Teaser 20

100 4 0
                                    

For your info ebook Sang Permaisuri dah available ye guys. RM18 only. wasap Muna @ 01159607691
.
"Did you regret it?" soal Nizar melepaskan cengkamannya. Namun kedudukan mereka masih kekal.

Dia ingin tahu setelah apa yang berlaku, mungkinkah kekesalan berlabuh di hati wanita itu? Atau langsung tidak?

"Kenapa I perlu menyesal? Pilihan yang I buat... walau berakhir dengan perpisahan sekalipun tetap takkan buat I kesal," balas Kamila senada.

Kesal? Perkataan itu tidak wujud di dalam kamus hidupnya. Cuma setelah apa yang berlaku, dia belajar untuk menerima pahit atau manis suratan kehidupan. Dan dia tidak lagi membenarkan sesiapapun membuat keputusan di atas urusan hidupnya.

"I akan buat you menyesal, sayang," deram Nizar kurang senang bila Kamila langsung tidak kesal di atas pilihan sendiri.

Wanita itu nyata memandangnya cuma sebelah mata. Andai mereka tidak kembali bertentang mata malam itu, dia tidak akan hadir mengganggu begini.

Malangnya Kamila dengan sendiri muncul tanpa dipinta. Dia tidak boleh disalahkan bila keinginan untuk 'mengajar' wanita itu mula berdetik di hati.

Kamila tidak membalas. Tidak mahu memprovok lelaki yang jelas diulit amarah ketika ini. Bimbang jika dia berbicara lebih akan menyebabkan lelaki itu tidak dapat mengawal diri lalu menimbulkan kekecohan di pejabatnya.

Mana mahu diletak muka di hadapan staf syarikat jika itu terjadi? Dia masih ingin menjaga air muka sendiri!

"You nak buat I menyesal? Untuk apa? Untuk puaskan hati you, huh?" soal Kamila lembut. Sengaja dilunakkan suaranya agar tidak kedengaran terlalu mencabar lelaki itu.

Dengan posisi mereka yang begitu rapat dia terpaksa berkompromi. Berlembut ketika keadaan tidak berpihak padanya.

Mahu menolak tubuh lelaki itu, sudah tentu akan menjadi perbuatan yang sia-sia. Dia lebih selesa berpeluk tubuh berlagak seolah posisi mereka tidak merunsingkan hati.

"Betul, sayang. Untuk puaskan hati I," bisik Nizar rapat di telinga sang kekasih. Ingin mengusik ketenangan di wajah mulus itu.

Dia ingin menatap wajah penuh kesal seorang Kamila. Kesal kerana meninggalkannya suatu ketika dulu. Bukan wajah setenang air di tasik. Seolah tiada siapa mampu menggugat hati wanita itu.

"Okey. I menyesal tinggalkan you, Mr. Nizar. Puas hati? Can you please let me go now?" tutur Kamila. Mengalah demi melepaskan diri.

"Nur Kamila... sejak bila you pandai menipu, huh?" soal Nizar dingin. Tidak suka mendengar bibir itu berbohong padanya.

Nur Kamila yang dikenalinya tidak pandai berbohong. Lebih senang berterus-terang dari mengungkap satu kepalsuan.

Matanya mencerun tajam pada bibir yang seperti meminta untuk dihukum. Jika tidak mahu dihukum kenapa hanya tahu berbicara menduga kesabarannya?

Jemarinya mendarat di bibir merah itu. Melata tanpa silu. Pantas ditepis kasar Kamila.

"Sejak you ganggu hidup I," deram Kamila bengang. Get lost!

Mahu sahaja dia menjerit marah ketika ini. Ingin sahaja dipatahkan tangan lelaki yang suka benar menyentuhnya sesuka hati. Dia bukan harta lelaki itu!

"Marah? Tak suka?"

"What do you think?" soal Kamila sinis.

"You perlu biasakan diri, Mila. I akan selalu ada dalam hidup you. Suka atau tak... you tetap perlu biasakan diri," tutur Nizar bersahaja.

Tangannya tidak lagi dipaku di kerusi empuk wanita itu. Hanya bibirnya didekatkan ke telinga Kamila. Berbisik lembut sebelum melangkah pergi.

"You will see me again, my queen."

Dia tidak boleh terlalu menekan. Setiap langkah perlu diambil dengan bijak demi memerangkap wanita sedingin Kamila.

Dahulu pun tidak mudah untuk memiliki hati seorang Kamila. Apatah lagi sekarang. Wanita itu tentunya lebih berhati-hati. Setelah dikecewakan, tembok yang dibina tidak mudah untuk diruntuhkan sesiapa.

Pun begitu dia tidak bimbang. Kalau sekali pernah ditakluki, tak mustahil untuknya menakluk kembali. Dia punya cara tersendiri untuk memastikan Kamila tunduk padanya.

"Damn you!" deram Kamila.

Diketap bibir menahan amarah yang bergolak di hati. Mata mencerun tajam pada pintu bilik yang tidak bersalah. Seolah lelaki itu masih wujud di situ. Menduga dan terus menduga kesabarannya.

Dia mendengus kasar. Cuba memadam api yang marak membakar. Mahukannya membiasakan diri? Lelaki itu jelas tidak akan melepaskannya.

Hati berdetik resah memikirkan tentang ketenangan hidup yang bakal diragut lelaki itu. Kenyataan yang terasa menyesakkan dada.

Kehadiran lelaki itu benar-benar mengganggu. Menyukarkannya untuk kembali fokus pada timbunan kerja yang menuntut perhatian.

Dia kenal benar lelaki itu. Apa yang dimahukan pasti akan berada di dalam genggaman. Jika tidak, dia pastinya sukar untuk jatuh ke dalam jerat cinta Nizar Naail.

Dan kini lelaki itu berniat untuk menjeratnya kembali. Dia tidak akan membiarkan itu berlaku. Cukuplah!

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now