Teaser 14

1.4K 27 0
                                    

For your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.
.
EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
❤️
"APA hubungan kau dengan mamat hot tu?" soal Dahlia sebaik melabuhkan punggung di kerusi empuk bertentangan dengan si sahabat yang khusyuk menelaah laporan jualan di atas meja.

Kamila tidak mengangkat wajah. Menganggap suara yang kedengaran bertempik sumbang itu seperti langau sahaja.

Lebih senang memekakkan telinga dari melayan persoalan demi persoalan yang bakal terbit dari bibir temannya itu. Menyesakkan.

Dia kenal benar Dahlia. Sekali dia memberi jawapan, pasti akan dikorek sampai ke lubang cacing.

Kisah yang ditanam sedalam-dalamnya di lubuk hati tidak ingin digali semula hanya untuk memuaskan hati Dahlia. Tiada siapa perlu tahu. Cukuplah mereka yang terlibat sahaja yang tahu.

"Hellooo. Ada orang tak?" sergah Dahlia menepuk meja geram bila tidak dipedulikan.

Sampai hati Kamila berahsia dengannya. Semalam lagi dia mahu bertanya. Namun wajah dingin kelat Kamila buatnya agak kecut.

Tidak pasti apa yang berlaku di antara Kamila dan lelaki itu hingga wajah sang teman keruh benar. Lalu dia mengunci bibir sendiri bimbang temannya itu mengamuk.

Hari ini lain pula cerita. Rahsia tetap perlu dikorek hingga dia tahu duduk perkara sebenar. Tanda tanya yang besar di kepala perlukan jawapan.

Jika tidak pernah punya sebarang hubungan mana mungkin berdiri begitu rapat begitu. Kamila takkan membiarkan lelaki asing semudah itu mendekat.

Dan dari cerita yang didengari daripada daddynya, Nizar bukan buaya yang selalu mencari mangsa. Lelaki itu kedengaran seperti Kamila. Serius. Dingin. Sukar untuk senyum. Macam ada sahaja orang yang berhutang dengan mereka.

"Kau jangan sampai aku rampas report tu," ugut Dahlia bengang bila si teman masih menganggapnya tidak wujud. Kejam!

Sayangnya ugutan itu langsung tidak menakutkan Kamila. Masih mampu fokus. Hebat benar menepis sebarang gangguan.

"Macam mana kau boleh kenal pemilik empayar Global Works? Kau tahu tak kedudukan dia? Berapa kaya mamat hot tu? Keluarga kau pun takkan mampu bersaing dengan dia. Dalam tempoh masa yang sangat singkat dia mampu bersaing dengan nama-nama besar..."

Mengecil mata Kamila kala mendengar kehebatan lelaki itu dari bibir Dahlia. Tidak menduga lelaki itu mampu berdiri di puncak dalam usia yang begitu muda.

Tak hairanlah lelaki itu begitu berani memperlakukannya seperti semalam kala bertemu semula. Begitu berani. Rupanya status mereka sudah jauh berbeza.

Dia mungkin masih sama. Punya keluarga berada. Namun lelaki itu sudah terlalu jauh berbeza.

Lelaki yang berasal dari keluarga biasa, kini punya status mengalahkan keluarganya. Tentu sahaja di mata lelaki itu dia cuma semut yang boleh dipijak sesuka hati.

"Kau tak tahu?" soal Dahlia serius. Dapat ditangkap setiap perubahan di wajah itu.

"Apa hubungan kau dengan dia?"

Kamila mendengus halus. Dia mengangkat wajah. Mata mencerun tajam pada teman yang tidak ingin mengalah.

"Kawan lama."

"Kawan lama?" Nada suara Dahlia jelas curiga. Jika benar kawan lama mana mungkin bagai ada misteri yang menyelubungi lelaki dan wanita yang dianggap teman biasa.

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now