Teaser 21

88 4 1
                                    


"KENAPA aku asyik terlepas adegan hangat ni?" soal Dahlia menepuk dahi geram. Kenapa semalam dia tidak berada di pejabat? Boleh juga menjadi penonton drama swasta di petang hari.

Soalan itu dibalas dengan jelingan maut dari si teman. Marah?

"Lepas ni hari-hari aku kena masuk ofis. Aku tak nak rugi," tutur Dahlia tidak mempedulikan jelingan maut Kamila.

"Jelinglah sepuas hati. Aku tahu aku ni anggun,"desisnya mendabik dada. "Jangan sampai juling mata tu. Lari Abang Nizar kau nanti," sogoknya seronok mengusik.

Kamila mengetap bibir menahan diri dari menghamun teman yang cuba menduga kesabarannya. Tidak cukup dengan gangguan yang diterima dari lelaki-lelaki yang tidak faham bahasa, teman baik sendiri pula seronok menambah lauk. Urgh!

"Bila lagi Abang Nizar nak datang ni? Aku nak standby kat sebelah kau. Kau jangan risau. Aku duduk diam-diam. Sepatah kata pun takkan terbit dari bibir mungil aku ni. Aku cuma nak jadi penonton setia aje. Bukan selalu dapat tengok drama. Siap live lagi," sakat Dahlia tanpa belas.

Bibir menahan tawa bila wajah cantik Kamila mula berubah keruh. Ketika dia mengusik tentang Syakir langsung tidak berubah riak di wajah itu. Berbicara soal Nizar lain pula ceritanya. Interesting.

"Kau rasa hari ni dia datang tak?" giat Dahlia.

Mata melirik pada jam di dinding yang sudah menunjukkan angka 5. Lagi sejam sudah mahu pulang. Malangnya lelaki tinggi lampai itu langsung tidak nampak bayang.

Mana ni? Takkan hari ni tak ada drama? Penat tunggu tau.

"Manalah aku tahu. Kau ingat dia suami aku ke yang aku kena jaga setiap masa?" deram Kamila garang.

"Bakal suami dengan suami tak jauh bezanya, babe," bidas Dahlia tersengih panjang.

Kepala mula membayangkan imej lelaki tinggi lampai itu dipadankan dengan Kamila yang menawan pandangan. Sama cantik. Sama padan. Pasangan ideal. Not bad!

"Stop dreaming!" tingkah Kamila hampir menjerit marah. Jangan ingat dia tidak tahu apa yang bermain di kepala Dahlia ketika ini.

"Really not bad," komen Dahlia terangguk-angguk setuju dengan pandangan sendiri.

"Menyibuk hal orang. Hal sendiri tak pernah serius," selar Kamila geram.

"Ahemmm." Dahlia berdeham kecil. Bila soalnya pula yang disebut Kamila.

"Kenapa? Tak suka bila aku menyibuk pasal kau?" sembur Kamila tersenyum sinis.

"Eh, siapa kata tak suka. Cuma aku ni belum jumpa lagi lelaki yang serius nakkan aku macam Abang Nizar kau tu. Bekas kekasih yang datang menuntut cinta lama. Kalau aku jumpa lelaki macam tu... sumpah aku tak tolak tau!" balas Dahlia tersengih menayang gigi.

"Kau ingat dia serius nakkan aku? Nak tuntut cinta lama?" bidas Kamila tertawa sinis.

Dahlia tidak tahu cerita sebenar. Pandai-pandai pula mereka cerita. Jika Dahlia tahu, tak mungkin temannya itu berfikir begitu.

"Aku boleh nampak dengan mata kepala aku ni yang dia serius."

Renungan lelaki itu terhadap Kamila tidak susah untuk ditafsirkan. Walaupun hanya sekali dia bertemu lelaki itu, berita yang diterima daripada Aisya sudah cukup untuk membenarkan anggapannya.

"Betul. Dia memang serius. Serius sangat."

"Kau jangan cakap berbelit boleh tak? Suka sangat berahsia dengan kawan sendiri."

"Aku yang tinggalkan dia," tutur Dahlia mendatar nadanya. Membuka pekung di dada.

Dahlia tersenyum sumbing. Dia tidak perlu menyiasat kisah sebenar untuk tahu apa yang berlaku. Sudah dapat mengagak.

Mana mungkin lelaki tinggi lampai itu sanggup meninggalkan Kamila. Hanya Kamila yang begitu kejam memutuskan hubungan yang indah.

Dia tahu Kamila berkahwin dengan Syakir kerana desakan keluarga. Dari situ pun dia sudah dapat menyimpulkan apa yang berlaku.

"So?"

"Do I need to explain this? Kau faham tak? Aku yang tinggalkan dia," tekan Kamila mahu memasakkan kenyataan itu di benak Dahlia.

Temannya itu bagai langsung tidak terkejut dengan kenyataan yang dibentang di hadapan mata. Seolah apa yang berlaku sudah berada di dalam perkiraan Dahlia. Bijak meneka.

"The past is the past. The future is vast," tutur Dahlia tenang.

Dia benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan. Jika lelaki itu terlalu kisah tentang masa lalu, tidak mungkin sibuk mengejar Kamila lagi.

Kamila tersenyum kelat mendengar bicara Dahlia. Jika itu pandangan Dahlia, tiada guna untuk dia menerangkan apa-apa.

Dahlia tidak berada di tempatnya. Hanya dia yang tahu apa niat sebenar seorang Nizar Naail.

Mahukannya? Benar. Tersangatlah benar. Kerana apa? Soalan itu penuh dengan jawapan yang pasti menggerunkan hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now