Tak lama lagi Sang Permaisuri akan ada versi ebook kat E-Sentral. Untuk judul-judul yang lain dah masuk ye. Korang boleh guna link ni to check it out!
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
.
"MACAM ni aje kau pakai?" soal Dahlia meninggi suaranya tidak percaya kala mata mendarat pada penampilan si teman. Terlalu simple!"Nak pakai macam mana lagi?" balas Kamila acuh tidak acuh. Dioles gincu merah jambu ke bibir. Menambah seri di wajah yang sudah cukup berseri.
"Yang vogue sikit kau tak ada ke?" tingkah Dahlia benar-benar tidak berpuas hati.
Dress hitam labuh tanpa sebarang aksesori mahupun warna yang memukau pandangan lelaki. Kalau seksi boleh tahan lagi. Too dull!
Dia melangkah ke almari baju milik Kamila. Tanpa silu ditolak pintu almari si teman. Tidak berniat meminta kebenaran. Dianggap seperti harta sendiri.
Dibelek satu per satu dress milik Kamila. Tiada satu pun memuaskan matanya. Terlalu simple!
Bertaut kening nyata tidak setuju dengan penampilan sahabat baiknya. Bagaimana mahu memikat lelaki jika penampilan diri pun tidak dititikberatkan?
Hakikatnya si teman sudah cukup menarik perhatian lelaki. Hanya Dahlia yang mementingkan imej vogue tidak berpuas hati.
"Kau nak aku pergi ke tak ni?" soal Kamila senada. Tidak kuasa melayan kehendak teman baiknya itu.
Dia bukan ke majlis makan malam untuk memikat lelaki. Sebaliknya mencari ruang dan peluang untuk syarikatnya melangkah dengan lebih mudah.
Berkecimpung di dalam dunia perniagaan buatnya terpaksa bermanis mulut dan menebalkan wajah untuk mewujudkan hubungan baik dengan mereka yang dikira penting dalam memastikan langkahnya tidak pincang.
Ada masa perlu menunduk mengikut keadaan demi masa depan yang lebih cerah. Tidak boleh mendongak ke langit tanpa melihat tanah yang dipijak.
Lebih setahun menongkah arus sudah membuka matanya untuk melihat dunia dari skop yang berbeza. Dunia yang merupakan satu pentas. Pentas untuk mereka yang bijak menggunakan peluang dengan sebaiknya.
"Hah, ada pun!" Ceria benar suara Dahlia bila ketemu apa yang dicari.
Dress berwarna merah darah disulam dengan batu permata yang mampu menyinari kelam malam dicapainya. Sesuai untuk wanita anggun yang indah dipandang mata.
"Kenapa kau sorok dress ni? Hampir terlepas dari pandangan mata aku ni!" tingkah Dahlia jelas tidak berpuas hati.
Mujur sahaja matanya seperti laser. Dapat menangkap kelibat dress yang tersorok di sebalik susunan kemeja dan blaus yang selalu menjadi pilihan Kamila.
Dia tidak pernah melihat si teman memakai dress merah darah seperti ini. Bergemerlapan indah menyilaukan mata yang memandang.
Selalunya pemilihan Kamila terlalu ringkas. Plain and simple. Tiada bercorak mahupun berbatu permata.
Mujur sahaja orangnya cantik. Tanpa pakaian yang vogue pun mampu menarik perhatian mata yang memandang.
Malang sekali si pemilik kecantikan itu lebih senang menghabiskan masa di syarikat. Bergelumang dengan kerja yang tak mungkin selesai. Buatnya sebagai teman hilang kata.
"Pakai ni!" arah Dahlia garang. Siap bercekak pinggang. Tidak mahu mendengar sebarang bantahan.
Mata Kamila tertancap pada dress yang sudah terlalu lama diperam di dalam almari tanpa pernah disentuh. Dress yang punya nilai tersendiri. Yang dibelinya hanya untuk dijadikan satu kenangan. Kenangan yang tidak ingin dikenang sebenarnya.
"I want to see you in red. Glittering in the night. Only for my eyes."
Bisikan syahdu bernada dominan itu terasa seperti sudah terlalu lama tenggelam dalam lautan memori. Mengingatkannya pada lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya suatu ketika dulu.
Lelaki itu menabur janji untuk hidup bersama selagi hayat masih dikandung badan. Dan bertemu di syurga menanti.
Malang sekali bisikan itu kini tidak membawa makna apa-apa lagi. Cuma kenangan yang hadir jika terasa ingin menyingkap lembar semalam.
Mungkin kerana dia ingin menyimpan satu kenangan buatnya membeli dress merah darah itu saat mata mendarat pada dress yang buatnya termenung lama.
Mungkin juga dia terasa ingin mewujudkan satu tanda yang lelaki itu pernah wujud di dalam hidupnya. Bukan hanya satu mimpi. Mimpi yang tidak kesampaian.
Bibir terlorek senyuman sinis memikirkan tentang hakikat itu. Hakikat yang nyata pahit namun tetap perlu ditelan.
"Kita dah lambat ni. Cepat la tukar. Nanti semua hot guys dah direbut orang. Melepas aku," gesa Dahlia seraya menarik tangan Kamila mengerahkan temannya menukar pakaian.
Kamila tidak terus menurut. Sebaliknya merenung tajam sang sahabat yang sesuka hati mendesak. Langsung tidak meminta persetujuannya.
Dress yang tidak pernah disarung ke tubuh itu bukan untuk ditayang di hadapan ramai. Dia tidak berminat mahu menarik perhatian mana-mana lelaki sekalipun.
Dia lebih selesa dengan dress hitam yang sudah pun tersarung di tubuh. Mudah untuknya menghilang saat ingin mengundur diri kala majlis makan malam sudah menjadi hambar.
"Kau tunggu apa lagi? The clock is ticking," bentak Dahlia garang. Tidak peduli dengan renungan maut sang sahabat. Yang penting sahabatnya itu kelihatan vogue malam ini. Untuk tatapan lelaki yang mampu menawan seorang Nur Kamila.
Kamila mendengus halus. Ingin membantah. Malangnya dia tahu Dahlia takkan mengalah. Dahlia yang terlalu mudah mendapat segalanya akan memastikan dia mengalah.
Akhirnya keluhan kecil terletus di bibir lalu dia menyambar dress merah darah menghilang ke bilik air.
Apa salahnya memakai dress yang tidak membawa sebarang makna. Masa yang berlalu telah menghilangkan nilai sentimental itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
SANG PERMAISURI
RomansFor your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k. SINOPSIS "So, you nak mendabik dada depan I? You dah kaya sekarang. You dah mampu. Tak...