sampai RM30 dari Subang Jaya ke Shah Alam, semata-mata kau nak cakap benda macam ni!"

Aku hempuk meja.

"Jadi dalam hal ni, aku yang salah sebab mencintai Jasmine?" tanya Mohd Fardhu.

"Kau tak mencintai, kau cuma nak main konek kau je, Mohd Fardhu!"

"Serius la kau tak minat Jasmine tu?" tanya Mohd Fardhu.

"Dia yang datang jumpa aku, nak berkawan. Aku kawan je la dengan dia. Apa masalahnya dengan kau ni? Kenapa? Zaman sekarang ni lelaki tak boleh nak berkawan dengan perempuan dah ke? Kalau rapat je terus kena jadi makwe? Bodoh sial."

Mohd Fardhu diam.

"Fikir la masa depan kita nak jadi apa. Perempuan ni lepas kau dah lepas semua, barulah kau fikir benda ni. Sekarang hidup kau pun tak stabil lagi. Pundek la kau ni Mohd Fardhu," aku terus capai Dethstix dan hisap. Flavor anggur.

"Sejak bila kau layan vape?" tanya Mohd Fardhu.

"Sebab aku sakit kepala la. Aku risau kalau aku kena kanser otak ke apa. Dua hari aku tak pergi kerja tu sebab ni la. Dengan nak memikir perangai kau lagi," aku terus hembus asap Dethstix berkepul-kepul macam shisha.

Tak Apa, Saya Dah BiasaWhere stories live. Discover now