Teaser 12

1.2K 25 0
                                    


MATA tidak mahu pejam. Puas dipaksa tetap juga celik. Dia mendengus halus. Cuba menghilangkan kekalutan di fikiran. Terganggu!

Dia bingkas bangun. Comforter yang membalut tubuh melorot jatuh ke lantai. Kaki melangkah ke balkoni. Ingin mengambil angin malam kala mata tidak mampu lelap.

Mata meliar pada jalan raya yang masih penuh dengan kereta. Malam minggu. Ramai yang belum melelapkan mata. Berhibur setelah puas bekerja.

Dia sengaja memilih kondominium di tengah ibu kota. Suka melihat malam yang sentiasa rancak. Jarang sekali sepi tanpa manusia. Memerhati dari tingkat 23. Semuanya kelihatan begitu kecil dan kerdil.

Lampu-lampu yang menerangi malam mampu memeriahkan hidup yang terasa sepi kala diri tidak lagi diulit tugasan di syarikat.

Mata terus tertunak pada keindahan malam di ibu kota sedangkan fikiran kembali melayang memikirkan kisah yang menghadirkan gusar di hati.

PERUBAHAN riak di wajah kacak itu buat rasa bersalah menjentik hati. Dia tahu penipuan yang keluar dari bibirnya buat lelaki itu kembali tersedar akan hakikat sebenar. Hakikat yang sudah lama berubah.

Sayangnya lelaki itu tidak tahu perkara sebenar. Status isteri orang dengan mudah membuatkan lelaki itu melepaskan pautan di pinggangnya. Mungkin sudah tidak lagi berminat. Atau status itu telah mencipta tembok di antara mereka.

Dia tidak peduli tentang itu. Yang penting lelaki itu tidak lagi bertindak sesuka hati terhadapnya.

"I need to go..."

"Mila!" Suara lantang Dahlia yang bergema memotong bicaranya. Disertai dengan derap langkah pantas menuju ke arah mereka. Mata Dahlia memandang ke arah mereka penuh curiga. Jelas ingin bergosip.

Kamila tersenyum kelat. Kehadiran Dahlia pastinya menyukarkan keadaan. Dan tentu sahaja bakal menimbulkan banyak persoalan.

Dia mahu sahaja mengangkat langkah seribu. Malangnya Dahlia sudah pun sampai di hadapan mata.

"Your friend, hurm?" soal Nizar bersahaja. Perubahan di wajah cantik Kamila dapat ditangkapnya. Seolah tidak selesa dengan kehadiran teman sendiri. Musykil.

"Puas aku cari kau. Kat sini kau menyorok," tingkah Dahlia kurang senang. Mata melirik pada lelaki tinggi lampai yang berdiri begitu rapat dengan temannya. Seolah punya hubungan mesra di antara mereka. Suspicious!

Sejak bila pula Kamila punya hubungan rapat dengan lelaki lain ni? Kenapa dia langsung tidak tahu? Huh, kenapa muka handsome ni macam familiar?

"Hello. I'm Dahlia. You can call me gorgeous. Your name please?" soal Dahlia mesra tidak silu mengangkat bakul sendiri. Tangan dihulur untuk berjabat mesra.

Nizar menyambut huluran tangan teman Kamila yang kelihatan begitu ceria. Happy go lucky!

"Nizar."

"Nizar Naail?" soal Dahlia teruja kala persoalan di kepala terjawab dengan pantas. Patutlah familiar.

Nizar sekadar mengangguk. Mata kembali tertancap pada wanita yang jelas tidak selesa dengan kehadiran teman sendiri. Seolah tidak sabar mahu lesap dari pandangan matanya.

"OMG. No wonder. My dad tak habis-habis sebut nama you."

"Your dad?" Bibir menyoal teman bekas kekasih. Mata pula terus menatap wajah keresahan itu. Buat jemarinya terasa ingin naik menyapu pergi segala masalah yang mungkin melanda.

"Tuan Marzuki."

Nizar mengangguk kecil. Beberapa projek terbaru syarikatnya melibatkan lelaki veteran yang disebut Dahlia. Rupanya bapa teman si kekasih lama. Dunia ini kecil benar.

Walaupun dia tidak mencari, tetap bertemu jua bila tiba masanya. Jodoh, bukan ditentukan manusia. Sebaliknya hadiah daripada Yang Maha Kuasa.

"You dengan Mila..."

"Aku nak balik!" deram Kamila memotong bicara Dahlia. Jika dibiarkan pasti panjang cerita pula nanti.

"Tak sabar nak balik jumpa suami you, huh?" soal Nizar sinis.

"I..."

"Huh? Suami? Sejak bila kau kahwin lagi sekali ni? Kenapa aku tak tahu pun?" potong Dahlia laju.

Kamila mengeluh berat. Tidak berani melirik ke arah lelaki yang tentunya ingin menuntut jawapan.

Dia tidak betah terus berlama di situ kala tembelangnya pecah. Lalu tangan Dahlia disambarnya terus bergegas pergi tanpa berpaling lagi. Tidak sanggup untuk melihat reaksi lelaki yang tentu sahaja  mentertawakannya!

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now