Teaser 1

3.4K 44 0
                                    

For your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.
.
YOU ingat you boleh tinggalkan I, huh?" soal si jejaka keras. Jelas tidak membenarkan hajat si kekasih hati untuk memutuskan perhubungan yang dianyam hampir 3 tahun lamanya.

Jangan ingat semudah itu untuk meninggalkannya. Gadis yang ingin dimiliki tentunya akan kekal menjadi miliknya. Tidak akan dibiarkan pergi begitu sahaja. Apatah lagi berakhir di dalam dakapan lelaki lain!

"I tak boleh tinggalkan you?" soal si gadis sinis. Mempersoalkan lelaki yang cuba menyekat kebebasannya.

Mereka cuma bercinta. Tidak bermakna dia sudah menjadi milik lelaki tinggi lampai itu. Jika dia mahu mengangkat kaki sekalipun, lelaki itu langsung tidak punya hak untuk menghalang langkahnya.

Dia bukannya isteri lelaki itu!

"You ingat semudah tu you nak tinggalkan I?" Dagu runcing si gadis dipaut kasar. Memaksa si gadis menentang renungan berapinya.

Berani benar si gadis memasang hajat untuk memutuskan hubungan yang begitu harmoni. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja mahu melangkah pergi. Bagaimana dia mampu menerima keputusan itu?!

"You siapa nak halang I?"

"I'm your man," balas si jejaka tanpa silu. Menyatakan hak yang tiada.

Selagi tidak punya sebarang ikatan, tiada hak yang sah di sisi agama. Sekadar berbicara apa gunanya. Cuma mainan cinta.

"But not my husband," balas si gadis tanpa sebarang emosi. Seolah lelaki tinggi lampai yang berdiri di hadapannya bukan lelaki yang sama yang sering menjadi igauan manisnya. Bukan lelaki yang selalu membuai hatinya.

Dia gadis yang bijak memisahkan emosi dengan realiti. Saat ini, dia perlu berpijak pada realiti. Bukan berpaut pada emosi yang masih menginginkan lelaki yang benar-benar cinta.

Malang sekali, cinta yang pernah diungkap perlu dilupakan. Menganggap semua itu hanya kenangan semalam. Kenangan yang sesekali boleh disingkap.

"Husband, huh?" Terletus tawa sinis di bibir si jejaka. Status yang dipersoalkan masih belum mampu digapai.

Dia perlukan sedikit masa untuk menjadikan status itu satu realiti. Sayangnya si gadis sudah berniat mahu meninggalkannya sebelum masa itu tiba.

"Sorry, Zar. You tak dapat berikan apa yang I perlukan. Kita tak boleh teruskan hubungan ni," tutur si gadis tenang. Berbicara seperti tidak melibatkan soal hati. Tidak menghancurkan hati seorang kekasih.

Ditepis tangan yang masih setia mencengkam dagunya. Dan dia berpaling mahu pergi. Tidak perlu meneruskan bicara yang pastinya berakhir dengan hasil yang sama.

Dia sudah menyampaikan hajat di hati. Sama ada lelaki itu dapat menerima atau tidak keputusan yang dibuat, tetap tidak dapat mengubah apa-apa. Hubungan mereka masih tidak dapat diteruskan.

Belum sempat dia melangkah pergi, pinggangnya pula disambar lengan kekar si jejaka. Mematikan langkah yang baru cuba diatur.

Terletus keluhan di bibir. Hati dipagut sayu. Dia tahu lelaki kesayangannya tidak semudah itu dapat menerima perpisahan yang dipinta.

Malangnya tiada pujukan yang terluah di bibir. Pujukan hanya akan menyukarkan semua ini. Cinta tidak menjanjikan apa-apa. Namun keluarga perlu diletakkan di tangga utama. Dan kerana keluarga, dia perlu menghadapi semua ini.

"Don't go, Mil," bisik si jejaka lirih. Mengharap sang kekasih berlembut hati. Jika kekerasan tidak jalan, kelembutan mungkin menggoyahkan tekad si gadis.

"Zar... it's over," balas si gadis tenang. Kejam kedengaran di telinga si jejaka.

Kebenaran itu memang pahit. Namun itu yang perlu diungkap. Biarlah dia dikatakan kejam. Dia tidak perlu sesiapapun untuk menilainya.

"I will do anything for you, Mil. You're mine. I takkan serahkan you pada lelaki lain," tingkah si jejaka masih berkeras tidak mahu melepaskan.

"You will do anything for me, huh?" soal si gadis sinis.

Lengan kekar yang masih membelit pinggang dileraikan kasar. Dia berpaling memandang tepat ke sepasang mata yang jelas menyatakan cinta. Buat hatinya sedikit goyah.

"Apa you boleh buat untuk I? You boleh bagi I duit ke? Status? Kekayaan? No?" soal si gadis mempersoalkan kemampuan si kekasih hati.

"You belum mampu berikan I semua tu, Zar. Belum, sayang. Mungkin... suatu hari nanti you mampu. Waktu tu..."

Kata-kata si gadis terhenti di situ. Tidak berani untuk memikirkan tentang masa depan yang terasa kelam sebenarnya.

Cinta yang dianyam terpaksa dilupakan. Lalu mana mungkin jalan di hadapanya punya warna yang indah. Sebaliknya kelam tanpa cahaya.

Pun begitu, dia tetap perlu melaluinya. Mengharap masih ada sekelumit cahaya untuknya terus melangkah tanpa pincang.

"Goodbye, my love," ucap si gadis lirih sebelum menghilang dari pandangan. Hilang dari hidup si jejaka yang terpaku tanpa kata. Hanya hati tidak henti menitis darah merah. Pekat!

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now