Teaser 16

977 28 3
                                        

Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.

"LILIES for you, boss," tutur Aisya menyerahkan jambangan lili putih kepada majikannya. Ini bukan kali pertama majikannya mendapat bunga. Tapi ini kali pertama majikannya dihadiahkan lili putih.

Bertaut dahi Kamila kala mata mendarat pada lili putih yang dihulurkan setiausahanya. Siapa pula gerangan yang terlalu banyak masa untuk menghadiahkannya lili?

"You can go," arah Kamila tenang.

Aisya menurut perintah tanpa banyak soal. Kembali meneruskan kerja yang terganggu dek kehadiran delivery boy.

"White lily, huh?"

Lili putih membawa maksud kesucian. Dan selalu juga digunakan ketika pengkebumian di negara barat. Soalnya sekarang siapa pula yang mati?

Bibir terlorek senyum sinis kala mata jatuh pada kad yang terselit di jambakan lili putih itu. Tandatangan yang tertera di kad itu sudah cukup untuknya tahu siapa pengirimnya.

Tandatangan lelaki itu masih sama. Tidak berubah walau sudah memiliki empayar hebat. Terlalu simple. Tidak bimbang mudah ditiru agaknya.

❤️I heard about what happened to your marriage. My condolences.❤️

Direnung tajam sebaris ayat yang terasa menikam pandangan. Condolences, huh?

Lelaki itu jelas mengejeknya. Mentertawakan nasib malangnya. Suka dengan apa yang berlaku.

Melihat dia berduka tentu sahaja mendatangkan bahagia buat lelaki itu. Inginnya merasa sakit yang sama. Mustahil untuk lelaki itu mendoakan kebahagiaan untuknya.

Pantas benar Nizar menggali kisah hidupnya. Baru semalam bertemu. Hari ini lelaki itu sudah tahu apa yang berlaku. Kedudukan lelaki itu tidak boleh dipandang sebelah mata.

Hakikat itu buatnya terasa sedikit tergugat. Bimbang jika lelaki itu berniat untuk terus-terusan mengganggu hidupnya. Membalas dendam di atas apa yang berlaku.

Dia mengharap pertemuan semalam menjadi pertemuan terakhir untuk mereka. Malangnya kiriman bunga daripada lelaki itu sudah cukup untuknya memahami yang mereka pasti akan bertemu lagi.

"Dah terlalu lambat untuk you balas luka yang I tinggalkan pada you, Zar. Too late," bisiknya lirih.

Dia sedar pertemuan semula mengingatkan kembali lelaki itu pada luka yang pernah ditinggalkannya. Jika tidak untuk apa lelaki itu menanti hingga ke hari ini untuk mentertawakan nasib malangnya.

Lelaki itu langsung tidak mengambil tahu tentangnya selepas perpisahan terjadi. Dan kini sibuk menggali segala rahsia yang tidak ingin dikenangnya.

Dia menghela nafas berat. Walauapapun dugaan yang bakal mengusik hidup, dia tidak gentar untuk menghadapinya.

Jika Nizar menuntutnya membayar 'hutang lama' dia akan cuba membayar semula selagi permintaan lelaki itu tidak melampaui batas. Adat orang berhutang perlu membayar juga akhirnya. Suka atau tidak dia tetap perlu melangsaikan hutang.

SANG PERMAISURITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang