MILA patut pergi dinner tu," tutur Puan Roziya lembut. Direnung seraut wajah serius si anak. Hati berdetik rasa bersalah.Kamila tersenyum sumbing mendengar usul itu. Mamanya pun sudah seperti Dahlia. Mahukannya mencari pengganti. Takut sangat agaknya dia masih sendiri setelah dikecewakan lelaki.
Tad idi syarikat Dahlia menyogok. Di rumah pula Puan Roziya mula membuka usul yang tidak perlu.
Lelaki bukan isu utama di dalam hidup. Tiada di dalam senarai buat masa ini. Fokusnya sudah diberikan pada syarikat yang baru sahaja bertapak. Lebih mudah diuruskan dari mengawal tindakan seorang lelaki yang belum tentu tahu erti setia.
"Mila patut pergi," sokong Tuan Zawawi serius.
Tawa sinis terletus di bibir bila si papa mula menyokong. Kalau bukan kerana si papa, dia tidak akan memilih lelaki yang sesuka hati berlaku curang di belakangnya. Mengecewakan!
"I don't need a man," tutur Kamila senada. Tegas kedengaran pada si papa dan mama yang mendengar.
Puan Roziya tersenyum hambar. Jawapan yang sama diterima setiap kali dia cuba mendesak si anak mencari pengganti.
Dua tahun sendiri tanpa lelaki buatnya sebagai ibu yang resah. Hari demi hari berlalu buat rasa bersalah kian mencengkam jiwa.
Jika bukan kerana desakannya dan suami, tentu si anak bahagia dengan pilihan sendiri. Kini fokus si anak hanya pada syarikat yang hanya mampu menjadi peneman bisu.
Jika si anak hadir ke majlis makan malam itu nanti, terbuka juga peluang untuk berkenalan dengan lelaki lain yang mungkin mampu mencuit hati yang sukar untuk tersentuh. Andai terus terperap di syarikat, sampai bila pun tidak akan ketemu pengganti.
"Kalau ada suami..."
"Suami?" potong Kamila sinis. Nasi yang baru mahu disuap ke mulut terus kembali ke pinggan. Hilang terus selera bila perkataan itu menjadi sebutan.
Cukup sekali status itu dikaitkan dengannya. Tidak perlu diulang kembali!
Kamila bingkas bangun. Tidak betah terus berdepan dengan ibu bapa yang tidak memahami kehendaknya.
Susah sangat agaknya mahu faham apa yang dimahukannya. Dia boleh melupakan kekecewaan lalu. Tidak perlu terus-terusan diungkit begini.
"Mila... mama..."
"Mila letih, mama," tingkah Kamila menoktahkan bicara Puan Roziya. Kaki laju melangkah pergi tidak sudi mendengar sebarang sogokan yang bakal menyemakkan fikiran.
Nur Kamila tidak perlukan lelaki di sisi. Titik!

ANDA SEDANG MEMBACA
SANG PERMAISURI
RomanceFor your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k. SINOPSIS "So, you nak mendabik dada depan I? You dah kaya sekarang. You dah mampu. Tak...