For your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.
LAPORAN yang diterima buatnya tersenyum panjang. Laporan tentang kisah perkahwinan bekas sang kekasih. Tentu sahaja dia ingin tahu apa sebenarnya berlaku hingga perpisahan itu terjadi.
Bekas suami wanita itu nyata bodoh. Tidak tahu menilai permata yang sanggup menyerahkan diri. Melepaskan peluang yang ada begitu sahaja.
Dia yang menginginkan permata itu terpaksa berputih mata. Sedangkan lelaki yang memiliki langsung tidak tahu menghargai. Bodoh!
Kalau Kamila memilihnya, mustahil akan dilepaskan pergi. Malangnya, Kamila hanya tahu memilih harta dan status. Bukan cinta yang dihulurkan.
Tengoklah apa yang berlaku. Dikecewakan begitu sahaja. Harta nyata tidak mampu membahagiakan.
"What should I do with you, Mil?" Soalan itu terletus di bibir. "Should I ruin you, hurm?"
Mengikut laporan yang diterima, selepas penceraian berlaku, Kamila meneruskan hidup seperti biasa. Bagai tiada apa yang berlaku. Seolah perpisahan yang terjadi tidak memberi kesan pada wanita itu. Malah mula sibuk membina empayar sendiri.
Kebal benar hati seorang Kamila. Seperti mana Kamila begitu tega meninggalkannya, seperti itu juga Kamila sanggup memutuskan hubungan suci suami dan isteri. Apatah lagi bila si suami berada di pihak yang salah.
Dan sekali melangkah pergi, wanita itu takkan sesekali berpaling lagi. Hati seorang Kamila tidak mudah untuk dimiliki. Dan bila terlepas dari genggaman, sukar sekali untuk mendapatkannya kembali.
Pun begitu, dia tidak kisah untuk mencuba. Demi seorang Kamila, dia sanggup mengorbankan waktu untuk mengajar wanita itu agar lebih tahu menghargai hati yang diberikan. Bukan sesuka hati membuang tanpa rasa bersalah!
Melebar senyuman kala membayangkan imej wanita itu kembali lentok padanya. Nur Kamila, don't think you can escape!
"EHEMMM!" Mengecil mata Khairi memerhatikan si teman yang seperti hilang dalam dunia sendiri. Dengan senyuman tidak lekang di bibir.
Something must happened! Kalau tidak sahabat baiknya itu tak mungkin tersenyum begini. Bukan main lebar lagi.
Soalnya apa yang telah berlaku semalam tanpa pengetahuannya? Baru ditinggalkan sekejap sudah ada perkembangan mendadak yang terlepas dari pemerhatiannya.
Dehaman kasar yang menyapa telinga menghilangkan bayangan wanita cantik yang hampir lentok di dada lebarnya. Buat matanya mencerun tajam pada si tetamu tidak diundang. Mengganggu sahaja!
Senyuman di bibir mati begitu sahaja. Mahu sahaja dihalau pergi si pengacau yang hadir tidak kena pada waktu.
"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?"
Khairi tersenyum sumbing dengan reaksi yang diterima dari sahabat sendiri. Bukan salahnya. Sudah puas diketuk pintu namun tiada sahutan yang diterima.
Rupanya si sahabat sibuk mengelamun. 'Hilang' entah ke mana. Gadis mana yang mampu membuatkan temannya sasau sendiri dia tidak pasti. Yang pasti dia tidak sabar mahu mengorek rahsia.
"Ada orang nampak kau dengan perempuan semalam. Siapa?"
Dia sangka maklumat yang diterima pagi tadi cuma gosip palsu. Bila melihat Nizar tersenyum lebar hilang dalam lamunan, dia tahu berita itu benar.
Sahabat yang hanya tahu menghabiskan masa dalam timbunan kerja tak pernah dilihat 'hilang' tanpa sedar kecuali melibatkan kekasih lama. Itu pun terlalu jarang untuk berlaku.
Lalu siapa pula perempuan yang mampu membuat temannya 'hilang' pagi ini? Terlalu cantikkah hingga Nizar begitu mudah terpaut?
Khairi tergeleng sendiri. Mustahil. Berapa ramai perempuan cantik datang menayang diri langsung dipandang sepi. Tidak mampu mengusik nafsu lelaki itu langsung.
"Siapa, bro? Share sikit berita baik dengan your very best friend ni," gesa Khairi ingin tahu.
"Get lost!" deram Nizar. Tidak berminat untuk bergosip.
"Macam ni ke kawan? Dah ada perempuan cantik mula nak halau kawan baik sendiri. Bila hidup kau sunyi... sepi, kawan baik kau ni la yang temankan kau," tutur Khairi lirih. Siap menayang wajah sayu lagi.
Mengecil mata Nizar memandang teman yang cuba membuatnya muntah hijau. Laju ditekan butang interkom.
"Yes, Encik Nizar." Suara lunak di hujung talian bersedia untuk menerima arahan.
"Call security for me," arah Nizar dingin.
Bulat mata Khairi mendengar arahan kejam daripada si sahabat. Sampai hati menghalaunya begini. Bila sudah dapat bunga yang mewangi, teman sendiri dilupakan begitu sahaja.
Dunia memang tidak adil!
"Chill, bro. Aku datang sebab kau yang nak discuss projek baru dengan aku. Kau tak boleh halau aku, bro," tutur Khairi kalut.
"Postpone," balas Nizar senada.
"Cool, bro. Aku takkan korek rahsia pasal awek cun kau lagi. Aku takkan ungkit pasal masa sunyi sepi kau lagi," tukas Khairi ingin menyelamatkan diri. Namun masih lagi sempat menyelit usikan untuk si teman.
"Kau boleh tunggu sampai security datang atau kau boleh keluar sendiri sekarang."
Khairi menghela nafas berat. Dia tahu usikannya membuatkan Nizar tidak mahu melihat wajah kacaknya buat masa ini. Dia mengangkat punggung ingin berlalu.
"Siapa, bro? Cantik ke orangnya? Aku kenal tak? Bila kau nak kenalkan dengan aku? Bila majlisnya?"
Sempat lagi dihujani pelbagai soalan buat si teman sebelum menghilang dari pandangan. Suka benar jika dapat mengusik teman yang terlalu serius itu.
Nizar tersenyum sinis. Soalan-soalan itu akan dijawabnya tidak lama lagi. Bila si mangsa sudah terjerat dengannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
SANG PERMAISURI
Storie d'amoreFor your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k. SINOPSIS "So, you nak mendabik dada depan I? You dah kaya sekarang. You dah mampu. Tak...