Teaser 18

94 4 1
                                    

NOMBOR yang masih tersemat di ingatan buat keningnya bertaut rapat. Bagai tidak percaya si pemanggil masih menggunakan nombor yang sama setelah bertahun berlalu.

Dia sudah lama membuang nombor yang hanya berbeza di angka akhir itu. Lelaki itu pula masih mengekalkan nombor yang sama.

"Aku rasa dia masih tak boleh lupakan kau. That's why... bila dia jumpa kau balik dia mula usik kau."

Bicara Dahlia kembali terngiang-ngiang di telinga. Benarkah?

Dia tergeleng sendiri. Menidakkan kemungkinan itu. Mustahil. Dia lebih percaya jika lelaki itu hanya ingin membalas dendam.

Deringan telefon bimbit yang mula terasa membingitkan tanpa tanda mahu berhenti memaksanya menekan butang hijau. Ditarik nafas dalam-dalam sebelum ditekap ke telinga.

Baru sahaja terlepas dari gangguan bekas suami, kini bekas kekasih pula menuntut perhatian. Dugaan apakah ini?

"What do you want, Mr. Nizar?" soalnya terus ke persoalan pokok. Tidak cuba bertanya khabar atau berbicara mesra. Biar lelaki itu tahu dia tidak selesa diganggu begini.

"I want you," balas suara garau di hujung talian selamba.

Kamila terdiam sesaat. Ini seorang lagi. Mahukannya konon. Mahukannya untuk apa? Untuk mendera hati dan perasaannya? Membalas dendam lama?

"It's not funny," balas Kamila dingin.

"I tak bergurau, Mila. I want my queen," ucap lelaki itu serius nadanya. Seolah memaksudkan apa yang dikata.

"Former... queen," tekan Kamila ingin mengingatkan lelaki itu realiti sebenar.

"Are you sure about that, hurm?" Soalan itu kedengaran bersahaja. Namun sinisnya tetap terasa.

Kamila meneguk liur yang terasa berpasir. Entah kenapa soalan itu terasa memerangkap diri. Seolah jika dia berani menidakkan, sebaliknya pula yang akan berlaku.

"You will always be my queen, darling," bisik suara di hujung talian bergemersik mengusik gegendang telinga si pendengar. Menghadirkan ritma yang meresahkan.

"Always," tekan suara garau itu. Seolah cuba memasakkan kenyataan itu biar tidak lupa.

"Good night, Mr. Nizar," ucap Kamila terus memutuskan talian. Bimbang jika dibiarkan lelaki itu terus berbicara entah apa lagi yang bakal terbit dari bibir itu.

Dipadam telefon bimbit biar tiada siapa dapat mengganggunya malam ini. Tubuh yang lesu seharian bekerja perlu mendapat rehat yang secukupnya. Bukan melayan lelaki-lelaki yang hanya tahu menyesakkan kepalanya.

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now