Teaser 19

77 4 0
                                    

For your info ebook Sang Permaisuri dah available ye guys. RM18 only. wasap Muna @ 01159607691
.
"BOS, you ada tetamu," beritahu Aisya dengan wajah teruja. Tertanya-tanya siapa gerangan lelaki tinggi lampai yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Tempoh hari majikannya mendapat lili putih. Berbeza dari mawar merah yang selalu dihantar oleh bekas suami si majikan.

Mungkinkah lelaki baru itu pengirim lili putih tempoh hari? Tak mustahil. Majikannya itu mudah menarik perhatian lelaki. Sayangnya tak ramai yang berani dekat dengan kedinginan yang menjadi benteng.

"Siapa?" soal Kamila mengangkat wajah. Melihat riak teruja ingin bergosip di wajah Aisya buat hatinya berdetik dengan rasa tidak enak.

"Your man," ucap Nizar bersahaja seraya melangkah masuk ke bilik Kamila tanpa dijemput.

Dia yang tidak punya kesabaran tinggi lebih senang menerjah masuk dari menunggu setiausaha wanita itu kembali menjemputnya. Menghalang Kamila dari cuba menghalaunya atau memberi alasan yang tidak ingin didengari.

Kamila tersenyum sinis. Bicara lelaki itu bisa membuat orang lain salah sangka. Sesuka hati mengaku mereka punya hubungan.

Dia mengisyaratkan Aisya untuk keluar. Membiarkan dia bersendirian bersama lelaki yang jelas tidak berpuas hati bila dia mematikan perbualan mereka semalam.

Lelaki itu masih ingin menyambung perbualan yang terputus di tengah jalan agaknya. Dia melempar senyuman manis. Berlagak profesional kala masih berada di syarikat.

"Have a sit, Mr. Nizar."

Nizar tidak terus menurut. Sebaliknya memerhatikan susun atur bilik yang benar-benar menggambarkan pemiliknya. Feminin. Tapi dingin.

Puas menilai, matanya kini fokus pada si pemilik syarikat yang baru sahaja bertapak. Pun begitu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Dia tahu wanita itu langsung tidak menggunakan hubungan dengan keluarga sendiri untuk membina sebuah empayar. Lebih sanggup bersusah payah berdiri di atas kaki sendiri biarpun terpaksa bermula dari bawah.

"Nice place." Terletus pujian di bibir.

"Thank you," ucap Kamila menghargai pujian yang diberikan tentang syarikatnya. Tidak silu menerima pujian.

"I ingat... you mungkin langsung tak tahu buat keputusan," tutur Nizar penuh makna.

Kamila tersenyum kelat memahami apa yang cuba disampaikan lelaki itu. Tentu sahaja ingin mengkritiknya di atas keputusan yang dibuat. Mengungkit cerita lama.

"You tak sepatutnya buat kesilapan bodoh. Memilih lelaki yang tak tahu menghargai you," ucap Nizar tenang.

Dia melangkah perlahan merapatkan jurang di antara mereka. Tangannya tanpa silu memaku si mangsa di kerusi empuk. Mendominasi. Memastikan mangsanya tidak dapat meloloskan diri.

"You!"

Terlukis kerutan di dahi licin Kamila dengan sikap lelaki yang suka benar memakunya begitu. Macamlah tidak boleh bercakap jika mengekalkan jarak di antara mereka.

"You dah buat pilihan yang salah, Mila," bisiknya rapat ke telinga si mangsa.

Kamila hanya mampu membisukan diri. Dengan status yang kini dimiliki lelaki itu, tentu sahaja dia dianggap tersalah membuat pilihan.

Jika dia memilih lelaki itu, dia pasti bahagia di samping suami yang kaya dan menyayanginya. Malah punya kedudukan tinggi. Tidak mungkin memegang status janda.

Di mata lelaki itu mungkin keputusannya cukup salah. Namun ketika keadaan memerlukannya membuat keputusan, pilihan itu tidak salah sama sekali. Malah dia tidak punya pilihan lain sebenarnya.

"Sama ada I salah buat pilihan atau tak... it's none of your concern," balas Kamila tenang.

Mendengar balasan itu buat tangannya laju menyambar dagu runcing milik si mangsa. Mata mendarat di bibir merah yang begitu berani berbicara lepas.

Ingin diajar bibir merah itu agar bijak menjaga kata. Tidak berbicara mengikut hati.

"None of my concern, huh?"

Jika tidak memikirkan ikatan yang belum wujud di antara mereka, bibir itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

Disabarkan hati. Dia pasti akan menghukum bibir itu tidak lama lagi. Akan dituntut hutang demi hutang dari bibir yang hanya tahu melukakan.

Berani benar wanita itu mengatakan semua itu tidak punya kaitan dengannya sedangkan pilihan yang dibuat meranapkan hubungan yang wujud di antara mereka. Menoreh sekeping hati. Ditinggalkan berdarah sepi.

"Don't touch me!" bentak Kamila menepis kasar tangan yang mencengkam kuat dagunya. Tidak suka diperlakukan begitu.

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now