Teaser 11

1.2K 23 1
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
🌺
For your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.
‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️
"MILA." Langkahnya mati sejenak kala nama yang menyingkap sejarah lalu menerpa gegendang telinga. Nama yang sudah terlalu lama tidak singgah di pendengarannya.

Kaki melangkah sendiri mencari empunya nama yang sudah terlalu lama tidak ditemui. Bagai ada magnet yang menariknya dekat.

Malangnya wajah yang terlayar di mata menghadirkan rasa hampa. Bukan wajah yang masih segar di lembar memori.

"Shamila, cepat sikit." Si gadis yang sibuk berbicara dengan telefon bimbit di tangan diheret masuk ke majlis yang baru bermula.

Terletus tawa sinis di bibir. Shamila. Bukan Kamila. Bukan gadis yang pernah menghancurkan hatinya. Gadis yang meninggalkan parut yang masih merah berdarah. Nur Kamila!

Ada rasa kecewa menjentik hati. Rasa yang tidak sepatutnya hadir. Untuk apa hadirnya rasa itu sedangkan dia tidak pernah cuba mencari gadis itu selepas ditinggalkan pergi?

Walau hati luka berdarah ketika itu, dia tidak akan merayu pada gadis yang tega memutuskan cinta di antara mereka. Ego seorang lelaki menghalangnya untuk berbuat begitu.

Apa yang berlaku mengajarnya untuk tidak mudah mempercayai makhluk penggoda yang lebih senang memilih harta dan wang ringgit. Tiada keikhlasan di hati mereka. Materialistik!

Tawa sinis di bibir mati kala mengenangkan hakikat itu. Dia tergeleng sendiri lalu kaki melangkah pergi.

"I want to see you in red. Glittering in the night. Only for my eyes."

Bisikan yang pernah diungkap suatu ketika dulu mula bermain di layar ingatan kala mata mendarat pada sesusuk tubuh wanita muda yang dibalut dress merah darah bergemerlapan bersulam batu permata indah.

Sekali lagi langkahnya mati. Mata terpaku lama pada wanita muda yang membelakanginya. Berbicara dengan entah siapa di hujung talian. Dari nada yang terbit di bibir, jelas tidak gembira dengan gerangan si pemanggil.

"Go to hell!" deram Kamila bengang. Tidak suka terus-terusan diganggu lelaki tidak tahu malu. Menyesal pula menjawab panggilan tanpa melihat nama yang tertera di skrin. 

Butang merah ditekan laju. Terletus dengusan kasar melepaskan amarah yang berbuku di dada. Ditarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan diri.

Hubungan yang sudah putus untuk apa cuba disambung kembali? Sekali terputus, dia tidak mungkin kembali. Kisah itu sudah berakhir. Titik!

"Nur Kamila. My queen."

Suara garau yang tiba-tiba menyapa pendengaran buat ketenangan yang baru cuba digapai berterbangan lari. Kedengaran rapat dan dekat. Meremangkan roma lehernya. Buat nafasnya terhenti sesaat.

Suara itu, walau bertahun masa berlalu pergi, mana mungkin tidak dikenalinya. Suara yang suatu ketika dulu selalu membisikkan rindu. Mengucapkan sayang. Membelai jiwa remajanya. Mustahil untuk lupa!

Bibir terketap tanpa kata. Dia kaku di situ. Terasa diri tidak punya tenaga untuk berpaling bertentang mata dengan lelaki yang pastinya masih menyalahkannya.

Mungkinkah lelaki itu sudah lupa? Kalau benar lupa kenapa masih memanggilnya begitu?

My queen? Panggilan yang selalu bermain di bibir lelaki itu suatu ketika dulu. Meletakkan dirinya di tangga teratas di hati Nizar Naail.

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now