Teaser 5

1.4K 27 0
                                    


"AKU dengar ramai yang datang dinner tu nanti. Big shot, babe," tutur Dahlia teruja. Mata bersinar galak kala imaginasi meliar membayangkan lelaki-lelaki kacak yang mungkin hadir untuk majlis ulang tahun syarikat pembekal mereka.

Sebagai salah seorang klien, mereka tentunya dijemput hadir walaupun syarikat mereka masih terlalu mentah. Dia tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menangkap jerung yang jarang dapat dilihat pada hari-hari biasa.

"So?" Kamila tersenyum sinis. Kening yang terbentuk cantik dijongket mempersoalkan kenyataan si teman. Nyata tidak berminat dengan maklumat yang disampaikan.

Dia tentunya akan menghadiri majlis tersebut. Sebagai businesswoman dia perlu pandai menjaga hubungan sosial demi memastikan perjalanan syarikat lebih lancar.

Lebih luas pengaruh yang dimiliki, lebih mudah untuk mencipta ruang dan peluang. Itu prinsip yanh patut dipegang.

"Boleh cuci mata."

"Not interested," balas Kamila senada.

"Kalau tak dapat tangkap si jerung, dapat usik-usik pun jadi la," balas Dahlia tersenyum nakal.

Kamila mendengus halus. Kalau soal lelaki laju sahaja temannya itu. Pantang dapat peluang. Pasti ingin dikejar.

Soal kerja puas dibambu. Nama sahaja rakan kongsi. Yang benar-benar bekerja hanya dia seorang. Disebabkan itu peratusan saham yang dimilikinya melebihi si teman yang tidak pernah serius.

Temannya itu anak yang dimanjakan keluarga. Tidak perlu berusaha untuk mendapatkan apa-apa. Semuanya disediakan di atas dulang emas. Menjadi rakan kongsi dilakukan sebagai hobi semata. Sekadar menghabiskan masa terluang.

Dia sendiri lebih senang membiarkan sit eman begitu. Tidak menyukarkan untuknya membuat keputusan. Segalanya terletak di atas tangannya sendiri. Dahlia setia menurut.

"Kalau kau suka sangat, mungkin aku tak perlu pergi dengan kau."

"Eh, kau wajib datang. Walaupun kau lagi hot dari aku tapi aku sanggup mengalah demi kawan baik aku ni. Kau lebih perlukan lelaki daripada aku ni," balas Dahlia laju.

Sekali lagi kening terbentuk cantik terjongket dek kenyataan teman yang dirasakan tidak masuk akal. Sejak bila pula dia perlukan lelaki? Kenapa dia sendiri tidak tahu?

"Aku perlukan lelaki, huh?"

"Yup," balas Dahlia selamba. Langsung tidak menganggap kenyataan sendiri itu salah.

"I don't think so," nafi Kamila mendatar. Seolah soal lelaki tidak terlintas di fikirannya.

Setelah apa yang berlaku, fokusnya hanya diberikan pada syarikat yang baru ditubuhkan lebih setahun yang lalu. Dia tidak punya masa untuk berfikir soal makhluk bernama lelaki yang lebih senang mengewakan wanita.

"Jangan sebab seekor kumbang kau terus nak hidup sendiri, babe," tingkah Dahlia tidak setuju.

Dia ingin melihat senyuman kembali bermain di bibir si teman. Bukan serius memanjang seperti sekarang. Tiada lagi keceriaan di wajah cantik itu.

Seekor kumbang? Dahlia tidak tahu sebelum wujudnya kumbang yang mengecewakan hati, hatinya pernah menjadi milik seorang lelaki lain. Lelaki yang ditinggalkan tanpa belas.

Mungkin ini balasan untuknya. Dikecewakan setelah mengecewakan. Lalu dia tidak lagi berminat untuk bermain dengan api. Lebih baik membina kejayaan sendiri.

"Aku tahu kumbang bukan seekor. Tapi kumbang buat masa ni tak penting bagi aku. Syarikat ni baru sangat bertapak. Aku tak nak fokus aku lari sebab kumbang yang belum tentu mampu membahagiakan," ucap Kamila tegas. Mengharap si teman faham. Tidak terus-terusan menggiatnya dengan isu yang sama. Bosan!

"Sambil menyelam minum air. Kau tak pernah dengar ke?" tukas Dahlia tidak setuju.

Apa salahnya bekerja sambil diapit lelaki-lelaki kacak? Tidak membawa sebarang masalah baginya. Lebih harmoni begitu bila bekerja dan punya waktu untuk berjoli.

Kamila menghela nafas panjang. Jika berbicara dengan teman yang tidak pernah serius tentu sahaja membuat kepala sendiri pusing.

Dia tidak dapat mengubah persepsi temannya itu. Lalu lebih baik menumpukan perhatian pada kerja yang lebih memerlukan perhatiannya.

Dia baru sangat merangkak untuk mencipta nama. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk memastikan syarikat mencapai matlamat yang ditetapkan. Masa dan tenaga perlu dilabur. Bukan sekadar mimpi dan kata-kata.

"Bila tak setuju mula la jadi patung bisu," omel Dahlia kala si sahabat kembali fokus pada kerja. Menganggapnya bagai tidak wujud sahaja.

"Kau jangan tak nak datang pulak malam tu nanti," pesan Dahlia sebelum keluar dari pejabat urusan si teman. Dia perlu ke spa pula selepas ini. Memastikan diri kekal cantik berseri.

Kamila tergeleng sendiri sebaik si teman menghilang dari pandangan. Sedikit lega bila ditinggalkan sendirian. Tanpa sebarang gangguan. Itu yang diperlukan ketika ini.

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now